Review Drama Korea Bersiri di Netflix : My Name
Drama bersiri terbaru My Name ini jalan ceritanya memang tidak mengecewakan. Drama ini dibarisi pelakon-pelakon yang hebat, antaranya seperti Yoon Ji Woo (Han So-hee), Choi Moo-jin (Park Hee-soon), Jeon Pil-do (Ahn Bo-hyun), Cha hi-ho (Kim Sang-ho), Jung Tae-joo (Lee Hak-joo) dan Do Gang-jae (Chang Ryull).
My Name jalan ceritanya agak menarik. Tidak seperti kebiasaan drama Korea bersiri yang biasa yang banyak ke arah kisah cinta, kelakar dan menghiburkan. Untuk naskhah My Name ianya mengisahkan pejuangan seorang anak bernama Ji Woo bagi mendapat keadilan ke atas kematian ayahnya.
Han So-hee lakonanya memang mantap giler dalam cerita ini. Memang badass. Jauh beza dengan karektor yang pernah dipegang sebelum ini iaitu seorang wanita yang lembut, penggoda (hahahah) dan penuh kewanitaan. Macam tak pecaya jer dari Da-Kyung seorang perampas kepada Yoo Na-Bi pelajar universiti kepada Ji Woo wanita yang tidak mempunyai perasaan lansung.
Di bahagian Nirkotik, Ji Woo mengenali Pil-Do antara orang yang kuat di jabatan ini dan sentiasa mendapat kepercayaan dari ketua unit mereka. Pil-Do juga ada sebab tersendiri mengapa beliau menyertai bahagaian Narkotik ini.
Cerita ini sebenarnya ada banyak konflik. Ianya antara kepercayaan dan pembelotan. Samada Ji Woo perlu memilih untuk bersama polis ataupun menyebelahi di pihak organisasi dadah yang diterajui oleh Choi Moo-jin kawan baik bapanya satu masa dahulu.
Jenis bertumbuk dan bertikam, kaw kaw punya. Saya suka jalan cerita My Name. Ada banyak plot twist dari pertengahan cerita sehingga ke akhir episod. Banyak juga perkara yang tidak dijangka berlaku. Episod 8 ada babak yang sangat sedih yang membuatkan saya menangis (tanpa sedari ya!). Hahahaha.
Review Drama Korea Bersiri di Netflix : My Name
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 16, 2021
Rating:
ayu dah abis tengok? sya baru dpt tengok trailer je..sudah dalam listing tapi msih belom kesempatan nk tengok..tapi dari story ayu citer ini rasanya bila tengok sure saya sangkut tengok sampi habis...
ReplyDeleteI haven't watch this drama yet. The storyline sounds intriguing. You make me want to watch in. Insya-Allah. Thank you so much for sharing your review with me.
ReplyDeleteThanks for recommending this Korean series, was about to ask my Korean drama buddy what series to follow next. Now I know it's My Name :) cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteMember baru je suh tengok siri ni. Dah ada review. Kite baca diangin lalu je ye sb nanti spoiler! Hahaha. Esok cuti harus kita tonton!
ReplyDelete