Review Siri Di Netflix : Maid

Siri esklusif terbaru di Netflix bertajuk Maid yang mempunyai hanya 10 episod. Jalan cerita yang sangat menarik dan dapat memberi pengajaran terutama wanita di luar sana. Mengisahkan Alex (Margaret Qualley) yang  memberanikan dirinya lari dari rumah bersama anak perempuannya Maddy (Rylea Nevaeh Whittet) yang baru berusia 2 tahun. Ini kerana beliau sudah tidak tahan tinggal bersama partner (macam suami tapi tidak berkahwin) iaitu Sean (Nick Robinson).

Sean bukanlah seorang lelaki yang jahat atau pendera cuma dia kaki botol dan adakalanya tindakannya boleh menyebabkan kecederaan.  Alex yang merasakan beliau perlu berubah demi anaknya telah bernekad untuk keluar dalam perhubungan yang toksik tersebut. Dan Sean juga tidak berputus asa untuk merawat dirinya dan pada masa yang sama cuba untuk mendapatkan anaknya kembali.

Di sini bermulalah beliau cuba mendapat tempat di rumah perlindungan, mencari rumah bantuan kerajaan, mencari kerja, memohon segala bantuan dari Kerajaan dan pelbagai lagi. Pada masa yang sama Alex perlu berhadapan dengan masalah ibunya Paula (Andie MacDowell, ibu sebenar Alex dalam dunia realiti). Paula mengalami masalah bipolar disodar yang terlalu obses dengan cinta lelaki, mahu menjadi gipsi dan kehidupannya yang terumbang-ambing.

Alex juga mempunyai masalah dendam dengan ayah kandungnya Hank (Billy Burke) yang kini sudah hidup bahagia dan mempunyai keluarga baru. Di mana kita akan tahu akhirnya sebab mengapa ibunya membawa  Alex lari ketika dia masih kecil.

Dengan tiada kelulusan dan pengalaman, akhirnya pegawai kebajikan yang beliau dapatkan khidmat nasihat telah mencadangkan untuk bekerja sebagai 'maid'. Sebenarnya Alex ini mempunyai minat dan berbakat menulis. Beliau pernah memasuki kolej untuk penulisan kreatif dan berhenti separuh jalan (akibat desakan hidup). 

Plot semakin menarik apabila Alex ini cuba menempatkan anaknya Maddy di pusat asuhan terbaik dan pada masa yang sama beliau telah dibuang kerja dari Value Maid. Namun sepanjang menjadi maid (membersihkan rumah orang) pelbagai jenis manusia Alex jumpa dan salah seorangnya adalah Regina (Anika Noni Rose) seorang peguam yang berjaya dan mempunyai kehidupan mewah sepertimana semua wanita inginkan.

Alex wanita polos  yang sangat jujur, beliau bersemangat untuk kehidupan yang lebih baik demi anaknya. Walaupun sentiasa kehebisan duit, Alex tetap akan bersungguh mencari duit demi anaknya. Dan siapa sangka, apa yang Alex inginkan dapat direalisasikan di pengakhiran cerita. Ini korang kena tengoklah apa yang Alex impikan sejak dulu lagi.

Banyak pengajaran sebenarnya cerita MAID ini. Antaranya kita kena jadi perempuan yang mempunyai kelulusan dan boleh bangkit sendiri jika ada masalah. Melihat pada Alex, yang walau susah macamanapun beliau tidak pernah meninggalkan anaknya. Dia sesekali tidak mahu anaknya melalui kehidupan seperti ketika dia masih kecil. 

Melalui cerita  MAID juga kita akan tahu betapa banyak sebenarnya kerajaan di UK memperuntukan bantuan kepada rakyatnya jika mempunyai masalah. Contohnya rumah perlindungan, bantuan groceries, bantuan sewaan rumah, rumah kerajaan dan pelbagai lagi. Kita akan dapat lihat bagaimana Alex telah melalui 9 kali perpindahan dan 2 kali masuk ke rumah perlindungan.

Tapi saya cukup suka dengan cara Alex ini mengatasi masalahnya dengan bangkit dan berusaha menjadi yang terbaik  untuk anaknya, Maddy.

Cerita sarat dengan emosi dan agak berat! Tapi berbaloi menontonnya untuk 10 episod.

Review Siri Di Netflix : Maid Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 04, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. I rasa menarik juga movie ni you tapi bersiri ni nak kena tengok 1...1... dulu. Kat Australia pun kerajaan mereka banyak bagi bantuan kat rakyat. Tu yang Wardina suka kat sana tu....maybe sebab negara maju kan?. Harap2 Malaysia macam tu juga....

    ReplyDelete
  2. Sinopsis dia macam menarik je kak. Boleh nak layan ni. Tak sabar nak tengok pengakhiran cerita dia.

    ReplyDelete
  3. ni mmg xsabar nk tengok ni..mmg dh ade dlm list cuma belom sempat nk tengok lagi..suke tngok cerita yg penuh spirit mcm ni..bgi smngt utk bgkit dr jatuh..👍

    ReplyDelete
  4. Dah nampak berapa kali dah tapi belum nak tengok.. so MIAD ni memang cerita mengenai orang gaji laa yaa.. okay nanti boleh tgk laaa

    ReplyDelete
  5. tengok trailer pon dh best..baca sis punya story pun dh seronok..dh msuk list otw nak tengok je ni..

    ReplyDelete
  6. Baru nampak kat twitter tadi pasl cerita ni. Baca sinopsii kak ayu lagi menarik. Ni rasa nak tengok. Nak tau kesudahan cerita kehiudpan mereka macam mana

    ReplyDelete
  7. Teruja nie. Now ngah layan, and baru episod 2. Fuh. Terbuai-buai perasaan bila lihat Alex diuji dengan pelbagai masalah

    ReplyDelete
  8. 10 episod ke Ayu, waduhh ni tengah folo Magnificient Century citer pasal zam dedulu suka sangat kisah silam haha, nanti nak catch up lah jugak yang ni

    ReplyDelete
  9. Alamak 10 episod tu. Kena cari time free la layan ni nanti..macam menarik cerita tu..

    ReplyDelete
  10. Akak sedih la citer ni. Struggle gila kehidupan dia. Tapi dia tak pernah putus asa. Saya rasa terinspirasi tengok citer ni. Selagi hayat dikandung badan dan ada big why iaitu anak. Kita pasti boleh berjaya mengharungi kehidupan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. A similarly incredible value scale is the value of your maid's administration and commitment to your family. професионален домоуправител София цени

    ReplyDelete
  12. We do goof now and again. When my significant other got a letter via the post office, around an oddball government assistance payout from our nearby government. We were coming back after a glad family trip to the zoo, and entered the lift with a lot of letters just recovered from the letterbox. Still in the lift with our maid and two kids, платен домоуправител софия

    ReplyDelete
  13. huge change isn't normal any time soon. As businesses of live-in homegrown maids, we should know and delicate to our maids' insecurities, shamefulness and jealousy. To accomplish a true and agreeable relationship with your maid, Europa-Road túlméretes szállítás

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.