Pembukaan Salon dan Pelancaran Produk Penjagaan Rambut MKAJ


MKAJ perniagaan yang berasaskan pendandanan dan penggayaan rambut telah mengorak selangkah lagi dengan pembukaan franchise pertama di Platinum Walk, Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur. Pada hari yang sama turut diadakan pelancaran produk terbaru penjagaan rambut dari label mereka sendiri.

Menurut pengasas MKAJ Encik Sharizan b. Salleh, empat huruf MKAJ adalah gabungan daripada nama adik-beradik. Ternyata pilihan yang sangat baik kerana bunyinya agak unik, catchy dan mudah diingati!

Dengan kemahiran serta pengalaman lebih 18 tahun berada didalam bidang pendadanan dan penggayaan rambut, tidak hairanlah MKAJ sering terlibat di acara berprestij termasuklah menggayakan rambut artis-artis popular tanahair seperti Zizan Razak, Hefny Saad, Zizi Kirana dan ramai lagi.

Antara pakej yang ditawarkan di MKAJ Salon seperti :-
  • Konsultasi profesional
  • Penjagaan rambut
  • Penggayaan rambut
  • Warna rambut
Salon pendandanan dan penggayaan rambut ini sebenarnya dibuka untuk lelaki mahupun wanita. Lebih menarik untuk wanita berhijab dandanan disediakan bilik khas tertutup. Hanya 8 pelanggan didalam kedai untuk satu-satu masa dan ke semua pelanggan perlulah lengkap bersama 2 dos vaksin. + tempoh 14 hari. Salon in dibuka dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Apa yang menarik di Salon MKAJ ini juga kita boleh dapatkan produk lain seperti vape dari Koboi , barangan dandanan serta penjagaan rambut di bawah label MKAJ dan juga pakaian street wear.  

Turut hadir di majlis perasmian serta pelancaran produk MKAJ,  Sharizan b. Salleh (Pengasas MKAJ),  Asrull Nezam b. Alias (Managing Director Koboi), Rahman b. Ibrahim (Co-founder Koboi, Anwar b. Johari (Co-founder Koboi) dan Izzuddin b. Osman (Co-founder Koboi)

Menurut Encik Asrull Nezam, perancangan MKAJ bukan sahaja untuk membuka salon franchise tetapi mereka juga dalam perancangan untuk membuka Akademi MKAJ. Di mana didalam akademi ini bukan sahaja diajarkan mengenai teori dandanan dan penggayaan rambut bahkan selok belok bisnes juga akan diberikan kepada pelajar mereka.

Produk Penjagaan Rambut MKAJ

Setelah 3 tahun MKAJ membuat kajian mengenai formulasi terbaik dalam penjagaan rambut, akhirnya 4 produk terbaru berjaya dihasilkan. Apa yang unik produk yang dihasilkan adalah water base (berasaskan air) jadi tiada masalah buat orang muslim untuk pakai dan dibawa untuk solat.

4 produk MKAJ yang baru dilancarkan adalah seperti:-
  • Signature ceLAB Syampu- Soothing (I Feel Good)
  • Signature ceLAB Perapi Rambut - pH Balance (Still Loving You)
  • Signature ceLAB Pewangi Rambut - Volume (It's My Life)
  • Signature ceLAB Serum - Essence (Power of Love)
Keempat produk ini sesuai untuk semua jenis rambut. Paling penting formulasi terbaik telah digunakan untuk penjagaan serta perawatan rambut. Harga yang ditawarkan adalah diantara RM80 sehingga RM120.

Saya sendiri tidak sabar untuk mencubanya. Dan jangan lupa untuk baca mengenai review tentang empat produk ini dari blog ayuarjuna dot com nanti yerp!!

Oh ya! Bagi mereka yang ingin dapatkan produk ini boleh layari laman web Signature CeLab ataupun boleh beli di salon MKAJ.



Pembukaan Salon dan Pelancaran Produk Penjagaan Rambut MKAJ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 17, 2021 Rating: 5

14 comments:

  1. Tahniah MKAJ! Salon untuk lelaki eh kak. Macam barber shop hipstur lah ni eh kak? Platinum Walk dekat je ngan saya. InsyaAllah nanti boleh bawa anak-anak dan suami gunting rambut disini. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah! Nampak meriah betul saloon ni kak. Skrg dah abes pkp mmg laku saloon hehhe ramai yg nak potong rambut

    ReplyDelete
  3. Rambut ini penting ooo , aset. Ha, boleh la war2 juga untuk kengkawan lelaki.

    ReplyDelete
  4. Paling i suka ada bilik khas untuk wanita berhijab. Ciri2 yang bagus ye. Senang la wanita berhijab nak potong rambut ke apa kan?.

    ReplyDelete
  5. Menarik ada untuk yang berhijab ada bilik khas. Dah lama tak pergi saloon ni. Menarik tengok tempatnya.

    ReplyDelete
  6. Bolehlah sis dtg try. Kalau hairstylist dia mantap gayakan rambut mesti akan dtg lagi. Kena hairstylist yang ngam baru selesa masa buat rambut. Tahniah MKAJ saloon!

    ReplyDelete
  7. Bagusnyaaa.. Siap ada bilik khas utk wanita berhijab. Senang la org perempuan nak potong rambut. Tahniah MKAJ 🎉

    ReplyDelete
  8. Wahh congratulation MkAJ! Catchy bethol kan.. nearby kawasan Nell jer.. next hair cut boleh cuba try kat sini la… nama2 produk pun so romantica gitchew! 🙏🏼 Suke packaging dia…

    ReplyDelete
  9. Paling suka kalau ada kedai gunting yang mengutamakan perempuan bertudung dan sediakan bilik khas, so kita nak gunting pun selesa laaa kan, sebab kebanyakkannya memang takde ruang khas..

    ReplyDelete
  10. Lama tak g salon rambut..dapat cuci rambut pon seronok ni bagus lak tu ada bilik khas utk wanita berhijab kan..

    ReplyDelete
  11. Tahniah MKAJ atas pembukaan franchise pertama. Siap ada produk sendiri. Semoga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  12. Ye another option for those who want to get their hair done. Great to know that a special room is specially prepared for muslim ladies.

    ReplyDelete
  13. Wah bagus nyer, dah ada franchaise sendiri dan juga jenama penjagaan rambut.

    ReplyDelete
  14. yeayyy ! bolehlah singgah salloon nie nanti. dekat pon dekat. baguslah dorg sediakan bilik khas utk muslim ladies.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.