Restoran Padangs On Wheels Nusantara Menawarkan Hidangan Minang Yang Autentik Dalam Suasana Moden Minimalis

Restoran Padangs On Wheels Nusantara Menawarkan Hidangan Minang Yang Autentik Dalam Suasana Moden Minimalis- Hidangan Minang atau Padang sememangnya cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan hidangan yang ditawarkan adalah pedas dan sangat sedap. Antara lokasi yang best untuk menikmati masakan Minang atau Padang ini tentulah di Restoran Padangs On Wheels Nusantara yang terletak di Subang Bistari Shah Alam Selangor.

Restoran ini telah dibuka 1 tahun yang lepas terletak di kawasan kejiranan Subang Bestari. Untuk pengetahuan semua ini merupakan cawangan kedua untuk Restoran Padangs On Wheels, dimana cawangan pertamanya terletak di Glenmarie Shah Alam.

Restorannya agak luas, mempunyai ruang makan di bahagian dalam dan juga di luar. Memperkenalkan konsep moden minimalis dalam tatariasnya, ternyata sentuhan ini berjaya menjadikan suasana yang cukup berbeza dan selesa.

Pengunjung bukan sahaja boleh datang bersendirian, satu kumpulan bahkan boleh juga membuat tempahan untuk acara tertutup di restoran ini. Dibuka kepada pengunjung setiap hari kecuali (Isnin) bermula jam 7.30 pagi sehingga 7 malam.

Hidangan Minang Yang Autentik
Ke semua hidangan yang ditawarkan adalah resepi lama yang diwarisi nenek moyang pengasas restoran yang merupakan orang Minang. Bahan yang digunakan dan teknik penyediaan adalah antara kunci keenakan rasa masakan Padang/Minang di sini.

Lebih menarik tukang masak adalah orang minang sejati yang telah dilatih dan diberi tunjuk ajar. Ini  bagi memastikan kualiti dari segi rasa dan tekstur masakan adalah berada tahap paling terbaik. Semua ini juga bagi memberi kepuasan pelanggan yang datang mencuba hidangan di Restoran Padangs On Wheels.

Dan ini adalah antara hidangan yang telah saya cuba :-)


Memang sangat puas hati. Lebih rasa seronok dan meriah jika dapat makan beramai-ramai bersama keluarga dan kenalan rapat.


Apakah Hidangan Menarik Yang Boleh Di Restoran Padangs On Wheels?

Sebenarnya terdapat begitu banyak pilihan hidangan yang ditawarkan di sini. Memang rambang mata untuk memilihnya. Namun dalam banyak-banyak hidangan yang telah ditawarkan, saya telah mencuba ;


Daging Dendeng

Ini adalah antara Daging Dendeng yang paling sedap saya pernah cuba. Tekstur daging yang lembut dan garing ditambah pula dengan sambal merah yang cukup rasa. Memang padu! Saya difahamkan untuk penyediaan daging ini memang mengambil masa yang lama. Daging bukan sahaja perlu direbus dan dipotong kecil. Bahkan perlu diketuk untuk menjadikannya lebih nipis. Digoreng juga perlu menggunakan suhu dan tempoh yang betul. Barulah terhasil kegaringan daging menjadikannya hidangan daging dendeng yang snagat hebat.

Gulai Tunjang

Bahagian tunjang atau keting dijadikan masakan memang sangat 'rare' dan unik. Tidak mudah untuk temui hidangan seperti ini hatta di restoran nasi padang sendiri. Biarpun pertama kali mencubanya, saya cukup suka dengan rasa lemak tunjang digabungkan bersama rempah gulai yang sangat enak. Apatah lagi bahagian tunjang dimasak sehingga teksturnya sangat lembut.

Ayam Kalio

Ayam kalio juga mempunyai resepinya yang tersendiri. Enak dinikmati bersama nasi panas ataupun dengan roti.

Ayam Berlado

Bagi yang suka hidangan tidak berkuah, bolehlah mencuba Ayam Berlado. Ayam goreng garing disaluti bersama sambal lada hijau.

Rendang Daging

Di sini juga ada ditawarkan dengan rendang daging. Selain daging terdapat juga rendang ayam. Pengunjung boleh pilih mengikut citarasa mereka.

Udang Berlado

Jujurnya masakan berlada di sini semuanya sedap. Aroma tuumisannya masih lagi kita rasa wangi ditambah pula kepedasan yang menyengat tetapi masih boleh diterima tekak.  Sedap!

Sotong Berlado

Begitu juga dengan Sotong Berlado. Setelah direkomen untuk mencuba Sotong Berlado di sini ternyata ianya sangat berbaloi. Tekstur sotong terasa lembut dan segar dinikmati pula bersama sambal istimewa di sini.

Kentang Berlado

Kentang Berlado memang ada ditawarkan dikebanyakan Restoran Nasi Padang. 

Kentang Berlado Nipis

Walaupun begitu untuk Restoran Padangs On Wheels Nusantara menawarkan masakan kentang berlado ini dengan potongan tebal dan juga yang nipis.

Tenggiri Berlado

Jemu dengan daging bolehlah mencuba hidangan ikan. Antaranya masakan Tenggiri Berlado.


Gulai Pucuk Ubi

Untuk sayur ada Gulai Pucuk Ubi dan juga Gulai Pucuk Paku. Masakan kampung yang cukup membuka selera.


Terung Berlado

Ini adalah hidangan sayur kegemaran saya. Rahsia kesedapan adalah terletak kepada sambalnya.


Jering Berlado

Orang lama pasti teruja apabila melihat menu ini. Bukan sennag ya, nak jumpa di mana-mana restoran di Malaysia. Tetapi di Restoran Padangs On Wheels Nusantara ada menawarkannya.


Gulai Siput Sedut

Rindu gulai siput? Jemput datang ke sini dan rasainya sendiri cara Gulai Siput gaya orang Minang.


Gulai Nangka

Begitu juga dengan Gulai Nangka. Sebenarnya pertama kali saya melihat Gulai Nangka. Ini kerana kebiasaannya untuk nangka saya akan masak lemak. Dan Gulai Nangka di sini memang nampak sedap! (psst.. hidangan ini saya tidak sempat mencubanya, mungkin next time kena cuba juga)

Sambal Hijau dan Sambal Merah

Menu wajib di Restoran Nasi Padang :-)

Happy me :-) bersama sepinggan nasi dengan pelbagai lauk-pauk masakan Minang/Padang.


Keistimewaan Lain Di Restoran Padangs On Wheels Nusantara

Jus Alpukat dan Soda Bandung

Saya berikan 10 bintang jus Alpukat di sini. Sedap sangat! Dengan rasa kemanisan alpukat bersalut lelehan coklat dan dibahagian atas ditaburi dengan serbuk milo. Lain daripada yang lain.

Selain daripada hidangan berat terdapat juga kek dan pastri. Begitu juga dengan tapai. Memberi pilihan kepada pelanggan untuk dapatkan pelbagai jenis pencuci mulut di sini.

Selain itu turut ditawarkan juga adalah Soto, Bakso. Lontong dan Nasi Lemak. Kebiasaannya pelanggan akan order hidangan ini jika datang sarapan di sini.

Teh Botol antara minuman yang popular dan sering mendapat permintaan daripada pelanggan.

Sempat bergambar dengan salah seorang pengasas Restoran Padangs On Wheels Nusantara. Orangnya memang peramah dan sangat berdedikasi.

Jadi jika korang teringin nak rasai sendiri Nasi Padang/Minang yang ori dalam suasana yang sangat selesa dan cantik bolehlah datang ke ;

Padangs On Wheels
63-1, Jalan Nova K U5/K, 
Subang Bestari, 40150 Shah Alam, 
Selangor

Jom datang ke Restoran Padangs On Wheels Nusantara, Lamak bana makanannyo!

Untuk mereka di Klang Valley boleh juga membuat pesanan menerusi Grab Food ataupun Food Panda yerp! Keterangan lanjut boleh layari instagram PadangsOnWheels Nusantara
Restoran Padangs On Wheels Nusantara Menawarkan Hidangan Minang Yang Autentik Dalam Suasana Moden Minimalis Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 08, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. Dapnya lunch2 gini oiii. Memang berpeluh kepala daku kalau dapat berlado-berlado nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bukan pedas menyengat rawlins.. tapi pedas sedap heheh

      Delete
  2. adoi teringin nak try daging dendeng dengan rendang daging. makanan minang kalau dua lauk ni memang suka sangat :)

    ReplyDelete
  3. fuhh nasib baik baru je lepas makan, kalau tak memang terliur habis dengan makanan dkt restoran ni. dah lama jugak tak makan lunch dengan makanan macam dekat restoran ni. :)

    ReplyDelete
  4. Wow!!!!!!!! The ambiance of this restaurant looks so cozz and the food looks tasty too. Shah Alam x jauh dpt tempat I. Nanti boley lah serbu. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa, nasi Padang ni memang favourite se-family especially papa saya! Gulai tunjang tu wajib tu! Tu watak utama tu...

    ReplyDelete
  6. Cantik sungguh restoran ni kan! Wahh Nell pun rindu nak makan masakan padang bah! Selalu g travel sana sure akan singgah, now boleh makan kat Malaysia dulu la… nak g la nanti

    ReplyDelete
  7. Ishhh ni kalau Suami Sis pergi ni, mau penuh meja, kami berdua memang suka makan nasi padang... nanti boleh ciba sini,...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.