Review Movie di Netflix : Grudge


Filem Turki "GRUDGE" (2021) ini bagi saya jalan ceritanya agak menarik. Filem berdurasi lebih dari 1 jam ini dibintangi oleh Yilmaz Erdogan, Ahmet Mümtaz Taylan, Cem Yigit Uzümoglu, Ruzgar Aksoy, Duygu Sarisin dan ramai lagi. Watak utama merupakan penulis skrip untuk filem ini dan telah diarahkan oleh Turkan Derya.

Pegawai polis Harun seorang lelaki yang begitu dedikasi terhadap tugasnya. Beliau adalah seorang ketua yang memang sangat disenangi dan disayangi anak-anak buahnya. Kejayaan dalam setiap penyiasatan bersama ahli kupulannya menyebabkan Inspektor Harun diberikan anugerah cemerlang dan dicalonkan kenaikan pangkat.

Pada satu malam, selepas satu majlis keraian atas meraikan kecemerlangan beliau. Satu tragedi telah berlaku. Di mana Inspektor Harun dengan sengaja membunuh sesorang yang sebenarnya dalam cubaan untuk membunuh beliau.

Kes bertambah buruk apabila secara tiba-tiba orang yang dibunuh menjadi paparan berita utama dan pasukannya perlu mencari siapa pembunuh tersebut.

Inspektor Harun merasakan sesuatu yang pelik berlaku ke atas dirinya. Seolah ada seseorang yang mahu menjatuhkan beliau dalam diam. Inspektor Harun terus gigih mencari jawapan dan pada masa yang sama turut dibantu rakan sepasukannya. Dan siapa sangka ianya berkait dengan kes yang pernah beliau siasat satu masa dahulu.

Ya! Dendam dan kemarahan, bersama satu tujuan untuk menjatuhkan Inspektor Harun. Filem ini ada plot twist yang mungkin  kita akan jangkakan apa yang sebenarnya terjadi pada pertengahan cerita. Persoalan yang cukup menarik dan kita sendiri perlu ambil iktibar -  adakah kita benar-benar mengenali orang yang begitu rapat dengan kita.

Bayangkan akhirnya kita akan tahu siapa pembunuh sebenar untuk peristiwa berpuluh tahun dahulu. (Nak tahu apa sebenarnya yang tejadi korang kena lah tonton sendiri).

Bagi saya jalan cerita didalam filem ini sangat kemas. Setiap plot memang berkait. Bagaimana Inspektor Harun ini berfikir dan mencari penyelesaian memang sangat bijak. Dan saya juga sukakan kerja berpasukan yang ditunjukkan dalam filem ini. Cuma di akhir cerita, kita akan rasa sedih sedikit.

GRUDGE antara filem Turki yang best di Netflix!
Review Movie di Netflix : Grudge Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 14, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.