SimplySiti For All, Rangkaian Produk Kosmetik Terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza

SimplySiti For All, Rangkaian Produk Kosmetik Terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza- Tahun ini sudah genap 11 tahun jenama SimplySiti menapak di Malaysia. Jenama lokal yang mula diperkenalkan pada tahun 2010 ini tidak dinafikan kualiti produknya setanding dengan antarabangsa. SimplySiti telah melancarkan produk kosmetik terbaru yang mula diperkenalkan di pasaran pada 9.9 yang lalu. Ternyata seperti yang telah dijangka produk terbaru SimplySiti memang mendapat sambutan yang hebat dari pengguna setianya.

Berkonsepkan SimplySiti for All - Reflection of Perfection, produk kosmetik terbaru ini sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. Rona warna matte semulajadi dipertaruhkan ternyata menjadi pilihan serta kegemaran rakyat Malaysia.


Selaku usahawan kosmetik tempatan yang terkenal, Dato' Sri Siti Nurhaliza tidak menafikan bahawa SimplySiti juga terkesan dengan masalah ekonomi akibat Covid 19. Namun bagi wanita yang baru sahaja bergelar ibu kepada 2 cahayamata ini tetap bersyukur, walaupun dalam keadaan pandemik pengguna setia jenama SimplySiti masih boleh mendapatkan produk merek amelalui platform seperti Shopee, laman sesawang SimplySiti serta daripada ahli-ahli SimplySiti elit.

Di majlis ini turut dperkenalkan duta baharu SimplySiti iaitu Zahra Zura Aziza Zahanor yang merupakan seorang pelajar di UITM. Zahra terpilih diantara 700 orang peserta yang ingin menjadi wajah terbaru produk SimplySiti. Ini merupakan duta pertama yang dilantik oleh SimplySiti dan akan sama-sama mempromosikan semua rangkaian penjagaan wajah dan kosmetik dari SimplySiti.

Produk SimplySiti telah dirumus secara sainstifik dan terbukti secara klinikal ianya mempunyai Sijil Halal Jakim. Ianya juga dihasilkan dengan penuh ketelitian bagi memudahkan wanita Islam menunaikan solat. 

SimplySiti juga telah berkaloborasi dengan syarikat ternama seperti Shopee, Watsons, Astro Go Shop, Wow Shop dan AEON Wellness dalam mempromosikan produk mereka.

Jenama SimplySiti sememangnya mencerminkan gaya hidup Dato' Sri Siti Nurhaliza yang berkualiti, praktikal, kompak dan mudah bagi sentiasa tampil menawan dengan harga yang amat berpatutan. Moga Dato' Sri Siti Nurhaliza turut sukses bersama SimplySiti membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan dunia. 

Produk tempatan kebanggaan Malaysia,
SimplySiti setanding jenama antarabangsa!

SimplySiti For All, Rangkaian Produk Kosmetik Terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 20, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. Moga produk ni dapat bertahan lama di pasaran. Bukan calang2 pun sebab produk ni siap buat research lagi....Tokti comel la. Dulu masa muda2 i teman kawan i kejar tokti...hehehe....sebab kawan i tu minat sangat kat tokti. Sekarang ni nak kejar tak larat dah....

    ReplyDelete
  2. Wow...so beruntung can bergambar with Dato' Sri Siti Nurhaliza & congrats on the new range of her cosmetics brand. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Wah dah ada keluarkan produk baru. Simply Sity memang mantap juga ye. Kat Indonesia pun femes. Nanti nak usha la rangkaian terbaru ni.

    ReplyDelete
  4. Kita penguna Simply Siti gak, memang ada certain guna produk dia, so far okay laa..harga pun tak mahal mana..

    ReplyDelete
  5. Wah semakin banyak dah produk simply siti ni. Moga makin maju

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.