Pengumuman Kerjasama Antara Black G Nutrima dan Dynas Mokhtar Bersama Shopee

Satu pengumuman kerjasama antara Black G Nutrima  dan Dynas Mokhtar bersama Shopee pada 11.11.2021. Majlis ringkas ini dihadiri CEO Black G, wakil dari pihak Mardi dan Shopee serta para media.

Menurut CEO Black G, Tuan Mohd Yusof, pihaknya telah berkaloborasi dalam pengeluaran produk berasaskan kunyit hitam dengan pihak Mardi lebih dari 2 tahun. Manakala pihak Mardi sendiri yang telah memulakan penyelidikan tentang kunyit hitam sudah memakan masa bertahun-tahun lamanya. Penyelidikan telah diketuai oleh Dr. Zuraida Abdul Rahman saintis kanan dari pusat bioteknologi dan nanoteknologi MARDI.

Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.


Apa yang menarik, produk dikeluarkan oleh Black G adalah selamat digunakan. Ini kerana penyelidikan saintifik telah dilakukan dengan mengambil kira kadar keperluan Methoxyflavone dalam setiap produk yang dikeluarkan. Ini bagi mengelakkan kesan sampingan dan toksik ke atas badan pengguna.


Untuk pengetahuan semua, Black G atau kunyit hitam ini mengandungi ramuan aktif seperti Methoxyflavone yang secara saintifik dapat mengatasi masalah-masalah kronik khasnya bagi mereka yang berumur 41 tahun keatas. 

Bukan itu sahaja , bahkan ramuan kunyit hitam ini juga mempunyai khasiat hebat untuk kesihatan dan juga dapat memelihara kecantikan luaran serta dalamanBlack G telah pun perolehi kelulusan daripada KKM dan mendapat pensijilan Halal  dariJakim. Jadi, kita boleh gunakannya  tanpa was-was dan ragu-ragu.


Antara produk Black G yang ada di pasaran seperti Black Ginger 100mg Capsule, Black Ginger Plus Liquid, Ener-G Plus, Black G Coffee Orignal dan Black G Soap & Scrub. Akan datang Hi Pro Plus+ Black Ginger bakap diperkenalkan di pasaran.


Di majlis ini turut diadakan tandatangan perjanjian antara Dynas dan Black G dalam usahasama untuk membawa produk Black G ke peringkat yang lebih jauh lagi. Banyak perancangan telah dilakukan bagi memperkenalkan kebaikan produk yang berasaskan kunyit hitam agar manfaatnya dapat dikongsi dengan semua lapisan masyarakat.

Dynas berminat menjadi rakan usahasama setelah menjadi pengguna dan melihat sendiri kebaikan yang dialami di kalangan kenalan rapatnya setelah mengamalkan Black G. Atas  keyakinan tentang manfaat produk dari formulasi kunyit hitam ini, Dynas dengan berbesar hati ingin bersama-sama merancang dan berkongsi Black G dengan ramai orang lagi.


Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.
Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan.

Sementara itu, Mughniy berkata, menerusi produk Black G itu, mereka mempunyai rancangan masa hadapan. 

kredit pic : megat review

Selepas meraih lapan anugerah, produk Black G terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 tidak lama lagi.

Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di  negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang.

Menariknya, tiga produk terlaris yang dipasarkan di bawah Black G Sdn Bhd iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual di laman membeli belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.


Shopee adalah langkah pertama untuk koloborasi ini. Banyak produk palsu dijual pada harga yang murah dan menyebabkan pihak Black G dan MARDI berhubung melalui anak guam Black G dan kemudian membuatkan solusi ini.

Sebagai syarikat pengasas, kami adalah pemilik jenama Black G berdasarkan nama dagang atau ‘trademark’ yang sudah didaftarkan. Jadi, dengan dengan cara ini segala produk lain yang tidak dijual melalui Black G Official Shopee dan Official Flagship Store, akan dikeluarkan dari platform itu. Jadi dengan cara ini ia akan menjamin pembeli mendapat produk yang asli dan harga yang ditetapkan. 

Dan kebetulan pula saya adalah artis rasmi Shopee sejak beberapa tahun lalu. Perkara ini lebih membantu dari segi pemasaran eksklusif. Jadi pengguna boleh membeli produk Black G yang asli di Shopee di Official Flagship Store yang dipanggil Black G Nutrima by Dynas Mokhtar.

Syabas buat Black G dan Dynas, moga produk Black G makin dikenali dan berjaya menembusi pasaran bukan sahaja tempatan bahkan antarabangsa.

Dan korang jangan lupa untuk dapatkan produk Black G di Shopee!
.
Pengumuman Kerjasama Antara Black G Nutrima dan Dynas Mokhtar Bersama Shopee Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 12, 2021 Rating: 5

7 comments:

  1. Syabas Dynas dan juga Black G di atas kolborasi ini. InsyaAllah, laju la kelak sebab Shopee ada di rantau Asian nie kan.

    ReplyDelete
  2. Baru hari ni tahu ada produk macam ini. Dah cuba ke?

    ReplyDelete
  3. bahan yang memang tidak asing dan bagus untuk kesihatan sejak dari dulu lagi...for sure ramai yang akan menyukainyer...

    ReplyDelete
  4. Kunyit ni banyak khasiat selain bagus dalam memasak sebab dulu orang tua masih cantik sihat lama ini salah satu rahsianya...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Dynas.. wah cantik giler Dynas, suka betul tengok dia..First time iena dengar tentang produk Black G :)

    ReplyDelete
  6. Menarik jugak produknya. Tapi bagusla jual dekat Shopee sebab orang senang nk beli. Skarang semua Shopee je.

    ReplyDelete
  7. Agak lama tak dengar pasal Black G ni, produk dia bagus tau.. pernah cuba dulu.. senang nak beli sekarang, shopee pun ado..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.