Nikmati Hidangan Korea di MyeongDong Topokki


나는 한국 음식을 사랑 해요 
naneun hankuk eumsigeul sarang haeyo
Saya suka makanan Korea! 

Apatah sekarang ini saya memang tengah melayan K-drama seperti King's Affection (drama baru), Running Man (ini memang tak pernah missed ya!) dan Let's Eat (drama lama tapi  baru beria marathon menonton). Bukan sahaja jalan cerita K-drama ini best dan menarik bahkan melihat pada makanan korea didalam cerita juga membuat saya teruja hendak menikmatinya.

Kedai makanan Korea kegemaran tentulah MyeongDong Topokki. Dan saya biasanya akan pergi ke outlet Sunway Piramid sebab ianya berdekatan dengan rumah. Lagipun di outlet ini walaupun didalam mall tapi susunatur tempat menikmati hidangan berkonsepkan street food. So vibe menikmati hidangan Korea tu memang best lah!.

Dan ini adalah hidangan saya nikmati di MyeongDong Topokki :-

Soondubu jijae (chicken)

Kimchi Bokkeumbap


Dakgalbi Chicken Deopbap

MyeongDong Topokki

Dan juga set kimbap (lupa nak ambil gambar). Semua makanan yang saya order ini memang kegemaran anak-anak saya yang juga kaki drama Korea, hiks. 

Serius sedap! Puas hati. Dapatlah ubati rindu dan keinginan untuk terbang ke Korea. Dapat nikmati hidangan Korea disini pun dah rasa cukup bermakna.

Portion setiap hidangan agak besar dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Kalau ditanya mana satu paling menjadi kegemaran. Saya boleh katakan semua yang di order adalah sedap dan digemari (sama level kesedapannya).

Saya juga mencuba air istimewa MyeingDong Topokki (MDT Kape). Ada rasa honey, masam-masam manis. Dan juga ada yang perisa lemon madu. Minum sejuk-sejuk memang menyegarkan. Didatangkan pula dalam pek yang comel dan sangat praktikal. Nampak esklusif!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang menu dan outlet + ada juga servis penghantaran tau. Boleh layari : https://www.myeongdongtopokki.com/

나는 완전하고 행복해요
naneun wanjeonhago haengbokhaeyo
Saya kenyang dan senang hati :-)

#myeongdongtopokki
Nikmati Hidangan Korea di MyeongDong Topokki Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 29, 2021 Rating: 5

18 comments:

  1. Memang sedap-sedap makanan kat sini..Dakgalbi Chicken Deopbap tu memang fav..yang bestnya kan boleh makan kat outlet atau pun delivery kat rumah..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Topokki. Paling favorite. Yang macam sup pedas tu pun favorite gak. makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya.

    ReplyDelete
  3. Oh wow!!!!!! Oh wow!!!!!!!!! Daebak!!!!!!!!! I love Myeongdong Topokki. Dah lama tak dine situ. Insya-Allah will visit there soon. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak..dah lama teringin nak makan makanan korea tapi sini takde...huhu

    ReplyDelete
  5. Dah lama Sis tak makan makanan Korea ni. Selalunya anak rajin belanja mak dia. Anak remaja sekarang memang minat perkara yang berkaitan dengan Korea. Dari artis, movie hinggalah makanan.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Toppoki are my all time favorite Korean street food I can’t wait to get some for myself after reading your blog

    ReplyDelete
  8. Dapnya kak ayue. kalau dapat makan topoki uihhhh nikmat sangat. masak sendiri xpuas mcm xckup rencah. hehehhehe

    ReplyDelete
  9. Myeondong Toppoki! Kedai fav Iza bila teringin makan korea ni. Iza selalu order toppoki dengan dol sot bibimbap dia. Sedapnya!

    ReplyDelete
  10. Korean menu kat Myeongdong memang sedap ye. Selalu gak order kat sini. Esok nak beli lah..teros ngidam.

    ReplyDelete
  11. This makes me want to have Korean food as well. OMG the menu looks amazingly tantalizing and inviting. Would to visit this place one day.

    ReplyDelete
  12. sedapnya makanan korea.. memang plan nak makan dgn member hujung mggu nie.. topokki dah lama tak sgt.. hisshh.. sedapnya..

    ReplyDelete
  13. always love to eat Korean food! The MyeongDong Topokki is a good choice to go to

    ReplyDelete
  14. Sedapnya semua makanan tu.. Haishhh lama tak makan makanan Korea, bikin mengidam je ni hihihi

    ReplyDelete
  15. Ana suka makan dekat Myeondong ni. Selalu order topokki dan kimbap dia. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  16. sedap makan kat sini. pernah makan sekali kat sini. memang semua kena dengan selera, sedap kan? nanti nak datang bawa makan korea kat sini lagi

    ReplyDelete
  17. NI memang my favourite kedai if Nell nak makan Korean food juga taw... Topokki dia sedap kan! Ada menu baru juga ye! macam tak pernah try lagi before this..

    ReplyDelete
  18. Best nyer! i like to eat there also, that day baru jer order Soondubu jijae.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.