Rezeki Tidak Datang Bergolek

Nak dapat semangat keRAJINan itu kadang-kala akan naik dan biasanya akan turun. Malas, tidak bersemangat dan kurang motivasi menyebabkan kita tidak mahu berbuat apa-apa. Mungkin juga terlalu penat ataupun nak 'paused' sekejap dari dunia yang kita pura-pura sibuk setiap hari. Dan percayalah lama-lama kita akan hilang minat. Nak dapat balik momentum rajin memang payah, melainkan diri kita semangat usaha balik.


Randomkan penulisan saya kali ini. Takdelah sebenarmya saja meluahkan. Kebetulan hari Selasa untuk bulan ini saya agak sibuk dengan kelas mengajar dan pada masa yang sama beberapa perkara yang lain. Jadi ketika entri ini ditulis, sambil-sambil tunggu pelajar masuk kelas (atas talian) dan juga sambil menyiapkan artikel (content writer). Yup! Saya memilih untuk kerja dan buat perkara yang saya minat. 

Cumanya, ramai juga yang tahu saya juga minat menyertai peraduan. Sejenis gigih juga. Tapi sebenarnya saya semakin kurang menyertai peraduan sebenarnya. Biarpun sebenarnya di luar sana begitu banyak peraduan yang dianjurkan samada diatas talian ataupun 'offline'.  Hadiah ditawarkan semuanya menarik. Dan ramai juga kawan-kawan saya still konsisten menyertai mana-mana peraduan. Dan bila dah sertai memang akan nampak usaha mereka akan digantikan dengan rezeki yang tidak putus-putus.

Seronok sebenarnya bila melihat kawan-kawan sekeliling dimurahkan rezeki. Tapi ialah nak dapat rezeki itu, kenalah berusaha. Walaupun kadang-kadang kita dah cuba tapi tak berjaya. Perkataan kegagalan itu sendiri bukanlah ukuran kita menjadi orang yang mudah mengalah. 

Apapun, kalau nak pupuk semangat rajin, pertama kali kita kena buang sifat MALAS. Seterusnya kita kita kena pupuk rasa ingin cuba dan usaha. Dan paling penting, selain kena percaya dengan REZEKI, kita perlu juga percaya REZEKI TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK JIKA TIDAK DICARI.

Btw, saya menulis ini juga atas peringatan pada diri sendiri. Sejak semalam 5 draft artikel tak start lagi. Duk kebil-kebil tengok tajuk. Mana ntah nak dapat semangat dan skill menulis ni entahlah. Hilang. Nak kena pergi kutip balik. ekekekeke.

Saya dah lama malas nak join mana-mana peraduan. Nak menulis slogan, nak ambil gambar, nak buat video dan paling rasa kurang motivasi apabila tengok entri peserta lain yang kebabom sangat hasilnya. Rasa macam tak layak jer menyertai. Hahhaha. Kiranya belum masuk gelanggang, awal-awal lagi dah angkat bendera putih.


Tapi 2 bulan lepas, tanpa sengaja saya telah menyertai satu peraduan mudah. Iaitu bergambar dengan produk. Sebenarnya niat saya sertai sebab anak-anak memang penggemar biskut jenama tersebut. Alang-alang membelikan so kita joinlah sekali. Siapa sangka dari 1 entri saya menang 2 hadiah. Iaitu voucher dan juga hadiah utama iaitu ipad. Dan hadiah ini memang benar-benar memberi motivasi kepada saya untuk terus-menerus tidak mudah putus asa untuk menyertai peraduan selepas ini. Ececece... tak tahulaaa semangat tu ada sampai bila. Kihkih

p/s: sebenarnya saya ada juga menang hadiah lain. Kecil-kecilan.. Biasalah dah lama tak menang gadget jadinya dia punya excited lain machiam sikit. Kehkeh

Rezeki Tidak Datang Bergolek Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 05, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Wow.. Menang Ipad terus. Tahniah.
    Betullah kejayaan tidak akan datang bergolek.. Kita yg kene bergolek. Tp tulah.. Dah gemuk ni susah pulak nak bergolek haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahah.. samalah susah nak bergolek jugak hahaha

      Delete
  2. So true. Rezeki tidak datang bergolek-golek. You must have the courage to do it. Insya-Allah, sekiranya kita berusaha kuat tanpa putus asa akan dapat juga. And remember, your dreams doesn't have an expiry date.

    ReplyDelete
  3. Wow! iPad tu sis oii. Lamanya tak menang gajet kan. Teringat zaman kita dengan NN dan CC dulu, selalu dapat gajet. Tapi ko memang luck!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Ayu. Memang rezeki you ni. Kalau diam tak buat apa2....mana nak datang rezeki tu kan?. Best tu hadiah you....

    ReplyDelete
  5. memang betul2 rezeki.. bertuah sungguh. rezeki anak2 jugak sebab suka biskut tu kan hehe tahniah

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak Ayu !! Semoga aura kerajinan kak ayu tu melekat dekat diri sy nie. Bertuah kak Ayu. Rezeki dpt hadiah ipad pro. Best tu

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH...Wah dapat ipad tu..bukan senang nak menang dpt hadiah macam tu

    ReplyDelete
  8. Wowww dapat iPad, memang rezeki ko laa Ayuu... kalau Sis semangat sentiasa ada untuk menulis, tak kiralah apa je tajuk, dah minat kan.. tapi belum pernah masuk peraduan, nanti nak try gak le selit memana peraduan.. all the best Ayu..

    ReplyDelete
  9. Woww best nya dapat ipad terussss haaa. Boleh membakar semangat fafa jugakbnak join contest ni

    ReplyDelete
  10. waa bestnyer congrats ayu...berkat kesabaran ayu...now Allah bg better reward for u...tahniah2...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.