Review Movie di Netflix : Meenakshi Sundareshwar


Filem tamil agak baru juga ditayangkan di Netflix. Mengisahkan kisah seorang gadis yang berkeyakinan tinggi Meenakshi (Sanya Malhotra) dipertemukan oleh keluarga dengan seorang lelaki yang bercita-cita menjadi jurutera bernama Sundareshwar (Abhimanyu). Pertemuan yang tidak disengajakan disebabkan oleh kesilapan rumah pada awalnya.

Meenakshi seorang yang happy go lucky dan suka dengan cabaran. Minat betul dengan superstar Rajnikanth. Manakala Sundareshwar lelaki yang polos dan bercita-cita untuk bekerja sebagai jurutera di syarikat ternama.

Disebabkan mereka saling tertarik antara satu sama lain, akhirnya atas restu keluarga Sundareshwar dan Meenakshi  selamat disatukan. Siapa sangka rezeki baru kahwin  Sundareshwar  dapat ditawarkan menjadi intern di satu syarikat ternama di bandar yang lain.

Sebab Meenakshi ni faham atas cita-cita suaminya. So da memang sokong sangat suami dia untuk buru cita-citanya. Walaupun hakikatnya keluarga  Sundareshwar suruh beliau mewarisi perniagaan mereka iaitu jual saree.

Masa  Sundareshwar jadi intern dia memang mengaku masih bujang. Malu dengan kawan dan juga risau dengan polisi syarikat yang tidak membenarkan pelajar intern berkahwin. Kebetulan boss dia memang sangat cerewet.

So, masa ni macam-macam masalah timbul. Termasuklah hubungan Sundareshwar dan Meenakshi yang semakin renggang. Walaupun memang dulu kerap berhubung tetapi makin lama semakin menjauh. Hubungan Meenakshi  dengan keluarga mertua juga ada isu. 

Kepercayaan, sakit hati, penat bersabar, makan hati.. haha..Macam-macamlah dugaan orang PJJ kan apatah yang baru berkahwin.

Cerita sangat santai. Tapi sebab cerita ala kisah rakyat so macam sangat dekat dengan hati kita. Seronok jugaklah. Terutama apabila adanya lagu-lagu dengan tarian yang bolehlah dikatakan menghiburkan :-)

Btw lakonan Sanya Malhotra memang tidak mengecewakan. Siapa tengok filem Dangal (yang kisah peninju wanita India, bapak dia Amer Khan) watak utama Dangal tu lah Sanya, hehehe. Sanya ni bukanlah kategori pelakon hot yang disebabkan rupa (tapi dia manislah)..tapi sebab dia pandai menari dan lakonannya menjiwai.

Gitoh. Ulasan kakak Kajola

Review Movie di Netflix : Meenakshi Sundareshwar Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 18, 2021 Rating: 5

7 comments:

  1. Cerita tamil kadang-kadang lagi seronok nak tengok even lengok percakapan agak pekat tp jalan cerita selalu penuh isi.saya baca sinopsis ayu ni pon dah boleh bayang cerita seronok ditonton

    ReplyDelete
  2. aduhhh lama tak layan movie tamil, saya peminat tamil dan telugu, movie ni masuk list to watch dahhh haha

    ReplyDelete
  3. Sounds like a good movie to watch. I'll check it out. Thank you for sharing. Dah lama x tengok movie hindi. hehehe.

    ReplyDelete
  4. Cerita tamil ni kebanyakan memang dekat dengan kehidupan kita. Sebab tu best layan cerita dorang. Ada je isu yang diketengahkan

    ReplyDelete
  5. Dah lama xtgk cite tamil, klu suami mng suka sgt cite tamil sbb jln cite mng best nti blhlah tgk

    ReplyDelete
  6. I actually long long time didn't follow or watch any Hindi movie, seems like this is a good watch. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Amboi sis kaki Netflix juga ye. Kita belom tgk cite Tamil kat Netflix. Byk sgt citer smapai tak terkejar. Nak tgk Bahubali kawan kata best.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.