Lulu Food Festival 2021
Lulu Food Festival 2021- Bila nampak perkataan F.O.O.D, semua pasti akan teruja. Satu kepuasan dan terapi buat diri jika dapat menikmati hidangan yang enak-enak. Apatah ianya Festival Makanan! Pastinya ada pelbagai pilihan jenis hidangan panas yang ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. Dan sekarang sedang berlansungnya Lulu Food Festival 2021 yang bermula dari 1 Oktober sehingga 13 Oktober 2021 di semua pasaraya Lulu Hypermarket.
Variasi Hidangan Panas Yang Memikat Jiwa
Jika tidak mahu membeli seekor ayam, terdapat juga ayam panggang ditawarkan pada potongan yang lebih kecil.
Esklusifnya bersempena dengan Lulu Food Festival 2021, beberapa booth (gerai) telah dibuka dibahagian makanan panas di Lulu Hypermarket. Ini bagi membolehkan pelanggan melihat dengan lebih dekat dan seterusnya memilih hidangan yang mereka inginkan.
Konsep seperti kita pergi ke kedai makan yang hanya perlu mengambil sendiri makanan mengikut kuantiti yang diinginkan.
Tidak dinafikan terdapat banyak pilihan hidangan di booth yang dibuka, tetapi antara yang menarik hati saya seperti:-
Vegetable Manchurian Dry
Murgh Makhni
Asam Pedas Daging
Upma
Nasi Pulao Cendawan
Briyani Ayam Thalassery
Briyani Kambing Chennai
Spahgetti Goreng
Mee Goreng Basah
Semuanya nampak menarik! Nom nom (OMG! Terus rasa lapar tengok gambar makanan yang terdaoat di Lulu Hypermarket ni).
Produk Bakeri Yang "Fresh" dan Sedap
Bukan sahaja roti, bahkan manisan dan juga produk pastri turut ditawarkan pada harga yang cukup berbaloi bersempena dengan Lulu Food Festival 2021.
Ada kek, curry puff, biskut dan macam-macam lagilah. Kalau disenaraikan memang panjang :p Kebanyakan manisan ditawarkan di Lulu Hypermarket merupakan manisan yang cukup popular di negara Asia Barat. Setiap datang ke Lulu, antara makanan yang saya cari disini tetulah manisannya yang sememangnya 'rare' dan 'fresh' :-)
Barangan Dapur Turut Terlibat didalam Kempen Lulu Food Festival 2021
Tidak dinafikan Lulu Hypermarket merupakan antara pasaraya pilihan yang kita akan terjah untuk membeli stok barangan dapur. Bukan sahaja faktor harga yang cukup berpatutan, bahkan banyak sangat pilihan. Ibarat di bawah satu bumbung kita boleh mendapat hampir semua keperluan rumah.
Alang-alang mendapatkan hidangan panas, kita singgah juga di bahagian barangan dapur. Bolehlah beli ayam, ikan, sayur, beras, susu, makanan sejuk beku dan pelbagai lagi.
Memang ada terdapat beberapa jenama yang turut menawarkan harga promosi bersempena dengan Lulu Food Festival 2021.
Istimewanya sehingga 14 Oktober 2021 korang berpeluang menebus Kupon Diskaun RM50 sekiranyaberbelanja di bahagian supermarket lebih daripada RM100. Kupon diskaun ini hanya boleh digunakan untuk sebarang pembelian di Bahagian Fesyen (harga normal) minimum RM100. Contohnya jika korang membeli baju RM100, guna kupon ini dan hanya perlu membayar RM50 sahaja.
Dari kasut, pakaian, baju, saree, beg dan aksesori. Korang boleh pilih dan jangan lupa untuk guna kupon diskaun RM50. Memang jimat banyak!!
Lulu Food Festival 2021
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 02, 2021
Rating:
No comments:
Sharing is caring...