Lulu Grocer Kini Dibuka Di Amarin Mall Seri Kembangan

Lulu Hypermarket cawangan keempat kini telah dibuka di Amarin Mall Seri Kembangan. Untuk mereka yang berdekatan dengan Amarin Mall terutama yang di tinggal kawasan belakong, Seri Kembangan, Sg Besi bolehlah datang membeli-belah barangan dapur di sini.

Selain itu terdapat aksesibiliti yang mudah untuk ke Lulu Grocer Amerin Mall. Ini kerana ianya terletak betul-betul di sebelah Lebuhraya SILK . Jadi mudah untuk pelanggan dari Serdang, Cheras ataupun Kajang.

LuLu Grocer Amarin Mall mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barang keperluan lain. Ianya terletak di aras Ground Floor. Di Amerin Mall juga turut menyediakan kemudahan seperti tempat makan, tempat letak kenderaan dan pelbagai lagi.


Macam biasa setiap kali pembukaan outlet baru pasti ada promosi barangan yang ditawarkan pada harga jauh lebih murah di pasaran. Jadi memang berbaloi jika turun berbelanja di hari pertama pembukaan. Kehadiran maskot seperti mamee monster ini menceriakan suasana di sini. Kebetulan memang ada promosi, apa lagi ramailah yang memborong produk Mamee.


Pelbagai Barangan Keperluan Asas Rumah Ditawarkan
Apa yang menarik, produk memang tersusun kemas mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Kita boleh nampak signage yang agak besar juga saiznya jadi memang memudahkan kita untuk membuat carian barangan yang diperlukan.

  • Delicatessen
Sekiranya korang mencari kimchi, sambal belacan, keju, acar pelbagai jenis, cili jeruk, barangan kisar seperti bawang, cili dan sebagainya, bolehlah terjah ke kawasan ini. 

Kebetulan sekrang ada promosi bawang putih (dipotong kecil) memang agak berbaloi! Ini terutama buat ibu-ibu yang memang ada menyimpan stok bawang putih untuk masakan.

Keju ada pelbagai jenis dan kita boleh pilih jenis berapa banyak yang dikehendaki mengikut gram.

Produk yang selalu saya dapatkan di Lulu adalah Olive segar :-)
  • Hot Food (Masakan Panas)
Antara port kegemaran saya. Di sini ada ditawrakan nasi ayam mandy, nasi beriani, lasagna, ayam bakar dan pelbagai lagi


Bersempena dengan hari pembukaan, terdapat beberapa hidangan ditawarkan pada harga promosi. Contohnya seperti beli 2 ekor ayam bakar akan diberikan air coke 1.5 litter secara percuma.

  • Bakeri
Selain itu ada juga kek, roti, biskut homemade, manisan di bahagian bakeri.

Untuk roti dan kek tidak hanya menawarkan produk in-house, terdapat juga jenama lain seperti Gardenia dan pelbagai lagi.

  • Salad
Istimewa di Lulu adanya bahagian salad. Di sini juga kita boleh dapatkan air buah segar yang asli tiada langsung tambahan gula. Memang sedap.

  • Roastery
Kekacang dan pelbagai jeneis kurma ditawarkan di bahagian ini.

  • Meat (Daging)
Nak tambah stok barangan basah? Boleh dapatkan ayam dan daging di Lulu Hypermarket. Selain banyak pilihan, jaminan halal juga adalah menjadi keutamaan.

Aussie Beef pun ada ya di Lulu!

  • Fish (Ikan)
Terletak bersebelahan dengan bahagian daging. Servis pemotongan ikan disediakan (untuk ikan yang bersaiz besar sahaja).


9 Produk Pilihan Saya Ketika Bebrlanja di Lulu Hypermarket Amarin Mall Seri Kembangan

Tidak dinafikan terdapat pelbagai barangan yang dijual begitu murah bersempena dengan pembukaan. Korang boleh lihat pada katalog di FB Lulu Hypermarket..

Dan ini adalah 9 produk pilihan saya ketika berbelanja di sini;

Anggur hijau RM6.99 sekotak

Plum RM4.99 sekotak

Jagung manis 99 sen setongkol

3 peket roti prata jenama Fatihah - RM9.99

Fish cake RM1.99

Telur satu papan Gred C, RM7.99

Softlan RM4.99 - murahkan!!!

Keju RM5.99

Sabun TOP RM8.99

Memang best shopping di Lulu Hypermarket. Terutama apabila dapat berbelanja di hari pembukaan memang banyak barangan ditawarkan pada harga cukup murah dari pasaran, 

Buat Lulu, tahniah di atas pembukaan outlet terbaru di Amarin Mall Seri Kembangan!

Lulu Grocer Kini Dibuka Di Amarin Mall Seri Kembangan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 25, 2021 Rating: 5

9 comments:

  1. Murah murah. Fresh semuanya. 😍

    ReplyDelete
  2. Memang seronok dapat shopping kat lulu

    ReplyDelete
  3. Wow, seronoknya.Boleh tahan murah jugak yer shopping dekat Lulu. Kita orang Ipoh, kat sini takde Lulu😂

    ReplyDelete
  4. hebat..dah ada cawangan keempat. nampak segar2 semua makanan tu..siap ada kimchi tu xleh tahan..haha

    ReplyDelete
  5. Baik sis ngaku - sis shopping banyak tak aritu? Sebab kita dalam diam taknak shopping, penuh gak jadinya shopping bag

    ReplyDelete
  6. suka pergi lulu sebab memang harganya murah, berbaloi shopping penuh satu troli tu.bayar untuk harga yang sangat berpatutan

    ReplyDelete
  7. Makin hari makin maju LULU ni kann, semakin banyak cawangannya, suka tengok priduk dia jual semua fresh.. bilalah nak ada di JB yaaa

    ReplyDelete
  8. Best yer shopping kat sini. Harga dah lah murah, segar2 pulak tu. Serius berbaloi shopping barang rumah kat sini

    ReplyDelete
  9. Dalam negara pemulihan ekonomi Lulu tetap utuh dan gah membuka kedai cawangan ke empat di Malaysia tahniah dan ni dekat dengan rumah hehehe boleh pergi selalu....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.