Jom Datang ke the Curve FOOD FIESTA 2021
Terdapat 20 vendor yang terlibat dibawakan khas oleh HEYHO! by Jovian Mandagie dengan menawarkan pelbagai sajian homemade citarasa lokal dan antarabangsa.
Untuk pengetahuan semua aplikasi HEYHO menawarkan lebih daripada 1000 hidangan hebat hanya daripada dapur rumah. Ini juga salah satu inisiatif membantu lebih ramai pengusaha makanan di musim pandemik untuk memasarkan produk mereka di platform yang mudah diakses ramai pengguna.
Antara hidangan yang boleh dicuba seperti Nasi Tomato Ayam Merapi by Nisa Bakri Gourmet, hidangan famousTerengganu Roti Paung by Roti Paung KL, pizza lembut berbentuk donut by Golden Dough. dan pelbagai lagi.
Lebih menarik setiap pengunjung yang berbelanja menggunakan HEYHO applikasi di sini akan menerima diskaun sebanyak RM5 apabila menggunakan kod HEYFIESTA di Curve’s Food Fiesta 2021 (hanya sah dari 4 sehingga 7 November 2021).
Persembahan Busker setiap hari dari jam 12.00pm - 2.00pm dan 6.00pm - 9.00pm bagi menghiburkan pengunjung di sini.
Association.
Sepanjang bulan November 2021 pengunjung the Curve yang berbelanja RM50 dan ke atas didalam satu resit atau lebih (maksimum 2 resit sahaja) boleh menebus RM20 voucher tunai. Manakala jika berbelaanja RM350 ke atas didalam satu resit atau lebih (2 maksimum) berpeluang menebus RM50 voucher tunai. (*tertakluk pada tnc)
Dengan dekorasi yang cantik dan tempat makanan yang selesa. Pengunjung boleh dapatkan apa sahaja makanan yang mereka suka sambil ikuti SOP dan penjarakkan apabila berada di tempat awam.
- Pengasas dan CEO HEYHO Sdn Bhd adalah Dato' Jovian Mandagie, meruapakan pereka fesyen tanahair yang cukup terkenal akan hadir membuat demo masakan pada 4 November 2021, 4 petang.
- Kehadiran Dato' Siti Nurhaliza pada jam 1 - 2 petang, 6 November 2021 untuk sesi bertemu peminat. Dato' Siti akan menyampaikan beberapa lagu hit beliau di acara tersebut.
- Demonstrasi masakan dari skuad Adabi pada jam 2 - 3 petang, 5 November 2021.
- Yatie Kitchen (influencer) akan hadir pada 4 dan 6 November 2021 untuk demo memasak dari jam 2 - 3 petang.
laman web the Curve : www.thecurve.com.my
Facebook : www.facebook.com/theCurveShoppingMall
Instagram : http://www.instagram.com/thecurve_official (@thecurve_official).
Jom Datang ke the Curve FOOD FIESTA 2021
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 05, 2021
Rating:
Lama tak keluar jalan-jalan fiesta. Best tu, macam-macam ada
ReplyDeleteLamanya tak sampai ke area sana. Nie yang buat teringin nak jejalan sambil makan2 kan
ReplyDeleteWow....ada food demo Yatie Kitchen la. I selalu follow resipi dia. Hehe. Lama dah I tak ke The Curve ni. I jalan2 dekat2 umah I je.
ReplyDeletewah seronoknya! alhamdulilah, food event macam ni pun dah boleh buat. dah lama jugak saya tak pgi the curve ni :)
ReplyDeleteKita nak dtg banyak makanan tu tapi yang penting time waktu Tok Ti kita nak datang hehehehe bestnya....
ReplyDeleteAlamak bestnyaa festival, rindu nak hunting makan.. agaknya nanti sampai tak ke JB festival ni ekkk
ReplyDelete