Strategi Sihat bersama C2Joy, Noraniza Idris Ingin Membawa Seni Budaya Malaysia Ke Peringkat Lebih Tinggi

Strategi Sihat bersama C2Joy, Noraniza Idris Ingin Membawa Seni Budaya Malaysia Ke Peringkat Lebih Tinggi- Sudah lama saya tidak mendengar berita tentang artis yang cukup dikenali dalam irama Malaysia iaitu Noraniza Idris. Dan saya berkesempatan menemui beliau dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman kolaborasi strategik sihat dan budaya antara syarikat diterajui beliau (Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd) bersama C2JOY (M) Sdn Bhd.

Pelbagai program bakal diadakan hasil usahasama antara Strategi Sihat & Seni Budaya sebagai inisiatif bagi membangunkan kesedaran terhadap pentingnya kesihatan dan juga seni serta budaya dalam menyatupadukan masyarakat tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. Bahkan diharapkan melalui kolaborasi ini dapat diperkembangkan bukan sahaja pada peringkat tempatan bahkan antarabangsa.

Antara pelan strategik hasil gabungan C2Joy dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd seperti:-
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan tubuh badan melalui kepenggunaan Susu Kolostrum C2Joy dengan penglibatan aktiviti seni budaya yang dianjurkan oleh NIPV.
  • Memartabatkan Warisan & Seni Budaya melalui acara dan program yang dianjurkan oleh NIPV dimana C2Joy berpereranan sebagai rakan rasmi program-program tersebut.
  • Kesedaran terhadap Program Keusahawanan Wanita untuk menggalakkan dan juga memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktivti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah melalui platform Kolaborasi C2Joy & NPV.
  • Menarik minat belia & anak-anak dalam pengkibatan program Kesenian sekaligus menjana kesihatan sekaligus akan lebih berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa melalui platform C2Joy & NIPV.

Moga dengan usahasama ini dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya pengambilan makanan berkhasiat seperti susu C2Joy bahkan dalam masa yang sama memartabatkan seni budaya Malaysia ke peringkat yang lebih tertinggi.  Moga yang diimpikan oleh Noraniza Idris akan berjaya dilaksanakan dan saya percaya bersama komitmen dan kesungguhan penyanyi bersuara gemersik ini mampu menjadikan seni budaya Malaysia lebih gah serta dikenali di seluruh negara.

Syabas C2Joy dan NIPV atas kolobarasi yang hebat ini!
 
Strategi Sihat bersama C2Joy, Noraniza Idris Ingin Membawa Seni Budaya Malaysia Ke Peringkat Lebih Tinggi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 12, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. musim sekarnag ni penting utk kita ambil makanan berkhasiat & supplement tambahan. at the same time menyatu padukan masyarakat

    ReplyDelete
  2. Disamping sihat, Kak Ani nak juga menggalakkan dan mengembangkan budaya kita ke peringkat lebih tinggi. Chaiyok Kak Ani!

    ReplyDelete
  3. kolabarasi yang snagat bagus..zaman sekarang cara pemakanan sihat dan amalan kesihatan yg betul mmg penting sangt2..

    ReplyDelete
  4. Wow... I puji dan admire semangat Noraniza Idris. I have the same mission too. It's good that you have the chance to collaborate with her. All the best. Wish I can join to one day.

    ReplyDelete
  5. Gabungan 2 pihak yang bakal mendatangkan pelbagai manfaat untuk orang lain. Tahniah Noraniza Idris dan C2Joy!

    ReplyDelete
  6. Mantap lah bila gabungan yang melibatkan artis pasti dapat memberi lagi impak pada masyarakat untuk sedar betapa pentingnya kesihatan dalam rutin seharian.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.