Pelancaran Figura Coffee Latte
Satu majlis pelancaran produk kesihatan Figura Coffee Latte oleh Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura International) sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Ini merupakan produk kedua yang dikeluarkan oleh Syarikat Figura yang mana sebelum ini telahpun memperkenalkan Figura produk kesihatan dan dan kecantikan yang berasaskan buah-buahan tempatan dan import.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengasas dan Penyelidik yang terlibat dalam formulasi produk dari Figura (M) Sdn Bhd. Antaranya seperti Profesor Emeritus Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad dan Profesor Dr. Wan Aida Wan Mustafa selaku Ketua Kluster Penyelidikan Makanan Fungsian, Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
Kesungguhan dan komitmen pihak syarikat untuk bekerjasama dengan pakar penyelidik adalah bukti bahawa Syarikat Figura International mempunyai wawasan yang tinggi dalam membawa produk berkualitinya ke pasaran tempatan bahkan antarabangsa.
Formulasi Terbaik dari Penyelidikan Profesor Universiti
Menurut Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad,
Potensi industri herba di negara ini amat tinggi. Berdasarkan statistik Kementerian Pembangunan Usahawan, nilai pasaran industri herba tempatan dianggarkan mencapai angka 32 billion pada tahun lalu dengan kadar pertumbuhan antara 8 hingga 15 peratus setahun.
Pertumbuhan pesat ini adalah berdasarkan peningkatan penerimaan produk herba dalam pelbagai bentuk seperti produk ubatan tradisional, makanan fungsian, makanan kesihatan tambahan, produk penjagaan diri dan pelbagai lagi.
Prof. telah terlibat dalam bidang penyeldiikan lebih 40 tahun tentang flora dan fauna di Malaysia, plant taxanomy dan biodiversity. Melalui pengalaman yang beliau memiliki sangat membantu syarikat Figura International untuk sama-sama menerokai produk makanan kesihatan berasaskan tumbuhan herba di Malaysia.
Jualan Hebat Figura, Ejen Meraih Pendapatan 4-5 Angka!
Menurut CEO Figura International Mohd Hafiz Mohd Khalid, dalam tempoh 20 minggu, seramai 120 ejen telah mencecah pendapatan 4-5 angka sebulan. Melalui pendekatan serta perancangan pemasaran terbaik pihak syarikat dijangkakan dapat melahirkan lebih ramai ejen Figura yang memiliki pendapatan yang hebat. Satu pendekatan aEn Y akan diperkenalkan khususnya bagi perniagaan secara atas talian yang menjadi pilihan Gen Y untuk berniaga secara Dropship dan sebagainya.
Lebih menarik lagi Figura International merupakan syarikat networking yang pertama di Malaysia yang mempunyai tiga (3) pakar perunding dan penyelidikan dari UKM dan HUKM. Paling penting produk yang memperkenalkan formulasi terbaik ini memang benar-benar berkualiti dan halal.
Pelancaran Figura Coffee Latte
Figura Coffee Latte adalah gabungan herba alami seperti Ekstrak Sacha Inchi, Kunyit Hitam, Ekstrak Maca, Garam Bukit dan Stevia.
Figura Coffee Latte adalah minuman kopi dengan citarasa istimewa adunan 2 kopi premium, Robusta dan Arabica bersama ekstrak kesihatan seperti Sacha Inchi, Kunyit Hitam, Maca, Garam Bukit dan Stevia. Ianya sangat ideal untuk membantu memperkasakan kesihatan khususnya jantung. Sesuai dibikmati oleh segenap lapisan usia.
Laman web : www.figurainternational.com
Facebook : https://www.facebook.com/figurainternational/
Instagram : @figurainternational.hq
#FiguraInternational #FiguraS #FiguraCoffeeLatte
Pelancaran Figura Coffee Latte
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 14, 2021
Rating:
Macam sedap pula tengok produk ada Latte ni. Nanti nak cuba lah. Hehe.
ReplyDeletewow the new Figura Coffee Latte seems so yummy to drink! I will check it out later.
ReplyDelete