Review Movie di Netflix : The Trip

Filem Norwegian, The Trip merupakan filem aksi komedi dilakonkan oleh Aksel Henni dan Rapace. Mengisahkan kisah suami isteri Lars (Aksel) dan Lisa (Rapace) yang mempunyai masalah dalam  perkahwinan mereka telah keluar bercuti bersama ke kabin ayah Lars.

Perjalanan sepanjang bercuti memang dijangka dan membosankan. Mereka asyik bergaduh, bermain Scribble pun boleh tidak puas hati, memasak bersama pun menyakitkan hati. Pendek kata Lars dan Lisa memang saling menyampah antara satu sama lain. Pada masa yang sama Lars sepertinya merancang mahu membunuh Lisa.

Siapa sangka sebenarnya sebelum mereka sampai di kabin tersebut. Rupanya sudah ada 3 orang penjenayah yang terlepas dari penjara dan bersembunyi di situ.

Keadaan menjadi lebih panik apabila satu kejadian berlaku menyebabkan Lars dan Lisa perlu berdepan dengan 3 banduan yang ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Banyak peristiwa berlaku menyebabkan mereka perlu bekerjasama sebagai satu pasukan bagi berhadapan dengan banduan. Banyak juga scene yang kelakar dan agak ganas juga cara pertarungan. Kiranya lawan agak hardcore, cuma tak mati-mati jer kekdahnya. Hahahah.

Cerita ni sedikit pun tak membosankan walapun ianya foreign filem. Suka dengan gabungan mantap lakonan Rapace dan Aksel. Jenis-jenis ganas tapi sweet jer, hahahaha.

Cuma ending tu ada part yang kita tak boleh predict apa yang akan jadi dekat pasangan laki bini ni. Rekomen untuk korang tonton, takde unsur seksual tapi cara berlawan tu memang dasyatlah!

Cam biase, kat Netflix jer hah.

Review Movie di Netflix : The Trip Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 02, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.