Motif Gantung Anak Patung Di Bahagian Bawah Belakang Kereta

Motif Gantung Anak Patung Di Bahagian Bawah Belakang Kereta- Baca tajuk entri ni bunyinya macam kompleks jer kan. HAHAHAHAHAH. Kebetulan scroll FB Dedet hari ini, beliau telah menaikkan satu status mengenai gantung patung di bahagian bawah belakang kereta (berdekatan tayar belakang). Kalau korang perasan, banyak juga kita nampakkan kenderaan yang ada lakukan seperti ini. Terutama lori, hehehehe.

Menurut Dedet, gantung permainan ini sebenarnya dimulakan oleh pemandu teksi di Thailand. Di mana katanya untuk mengelak gangguan halus terutama roh dikalangan budak-budka kecil.


Tapi ini adalah kenyataan dan kepercayaan. Tidak semua bangsa mempunyai kepercayaan yang sama. Terutama untuk orang islam, ianya macam jatuh seperti syirik.

Hasil carian saya, tedapat beberapa andaian mengapa orang gantung anak patung di bawah kereta, antaranya seperti:-

Punyai Maksud Tersirat


Untuk sesetengah negara ianya membawa maksud LUMBA. Samada 'jom kita lumba', 'mari kita berlumba' dan sebagainya. Di Jepun dikatakan dengan meletakkan patung ini membawa maksud pemilik kenderaan adalah peminat sukan perlumbaan kereta. Meletakkan pantung di bawah seumpama mengibarkan bendera.  Di Amerika Syarikat (AS), meletakkan patung hanya sebagai tarikan untuk orang lain melihat kepada kenderaan dipandu. 


Dan ada juga dikatakan  untuk menunjukkan betapa lowered kereta seseorang pemandu itu. Sebuah kereta akan nampak lowered jika pemiliknya menggantung patung berkaki kontot/pendek dengan tali ikat yang juga agak pendek.


Cara Menghormati Roh Mangsa

Satu kepercayaan dari masyarakat Thailand sebenarnya. Dengan meletakkan patung di bawah kereta dikatakan sebagai tangkal bagi mengelakkan kejadian buruk. Ini terutama jika melalui kawasan jalan raya yang pernah dan selalu berlakunya kemalangan.





Bukti Anda Seorang Drifter
Katanya patung tergantung bermula di Jepun dari perlumbaan drift di sana. Patung akan digantung pada cangkuk di belakang kereta yang dipandu oleh pelumba kereya dan dikatakan ianya dapat memberi tuah.



Hasil dari cariaan ada artikel juga berkongsikan tentang karektor patung yang sering digunakan di kereta pelumba  adalah Domo-Kun. Ianya adalah maskot untuk syarikat penyiaran NHK. Domo ni digambarkan sebagai seekor makhluk yang mempunyai mulut yang besar dan begigi gergaji.


Dikatakan juga trend gantung patung ini bermula dari geng Bosozoku. Untuk pengetahuan semua “Bosozoku” adalah geng-geng Motor di Jepun. Mereka juga dikenali sebagai ‘kaminari zoku’ .
Bosozoku biasanya akan menggantung baldi timah kecil di cangkuk tunda belakang bumper ala-ala boleh berlagak tentang betapa rendahnya kereta mereka. Fuhhh.

Apapun.. kalau setakat gantung takde kepercayaan OK kot. Tapi saya sendiri... sedih dan kesian pulak tengok patung tergantung macam tu. Cam penderaan pada mata yang melihat. Adoihai...

Motif Gantung Anak Patung Di Bahagian Bawah Belakang Kereta Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 01, 2021 Rating: 5

10 comments:

  1. Ayu Rafikah my POV, sorry to say, saya rasa macam bodoh pula kalau nampak org gantung patung mcm tu. Karut sangat.

    ReplyDelete
  2. Cer gantung pandora, gantung makanan kucing ke, ada pekdah sket kan. Hahaha. Sesaja gurau. Jangan taksub sudah ye

    ReplyDelete
  3. Betul ada pernah terbaca juga berkenaan kepercayaan dari Thailand yg mereka gantung patung unt elak roh jahat ganggu / unt beri penghormatan pd roh2 yg kemalangan di jalan raya. Bagi yg ikut adat kepercayaan, kita hormati je..tengok boleh percaya tu tidakklaa, haa gituu heheh

    ReplyDelete
  4. Amboi macam macam eh motif nye. Comel je jumbo kalau gantung kat kete gitu hehehe kar malaysia pon dah banyak orang tiru. Tapi just suka2 je. Comel je kan

    ReplyDelete
  5. dulu2 dah pernah terbaca psl benda ni ie gantung tu memang tujuan mistik/sbg tangkal

    ReplyDelete
  6. Saya baru tahu beberapa asbab mereka gantung. Pada mulanya macam ah lantak lah. Bila dah tau. Seram plak bila mereka percaya perkara mistik. Auto menjauhkan jarak kenderaan kita apabila ternampak patung ni. Seram tiba-tiba.

    ReplyDelete
  7. Betul tu akak kita ada baca dan terdengar orang kongsikan padal gantung patung pada belakang kereta ni.. kalau budaya yang kita tak tahu apa tujuan tak payah ikut lah buat salah amal dah jadi lain lak kan...

    ReplyDelete
  8. Weii baru nampak minggu lepas masa kat traffic light org letak bear kecik gini...ingat ke dah takde le pamahaman ngok macam ni hahaha rupe ada lagi..

    ReplyDelete
  9. Haha kte dari dulu pelik nape diaorang letak patung now baru tau hahaha..sbb kte lak rasa cam bahaya lak letak patung tu wakaka

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.