Fakta Menarik Mengenai Kisah House of Secrets - The Burari Deaths di Netflix

Kalau korang mengikuti satu kes yang pernah mengejutkan dunia mengenai kematian yang melibatkan satu keluarga.  Kematian seramai 11 ahli keluarga Chundawat dari Burari, Delhi, India, pada tahun 2018. Sepuluh ahli keluarga didapati mati di tali gamtung, manakala seorang anggota paling tua iaitu nenek/ibu telah mati dicekik. Mayat mereka telah ditemui pada 1 Julai 2018 (pada waktu awal pagi selepas kematian).


11 Ahli Keluarga Yang Mati
Sepuluh dari 11 anggota keluarga Bhatia ditemui tergantung dari jaring besi di siling pada hari Ahad, sementara mayat Narayan Devi, ketua keluarga, 77 tahun, terbaring di lantai di bilik lain di rumah.

Anak perempuan Devi, Pratibha (57) bersama dua anak lelakinya Bhavnesh (50) dan Lalit Bhatia (45) juga antara yang meninggal. Isteri Bhavnesh Savita (48) dan tiga anak mereka - Meenu (23), Nidhi (25), dan Dhruv, berusia 15 tahun, juga ditemui mati. 

Isteri Lalit Bhatia, Tina (42) dan anak lelaki mereka, Shivam yang berusia 15 tahun juga termasuk yang ditemui mati. Anak perempuan Pratibha, Priyanka (33), yang bertunang bulan lalu dan akan berkahwin menjelang akhir tahun ini, juga didapati tergantung. 


Jiran Pelik kerana Lalit Tidak Muncul Seperti Biasa

Pada awalnya polis juga buntu bagaimana pembunuhan ini terjadi memandangkan apabila dilihat pada rakaman CCTV tiada cubaan pecah masuk dari pihak luar. Hasil daripada soal-jawab bersama jiran berdekatan dan keluarga, semuanya agak terkejut kerana keluarga ini hidup secara normal seperti orang lain. Ini kerana mereka sering keluar bercuti bersama. Bergambar dengan senyum gembira. Seolahnya tiada apa masalah yang berlaku didalam keluarga.

Keluarga Chundawat (juga dikenal sebagai keluarga Bhatia oleh jiran mereka) telah tinggal di rumah dua tingkat di kawasan kejiranan Sant Nagar di Burari selama dua puluh tahun, setelah berpindah dari kota asal mereka di Rajasthan. Keluarga ini mempunyai kedai runcit dan perniagaan papan lapis.


Pada pagi 1 Julai 2018, jam 7:15 pagi, salah seorang jiran Gurcharan Singh yang kebiasaannya akan keluar berjalan-jalan setiap hari  bersama Lalit Chundawat rasa pelik kerana Lalit tidak hadir untuk berjalan-jalan seperti biasa. Beliau juga berasa hairan kerana kedai masih  belum dibuka (kedai biasanya dibuka pada 6:00 pagi). dan ketika sampai di rumah Lalit, Gurcharan Singh mendapati pintu rumah terbuka dengan kelihatannya sepuluh orang termasuk Lalit Chundawat mati tergantung. Dia segera memberitahu jiran yang lain dan polis menerima panggilan mengenai pertemuan mayat ini di sekitar jam 7:30 pagi


Penemuan Buku Catatan Yang Mengungkaikan Segala Pertanyaan
Polis menemui satu catatan tulisan tangan mengenai "attaining salvation" yang ada membincangkan mengenai 'badh tapasya' menurut kepercayaan ini seseorang harus masuk ke dalam formasi seperti pohon beringin yang dahannya tergantung. Catatan menyatakan bahawa dengan melakukan ini, Tuhan akan memberi rahmat kepada mereka.

Didalam buku catatan ini juga tulis seperti arahan “Simpan air ke dalam cawan. Apabila ia berubah warna, anda akan diselamatkan. " Satu teori menyatakan bahawa ahli keluarga ini sebenarnya tidak menyangka akan mati dan ianya berpandukan kenyataan dalam catatan bahawa "bumi akan bergetar" dan "akan ada guruh di langit", setelah itu mereka akan diselamatkan.

Polis juga menegaskan bahawa fakta yang ada dalam 11 buku harian yang dikekalkan dalam jangka waktu sebelas tahun adalah kebetulan dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan kematian 11 anggota keluarga tersebut.

Dalam Persiapan Perkahwinan


Satu laporan juga memberitahu bahawa keluarga Bhatia sedang bersiap untuk perkahwinan Priyanka yang bertunang bulan lalu. Dia adalah antara yang ditemui mati. Gadis yang berusia 33 tahun ini bekerja di sebuah syarikat IT di Noida. Dikatakan beliau ada membincangkan perkahwinannya yang akan datang dengan sepupu pada petang itu sebelum dia ditemui mati. 

Kepercayaan Psikosis


Menurut polis, anak bongsu Narayan Devi Lalit Bhatia iaitu Lalit merupakan perancang dalam siri "bunuh diri secara besar-besaran" dan menuliskan nota-nota itu dengan menyatakan ianya adalah "arahan". Lalit dikatakan mula menulis nota-nota ini pada tahun 2015. Dalam catatan tersebut ada menunjukkan bahawa pada suatu ketika keluarga ini telah berusaha mengadakan "pertemuan" dengan ayah Lalit yang meninggal sepuluh tahun yang lalu. 

Lalit dikatakan telah berhalusinasi bahawa ayahnya memberikan petunjuk kepada keluarga melalui beliau. Terdapat juga laporan yang menyatakan Lalit begitu minat terhadap sastera spiritual dan mistik selain menyatakan bahawa beliau mempraktikkan reiki, yang merupakan salah satu perubatan alternatif Jepun. Lalit dikatakan mengalami kesukaran bersuara akibat kecederaan (kejadian kebakaran pada tahun 2004) dan biasanya berkomunikasi  dengan pelanggannya dengan menulis di notepad.

Salah satu catatan oleh Lalit berbunyi: 

Antim samay mein, aakhri ichha ki purti ke waqt, aasman hilegi dharti kaanpigi, us waqt tum ghabrana mat, mantra ka jaap badha dena, mein aakar utar loonga aur ko bhi utarne mein madad karunga 
Dalam jam terakhir anda, sementara keinginan terakhir anda dipenuhi, langit akan terbuka dan bumi akan bergetar, jangan panik tetapi mulailah melantunkan mantra dengan lebih kuat. Saya akan datang untuk menyelamatkan anda dan yang lain.

 Lalit Bhatia juga memberitahu keluarganya bahawa dia menerima pesanan ini dari ayahnya. 

Teka-teki Pembelian Roti Sebelum Kematian
Satu kenyataan dari polis, bahawa keluarga itu secara membuta tuli mengikuti semua "arahan" dari Lalit. Salah satu catatan terakhir mengatakan bahawa ibu akan memberi makan roti kepada semua orang (ma sabko roti khilayegi). Ini telah disahkan kerana keluarga ini telah memesan 20 biji roti dari sebuah kedai berhampiran dengan bayarannya Rs 200. Mereka tidak memesan sayur-sayuran. Makanan telah dihantar sekitar jam 10.40 malam.


11 Paip Pelik Di Luar Rumah
Terdapat juga jiran mendakwa 11 paip yang keluar dari dinding rumah Chundawat mempunyai "makna tersembunyi". Penduduk tempatan mendakwa bahawa 11 paip itu dipercayai merupakan jalan keluar untuk "jiwa si mati". Namun, ada seorang jiran mengatakan bahawa keluarga Chundawat yang menjalankan perniagaan papan lapis (plywood) telah memasang paip bagi membolehkan asap beracun dari bahan kimia yang digunakan pada papan lapis boleh dapat dilepaskan melalui saluran tersebut. Polis, bagaimanapun, menolak sebarang kaitan antara paip dan kematian.

Keluarga Yang Mempunyai Pendidikan Bagus Tetapi Masih Mempercayai Perkara Ritual
Pelaku ritual Lalit Bhatia dikatakan menderita kerana mengalami trauma mental sejak kematian ayahnya pada tahun 2007. Dan bagaimana Lalit ini berjaya mempengaruhi ahli keluarganya yang lain melalui kultus yang dibinanya memang sangat pelik ya.

Bayangkan bagaimana di dalam keluarga ini yang terdapat juga mereka  berpendidikan tinggi tetapi percaya dengan benda-benda karut. Salah seorangnya Priyanka yang bekerja di sebuah syarikat multinasional dan telahpun mengadakan majlis pertunangannya beberapa hari sebelum kejadian. Bayangkan tunangnya sendiri tidak pernah tahu mengenai kepercayaan Priyanka anuti selama ini.

Lalit

Lalit pernah belajar perubatan tetapi disebabkan ada kisah tertentu menyebabkan beliau gagal untuk mengambil peperiksaan dan meneruskan pengajiannya. Begitu juga dengan isteri Lalit dikatakan mempunyai kelulusan yang tinggi.

Yaresh Yadav, yang tinggal selang beberapa rumah merupakan pelanggan tetap di kedai Lalit. Menurut Yadav dalam satu perbualannya bersama mendiang Lalit pada tahun 2008. 

Saya bertanya kepadanya bagaimana dia mendapatkan kembali suaranya dan dia mengatakan ayahnya datang dalam mimpinya dan memintanya untuk melakukan pemujaan

Antara perkara pelik lagi tentang keluarga ini sejurus selepas kematian Bhopal Singh (bapa Lalit), dimana setiap malam sekitar jam 9 malam, anak-anak Lalit dan Bhavnesh akan duduk bersama dan berdoa selama 15-30 minit. Anak-anak ini akan menyebut ‘Daddy ke aane ka time ho gaya’ (sudah tiba masanya datuk datang).

*****

Btw, penceritaan semula ini adalah hasil pembacaan saya dari cariaan google :-)

Ok.. Rasanya itu sahaja yang saya nak kongsikan . Nak tahu lebih lanjut boleh tonton siri The Burari Deaths di Netflix okies


Fakta Menarik Mengenai Kisah House of Secrets - The Burari Deaths di Netflix Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 12, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. Nak tengok tapi takut emo, tapi macam best. Maybe cuti weekend nie la layan kot.

    ReplyDelete
  2. Dia taksub sgt dgn kepercayaan ayah dia yg dh mati tu konon datang..lg aneh nape la semua percaya kann..taksub sgt

    ReplyDelete
  3. Interesting juga ye cerita ni, boleh tengok kat Netflix lepas road trip today.. Misteri betul, satu keluarga lak tue.. takde pengelutan berlaku ke? Or semua dengan rela hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak cerita ni. Menarik betul. Persoalannya masih lagi ada yg percaya ritual ni kan. Hakikatnya halusinasi je.

      Delete
  4. Oh cerita betul ya ni. Tak penah dgr pulak cerita ni. Macam best tp mcm takut takut gak nak tengok huhu

    ReplyDelete
  5. Seram Nak tengok cerita ini. Nanti I terlekat dekat TV pulak. Haha

    ReplyDelete
  6. Menarik lah kak. Saya rasa nak tengok weekend ni kalau tak kemana-mana. Thriller juga nak tau apa motif pembunuhan. Hehe.

    ReplyDelete
  7. jaln cerita dia menarik penuh misteri...tp bila baca kisah dia rase takot nak tngok sorang2..yela kes bunuh diri pulak tu..nk ajak en suami join tengok..hihihi

    ReplyDelete
  8. Kalau dah tengok eps pertama memang kena tengok sampai habis, kalau tak memang tak faham, yang hati kecik tu jangan tengok, agak menakutkan, terbawa dalam mimpi kang hahahaha

    ReplyDelete
  9. Fuhh .. memacam rasa ada! Baru baca belum tonton lagi, penuh misteri risau emo Minton nanti tapi teruja nak tahu ending dia.

    ReplyDelete
  10. Best juga dapat tonton movie mcm ni kisah kematian misteri ramai lak tu sampai 11 orang.. itu lah kalau percaya kepada ajaran sesat takut juga kita...

    ReplyDelete
  11. aha yg ni dokumentari dalam Netflix dan kisahnya memang sangat tragik. bayangkan sampai 11 orang ? kesian sungguh

    ReplyDelete
  12. Pernah baca pasal kisah family ni. Dah keluar kat netflix nak tengok la nanti..mistik betul haha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.