Al-Hamra Integrated School Menawarkan Sistem Pendidikan Secara Holistik

Al-Hamra Integrated School telah memperkenalkan konsep integrasi secara holistik didalam sistem pendidikan mereka (Integrated Holistic Education System - IHES). Untuk pengetahuan semua Sistem pembelajaran secara integrasi holistik adalah proses pendidikan yang mengintegrasikan segala aspek dan nilai-nilai dalam pembelajaran seperti nilai moral, keagamaan, psikologi, falsafah dan sosial yang dilakukan secara menyeluruh ke dalam jiwa anak-anak.

Di mana pendekatan ini bertujuan bagi mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang dapat merangsangkan anak-anak kita untuk menggunakan kemahiran asas, memahami, hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza. Secara tidak langsung pendekatan ini membolehkan untuk anak-anak berfikir, mensistesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang diajarkan.

Orang kuat di sebalik kejayaan Al-Hamra Integrated School, 
Encik Fahmi Salihan dan Encik Ibrahim Adham

Pendidikan didalam IHES bukan hanya memberi fokus kepada pembelajaran berasaskan peperiksaan semata bahkan turut mengambil berat didalam mengimbagi pembelajaran berasaskan output yang komprenhensif. Terutama didalam melahirkan generasi yang celik Al-Quran, bukan hanya boleh membaca dan menghafaz tapi pada masa yang sama mampu memahami apa yang diperjelaskan didalam kitab Al-Quran.

Menawarkan Silabus Pembelajaran Kebangsaan dan Antarabangsa 


Penentuan kelas di Al-Hamra Integrated School adalah bergantung kepada keupayaan pelajar menerusi penilaian yang dilakukan oleh pihak sekolah. Ini bermakna tidak semestinya pelajar itu berusia 7 tahun akan dimasukkan ke dalam tahun 1, ianya mungkin akan berada pada tahun 3 (contoh). Untuk pentaksiran ianya akan berdasarkan penilaian yang ditetapkan oleh pihak Cambridge (Cambridge Assesment International Education). Dan Al-Hamra turut menawarkan peperiksaan IGCSE dan juga SPM untuk pelajar mereka (bergantung kepada kehendak dan keperluan pelajar itu sendiri).


Kelas bermula jam 8 pagi dan berakhir pada 4 petang. Untuk Al-Hamra Integrated School akan diadakan dua jenis kelas samada fizikal (datang ke sekolah) ataupun secara atas talian. Dan setiap minggu pelajar dan staff Al-Hamra Integrated School akan membuat ujian saringan Covid bagi memastikan semuanya bebas daripada virus tersebut. Ini bagi memastikan ke semua pelajar dapat belajar dengan tenang dalam persekitaran yang selamat.

Suasana Kelas Yang Kondusif dengan Fasiliti Yang Hebat
Apabila anak dapat belajar didalam keadaan yang sangat selesa, pastinya mereka boleh fokus dan senang untuk memahami apa yang dikongsikan oleh guru. Apatah lagi dengan adanya pelbagai fasiliti terbaik dan alatan bantuan belajar memudahkan proses pembelajaran.


Di setiap aras bangunan sekolah disediakan bilik air dan juga tempat mengambil wuduk. Ini bagi memberi kemudahan kepada pelajar untuk sentiasa bersiap sedia apabila waktu solat. Begitu juga dengan rak kasut dan juga locker (tempat penyimpanan barang pelajar). Jadi setiap hari pelajar tidak perlu membawa semua buku ke rumah ataupun datang ke sekolah. Sekaligus tidak membebankan pelajar yang perlu membawa buku-buku yang berat.

Locker pelajar


Rak kasut

Terdapat juga bilik  komputer, perpustakaan, makmal dan surau untuk kegunaan pembelajaran guru serta pelajar. Setiap guru boleh membuat tempahan penggunaannya mengikut keperluan kelas yang diajar. 

Bilik komputer

Makmal

Mini perpustakaan

Komputer di perpustakaan

Surau

Bilik pembelajaran di perpustakaan

Ruang aktivti

Peringkat Pembelajaran di Al-Hamra Integrated School

Terdapat 3 peringkat kelas di Al-Hamra Integrated School iaitu:-
  • Pendidikan Awal/pra-sekolah (early years)
  • Sekolah Rendah (Primary School)
  • Sekolah Menengah (Secondary School)
Pembelajaran pra-sekolah


Pembelajaran sekolah rendah


Kelas pembelajaran atas (pelajar di bilik komputer)

Pembelajaran Mengikut Norma Baru

Buat masa ini semua makanan kepada pelajar akan dihantar ke kelas masing-masing (pada waktu makan). Ini bagi mengelakkan terlalu banyak pergerakan pelajar dan juga duduk berkumpulan yang besar.

Ruang makan


Tempat membasuh tangan

Namun begitu di Al-Hamra Integrated School mempunyai cafe yang cukup selesa dan terdapat juga ruang untuk pembelajaran pelajar yang mengambil kursus/kelas memasak.

Uniform rasmi pelajar Al-Hamra Integrated School

Ko-Kurikulum Berorientasikan Sunnah
Di Al-Hamra Integrated School ditawarkan 3 jenis akiviti ko-kurikulum iaitu renang (tahun 1 - tahun 3) dan diwajibkan setiap pelajar menyertai seni pertahanan diri silat. Selain itu terdapat juga aktiviti memanah dan menunggang kuda.

Ko-Kurikulum Tambahan Berasaskan STEAM
Turut ditawarkan kelas memasak, robotik, pembelajaran pengaturcaraan (coding) dan pelbagai lagi.

Pendaftaran Di Al-Hamra Integrated School
Pendaftaran pelajar dibuka pada bila-bila masa. Namun secara rasmi ada 2 kali pendaftaran utama iaitu pada bulan Julai dan Disember.

Saya paling suka dengan salah satu mural disini iaitu gambaran lukisan dari Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad. Melihat pada gambar kita akan tahu setiap cerita hebat tentang Nabi, contohnya Nabi Nuh kisah tentang kapalnya, Nabi Sulaiman yang boleh berkomunikasi dengan haiwan dan lain-lain.

Sempat merakam kenangan bersama mural dengan lukisan yang sangat indah (kisah nabi-nabi).

Berpeluang menghantar anak untuk menerima pendidikan di Al-Hamra Integrated School adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi. Bukan sahaja anak-anak akan dididik, dibantu serta dibentuk dengan pendidikan duniawi bahkan untuk akhirat juga. Mempersiapkan anak-anak menjadi generasi yang bersedia menjadi pemimpin dan khalifah di muka bumi.


Untuk sesi persekolahan tahun 2022 diskaun untuk adik-beradik (siblings discount) sehingga 100% untuk yuran tuisyen akan diberikan.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran:
Al-Hamra Integrated School
Encorp Strand Garden Office 
Blok A , A-GF, No 12, 
Jalan PJU 5/1, 
Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, 
Selangor
enquiries@alhamra.my
 +603-2630 8010
 www.wasap.my/60123145924
Laman Web:  www.alhamra.edu.my

>> Facebook - facebook.com/alhamrainternational/
>> Instagram - instagram.com/alhamrainternational/

#alhamra
#ahis
#futurechampions
#futureready
#holisticeducation
#islamicschool
#internationalschool
#preschool
#primaryschool
#secondaryschool
Al-Hamra Integrated School Menawarkan Sistem Pendidikan Secara Holistik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 15, 2021 Rating: 5

10 comments:

  1. comel je baju sekolah.. tak pernah dengar sekolah ni, good to know.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. Al Hamra looks awesome. And the facilities look good too. I believe it is a good school to give kids education. Thank you for sharing. Take care.

    ReplyDelete
  3. Bestnya persekitaran dalam kelas dia. Kemudahan pun lengkap dan memudahkan pelajaran. Yang penting, ada sukan berkuda. I Like!

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik sekolah ni , semuanya serba serbi lengkap dan teratur. Bagi yang berkemampuan bolehlah hantar anak2 belajar dekat sini. InsyaAllah cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. wah cukup beruntung mereka yang dapat belajar disini. semua kemudahan serba lengkap, dapatlah anak2 belajar dengan baik dan membesar dengan persekitaran yang bagus :)

    ReplyDelete
  6. Oh kat Kota Damansara rupanya sekolah ni. Terbaikla pentaksiran oleh Cambridge. Hope anak2 yang belajar sini jadi insan yang berguna di masa hadapan.

    ReplyDelete
  7. Bagus sangat ni, sebab tak banyak ada sekolah yang jenis begini kan, biasa kalau nak hantar kena pi tahfiz...

    ReplyDelete
  8. Pendidikan awal memang bagus. Sekolah swasta mcm ni lebih selesa kan kak. Semoga dipermudahkan urusan semua pelajar di sini.

    ReplyDelete
  9. menariknya program seumpama ini.. Memang bagus untuk proses pembelajaran anak2. program yg bagus harap ada cawangan di daerah lain juga..

    ReplyDelete
  10. The delightful article you have posted here. This is a good way to increase our knowledge.Buy Kids Education Infographics in USA Continue sharing this kind of articles, Thank you.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.