Restoran Padangs On Wheels Nusantara Menawarkan Hidangan Minang Yang Autentik Dalam Suasana Moden Minimalis
Restoran Padangs On Wheels Nusantara Menawarkan Hidangan Minang Yang Autentik Dalam Suasana Moden Minimalis- Hidangan Minang atau Padang sememangnya cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan hidangan yang ditawarkan adalah pedas dan sangat sedap. Antara lokasi yang best untuk menikmati masakan Minang atau Padang ini tentulah di Restoran Padangs On Wheels Nusantara yang terletak di Subang Bistari Shah Alam Selangor.
Restoran ini telah dibuka 1 tahun yang lepas terletak di kawasan kejiranan Subang Bestari. Untuk pengetahuan semua ini merupakan cawangan kedua untuk Restoran Padangs On Wheels, dimana cawangan pertamanya terletak di Glenmarie Shah Alam.
Restorannya agak luas, mempunyai ruang makan di bahagian dalam dan juga di luar. Memperkenalkan konsep moden minimalis dalam tatariasnya, ternyata sentuhan ini berjaya menjadikan suasana yang cukup berbeza dan selesa.
Pengunjung bukan sahaja boleh datang bersendirian, satu kumpulan bahkan boleh juga membuat tempahan untuk acara tertutup di restoran ini. Dibuka kepada pengunjung setiap hari kecuali (Isnin) bermula jam 7.30 pagi sehingga 7 malam.
Hidangan Minang Yang Autentik
Ke semua hidangan yang ditawarkan adalah resepi lama yang diwarisi nenek moyang pengasas restoran yang merupakan orang Minang. Bahan yang digunakan dan teknik penyediaan adalah antara kunci keenakan rasa masakan Padang/Minang di sini.
Lebih menarik tukang masak adalah orang minang sejati yang telah dilatih dan diberi tunjuk ajar. Ini bagi memastikan kualiti dari segi rasa dan tekstur masakan adalah berada tahap paling terbaik. Semua ini juga bagi memberi kepuasan pelanggan yang datang mencuba hidangan di Restoran Padangs On Wheels.
Dan ini adalah antara hidangan yang telah saya cuba :-)
Memang sangat puas hati. Lebih rasa seronok dan meriah jika dapat makan beramai-ramai bersama keluarga dan kenalan rapat.
Apakah Hidangan Menarik Yang Boleh Di Restoran Padangs On Wheels?
Daging Dendeng
Ini adalah antara Daging Dendeng yang paling sedap saya pernah cuba. Tekstur daging yang lembut dan garing ditambah pula dengan sambal merah yang cukup rasa. Memang padu! Saya difahamkan untuk penyediaan daging ini memang mengambil masa yang lama. Daging bukan sahaja perlu direbus dan dipotong kecil. Bahkan perlu diketuk untuk menjadikannya lebih nipis. Digoreng juga perlu menggunakan suhu dan tempoh yang betul. Barulah terhasil kegaringan daging menjadikannya hidangan daging dendeng yang snagat hebat.
Gulai Tunjang
Bahagian tunjang atau keting dijadikan masakan memang sangat 'rare' dan unik. Tidak mudah untuk temui hidangan seperti ini hatta di restoran nasi padang sendiri. Biarpun pertama kali mencubanya, saya cukup suka dengan rasa lemak tunjang digabungkan bersama rempah gulai yang sangat enak. Apatah lagi bahagian tunjang dimasak sehingga teksturnya sangat lembut.
Ayam Kalio
Ayam kalio juga mempunyai resepinya yang tersendiri. Enak dinikmati bersama nasi panas ataupun dengan roti.
Ayam Berlado
Bagi yang suka hidangan tidak berkuah, bolehlah mencuba Ayam Berlado. Ayam goreng garing disaluti bersama sambal lada hijau.
Rendang Daging
Di sini juga ada ditawarkan dengan rendang daging. Selain daging terdapat juga rendang ayam. Pengunjung boleh pilih mengikut citarasa mereka.
Udang Berlado
Sotong Berlado
Kentang Berlado Nipis
Walaupun begitu untuk Restoran Padangs On Wheels Nusantara menawarkan masakan kentang berlado ini dengan potongan tebal dan juga yang nipis.
Tenggiri Berlado
Jemu dengan daging bolehlah mencuba hidangan ikan. Antaranya masakan Tenggiri Berlado.
Gulai Pucuk Ubi
Terung Berlado
Jering Berlado
Gulai Siput Sedut
Rindu gulai siput? Jemput datang ke sini dan rasainya sendiri cara Gulai Siput gaya orang Minang.
Gulai Nangka
Sambal Hijau dan Sambal Merah
Menu wajib di Restoran Nasi Padang :-)
Happy me :-) bersama sepinggan nasi dengan pelbagai lauk-pauk masakan Minang/Padang.
Keistimewaan Lain Di Restoran Padangs On Wheels Nusantara
Jus Alpukat dan Soda Bandung
Saya berikan 10 bintang jus Alpukat di sini. Sedap sangat! Dengan rasa kemanisan alpukat bersalut lelehan coklat dan dibahagian atas ditaburi dengan serbuk milo. Lain daripada yang lain.
Selain daripada hidangan berat terdapat juga kek dan pastri. Begitu juga dengan tapai. Memberi pilihan kepada pelanggan untuk dapatkan pelbagai jenis pencuci mulut di sini.
Selain itu turut ditawarkan juga adalah Soto, Bakso. Lontong dan Nasi Lemak. Kebiasaannya pelanggan akan order hidangan ini jika datang sarapan di sini.
Teh Botol antara minuman yang popular dan sering mendapat permintaan daripada pelanggan.
Jadi jika korang teringin nak rasai sendiri Nasi Padang/Minang yang ori dalam suasana yang sangat selesa dan cantik bolehlah datang ke ;
Padangs On Wheels
63-1, Jalan Nova K U5/K,
Subang Bestari, 40150 Shah Alam,
Selangor
Jom datang ke Restoran Padangs On Wheels Nusantara, Lamak bana makanannyo!
Untuk mereka di Klang Valley boleh juga membuat pesanan menerusi Grab Food ataupun Food Panda yerp! Keterangan lanjut boleh layari instagram PadangsOnWheels Nusantara
Restoran Padangs On Wheels Nusantara Menawarkan Hidangan Minang Yang Autentik Dalam Suasana Moden Minimalis
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 08, 2021
Rating:
Dapnya lunch2 gini oiii. Memang berpeluh kepala daku kalau dapat berlado-berlado nie
ReplyDeletedia bukan pedas menyengat rawlins.. tapi pedas sedap heheh
Deleteadoi teringin nak try daging dendeng dengan rendang daging. makanan minang kalau dua lauk ni memang suka sangat :)
ReplyDeletefuhh nasib baik baru je lepas makan, kalau tak memang terliur habis dengan makanan dkt restoran ni. dah lama jugak tak makan lunch dengan makanan macam dekat restoran ni. :)
ReplyDeleteWow!!!!!!!! The ambiance of this restaurant looks so cozz and the food looks tasty too. Shah Alam x jauh dpt tempat I. Nanti boley lah serbu. Thank you for sharing.
ReplyDeleteSedapnyaaaa, nasi Padang ni memang favourite se-family especially papa saya! Gulai tunjang tu wajib tu! Tu watak utama tu...
ReplyDeleteCantik sungguh restoran ni kan! Wahh Nell pun rindu nak makan masakan padang bah! Selalu g travel sana sure akan singgah, now boleh makan kat Malaysia dulu la… nak g la nanti
ReplyDeleteIshhh ni kalau Suami Sis pergi ni, mau penuh meja, kami berdua memang suka makan nasi padang... nanti boleh ciba sini,...
ReplyDelete