Penyertaan Ameer dan Amani di dalam MILO® Champions Clinic Tahun 2021


Sebagai ibu saya memang suka melihat anak-anak saya terlibat didalam aktiviti sukan. Ini kerana dengan bersukan mereka dapat beraktiviti menggunakan fizikal dan juga baik untuk kesihatan mental. Selain itu dengan bersukan dapat memanfaatkan masa anak saya dengan aktiviti yang berfaedah, sekaligus mengurangkan masa mereka dengan gadget dan juga dapat merehatkan diri dari kelas PDPR yang jadualnya padat setiap hari. Jadi apabila MILO® Champions Clinic dibuka kembali pada tahun 2021, saya dengan senang hati telah mendaftarkan kedua anak saya iaitu Ameer dan Amani. 
Untuk sukan kali ini kami telah memilih futsal. Walaupun Ameer dan Shadrina bukanlah pemain futsal tetapi bagi saya sukan yang memerlukan stamina dan strategi yang baik ketika bermain ini agak menarik.

Untuk kali ini MILO® Champions Clinic dilaksana secara e-coaching. Di mana latihan dan tunjuk ajar dari jurulatih dilaksanakan secara maya. Memadangkan tahun ini merupakan era pandemik jadinya anak-anak sudah terbiasa belajar di atas talian. Jadi bagi saya konsep e-coaching yang diperkenalkan bukanlah perkara baru bagi anak-anak saya.

Di dalam sukan futsal anjuran MILO® Champions Clinic ini terdapat 5 modul yang perlu dilengkapkan. Dan 1 modul adalah untuk aktiviti/latihan 1 minggu. Satu video akan dimuat naik di platform Google Classroom Milo. Di mana video ini akan menunjukkan jenis latihan yang perlu dilakukan dan seterusnya direkodkan oleh anak-anak yang terlibat didalam klinik ini.

Untuk futsal modul latihan secara ringkas adalah seperti berikut:

Minggu 1 
  • Running With The Ball
  • Ball Controlling (Outside Foot, Inside Foot, Sole)
  • Body Control & Balancing

Minggu 2 
  • Dribbling technique
  • Quick dribbling skill
  • Body Feint
  • Ball Controlling

Minggu 3
  • Juggling
  • Tapping
  • Sideway Dribbling/Running

Minggu 4
  • Outside Foot Dribbling
  • Outside Foot Attacking
  • Cross Over

Minggu 5
  • Pulling Backward
  • Pulling Backward & Turn
  • Lob

Apa yang menarik setiap peserta klinik perlu memuat naik tugasan mereka ke dalam Google Classroom selewatnya pada hari Jumaat setiap minggu bagi dibuat penilaian oleh jurulatih masing-masing. Ini kerana pada hari Sabtu peserta akan bertemu dengan jurulatih mengikut kumpulan kecil yang telah ditetapkan. Untuk 1 kumpulan hanya 3 pelajar sahaja. 

Kiraya one-to-one penerangan dan tunjuk ajar diberikan oleh jurulatih. Jurulatih akan menjelaskan dengan terperinci tentang kesilapan mana yang boleh diperbaiki dan paling menarik turut diberikan tips cara dan teknik bermain futsal.

Ameer 7 tahun, Kumpulan 13 di bawah Kendalian Coach Scott

Seperti Ameer beliau berada didalam kumpulan 13 dibawah kendalian Coach Scott. Ameer anak lelaki bongsu saya memang seorang yang sangat pemalu. Selama ini ketika bermain bola, beliau hanya berlari dan tendang tanpa mengetahui beberapa trik dan teknik cara kendalikan bola dengan betul. Memang pada awalnya Ameer agak struggle didalam mengikuti latihan yang diberikan. Namun apa yang saya nampak, sesuatu positif didalam sukan ini ialah kita tidak akan berputus asa dan cuba sehabis baik. 


Jadi saya hanya rakamkan aksi Ameer berlatih dan akan memuat naik video untuk Coach Scott memberi lebih tunjuk ajar. Selain sikapnya yang peramah, penyabar juga orangnya, saya dapat lihat kegigihan Coach Scott dalam memberi tunjuk ajar dengan membuat demo didalam kelas one-to-one.  Ini memang sangat membantu Ameer memahami tugasan yang diberikan lebih mendalam. Sering kali juga jurulatih mengajukan soalan kepada pelajarnya agar ada interaksi antara mereka. Macam biasa Ameer memang sejenis anak yang pemalu, pasti akan ditegur Coach Scott, "Ameer jangalan malu sangat". Hahahahahahaha.

Amani 11 tahun, Kumpulan 2 di bawah Kendalian Coach Yong
Manakala Amani walaupun dia sorang perempuan tapi saya rasa tidak salah untuk beliau bermain futsal. Sukan yang memerlukan banyak pergerakan seperti berlari,  memerhati, ketangkasan dan pelbagai skil lagi. Amani ada berkongsi dnegan saya, kata beliau ingatkan sukan futsal ini hanya tendang bola tapi sebenarnya lebih dari itu. Didalam futsal membantu Amani belajar mengimbang bola dan ini sangat bagus untuk latih anak agar sentiasa fokus. Pergerakan pantas, serta menguji kecekapan menarik bola ke hadapan ataupun ke belakang dan pelbagai lagi.

Selain itu  penyertaan Amani di dalam futsal juga membantu beliau untuk sentiasa berada didalam keadaan fit dan cergas. Biarpun masih muda, mengambil berat tentang kesihatan badan terutama fizikal serta mental adalah sangat penting. Dan Amani berada didalam kumpulan 2 bersama Coach Yong. Pada awal kelas pertama Amani rasa sangat rendah diri apabila melihat ramai dikalangan peserta yang berbakat dan jauh luar biasa persembahannya didalam latihan/aktiviti futsal. Namun yang sering menaikkan semangat beliau adalah Coach Yong. Seorang guru terbaik dan sangat berdedidkasi. Melihat setiap satu vidoe yang dihantar oleh Amani, Coach Yong pasti akan memberi maklum balas yang sangat memotivasikan Amani unytuk membuat latihan dengan lebih baik.
Bayangkan jika Amani turun berlatih. Amani akan menyuruh saya merekod beliau bermain berkali-kali. Sampai saya katakan pada Amani, "Takpelah kita bukan nak tunjuk kita pandai main. Tapi kita nak tunjuk usaha yang kita boleh buat daripada tunjuk ajar menerusi video setiap modul". Setiap kali selepas perjumpaan dengan jurulatih Yong pada hari Sabtu, Amani pasti akan teruja.


 "Mummy Coach kata kita kena besarkan sedikit kawasan latihan. Jadi nanti senang nak buat pergerakan"

"Mummy, Coach kata Amani bagus sangat. Ada perubahan berbanding masa mula-mula belajar dulu".


MILO® Champions Clinic : e-coaching
Ternyata baik Amani mahupun Ameer keduanya sangat teruja dengan latihan dan e-coaching secara maya bersama  MILO® Champions Clinic.

Bagi saya sendiri program MILO® Champions Clinic ini sangat bagus. Dengan tunjuk ajar oleh barisan jurulatih yang cukup berpengalaman luas dalam yang dipilih iaitu futsal sememangnya pilihan terbaik. Biarpun kelas secara fizikal lebih seronok, namun saya tidak menolak pengendalian secara e-coaching juga agak bagus juga. 


Tidak dinafikan dengan pengendalian secara atas talian ini (e-coaching), ibubapa/penjaga secara tidak langsung akan  memainkan peranan yang lebih proaktif dalam latihan anak-anak setiap minggu. Di samping memastikan penglibatan yang berkualiti, kos mampu milik serta paling penting anak-anak dapat bermain didalam lingkungan yang selamat iaitu bedekatan dengan kawasan rumah sahaja.

Saya juga dapat lihat, komunikasi serta interaksi antara peserta dan jurulatih juga sangat penting dalam memastikan anak-anak faham tentang aktiviti yang dilakukan. Biarpun anak ada membuat kesilapan, teguran dan didikan akan diberikan dengan jelas oleh jurulatih bagi memastikan anak-anak lebih faham.

Setelah lebih sebulan Ameer dan Amani menyertai MILO® Champions Clinic, saya dapat lihat perubahan yang positif dalam diri mereka. Selain daripada disiplin, anak-anak juga dapat keluar dari rumah dan melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Dan in sangat bagus untuk mengasah pemotoran halus dan kasar mereka. Anak juga dilatih untuk lebih fokus didalam setiap aktiviti dilakukan. Paling penting bila dapat bermain bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh bahkan sangat bagus untuk rehatkan fikiran dengan pembelajaran serius dari sekolah.

Sebenarnya ada banyak vidoe latihan yang dihasilkan tetapi ini antara salah satu latihan/aktiviti yang Amani lakukan. Boleh nampak bukan hanya anak seronok dan gigih berlatih, ibu yang merekod juga bersungguh  sama berada di kawasan latihan. Bonding time guys!

Untuk korang yang berminat dengan MILO® Champions Clinic  boleh dapatkan info serta maklumat terkini dari www.milo.com.my

Penyertaan Ameer dan Amani di dalam MILO® Champions Clinic Tahun 2021 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 21, 2021 Rating: 5

9 comments:

  1. Memang sangat bagus terapkan minat bersukan ni..bkn je jaga kesihatan malah dapat kurangkan penggunaan gajet kpd anak2..bagus apa yg dianjurkan oleh MILO® Champions Clinic. Hope more activity yang akn diadakan utk anak2 hari ini..

    ReplyDelete
  2. Kalau I pun ada aktiviti camni I pun masukkan Dania dulu. Menarik sangat Ayu. I rasa satu aktiviti yang bagus untuk anak2 kita. Boleh menguji kemahiran bermain dengan bola.

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi jadi pemain pro ni. Bagus² dari kecik start ajar basic skill. Senang bila dah besar, handling tu tak kelaut. hehehe.

    ReplyDelete
  4. Wahh sampai ada e-coaching dah ye. Skrg semua online agar tk terbengkalai pembelajaran anak2 semua.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya MILO! Bersukan pun ada online coaching. Kekal sihat berlatih bersukan walaupun tak bersemuka. Good program

    ReplyDelete
  6. Wahhh! chaiyokkk all the best to ameer and amani, semoga berjaya dalan sukan ya

    ReplyDelete
  7. oh dorg join ni ke? patutlah nampak akak up aritu dekat ig . goodluck ameer dan amani! minum milo cergas nanti ceyy ahahahah btw tadi kite beli milo juga hahaa

    ReplyDelete
  8. Bagus kak waktu macam ni kita beri pendedahan dengan aktiviti sukan. Saya masukkan Adam di kelas Badminton. Seronok dia. Sampai je mana-mana kawasan lapang, mesti dia nak main. Hehe.

    ReplyDelete
  9. The quickest and easiest way to whiten teeth is in-office bleaching or whitening. As its name implies, this is done in a dental clinic under the supervision of a dentist who uses a higher concentration of peroxide. https://dynamichealthstaff.com/nursing-jobs-in-qatar

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.