ARISSTO Zero Chemical Additive Family Bread | Roti Terbaik Untuk Keluarga Saya

ARISSTO Zero Chemical Additive Family Bread | Roti Terbaik Untuk Keluarga Saya- Anak-anak saya memang penggemar roti. Disebabkan itu rumah saya memang akan sentiasa ada stok roti untuk dinikmati pada bila-bila masa. Apatah lagi roti memang makanan yang sangat praktikal, enak dinikmati begitu sahaja mahupun bersama mentega atau jam dan dicicah bersama secangkir minuman panas.

Dalam penyediaan hidangan memang saya sentiasa memilih yang terbaik untuk keluarga saya. Bukan sahaja ianya perlu kaya dengan nutrisi bahkan bahan yang digunakan juga adalah yang terbaik tanpa sebarang campuran kimia, tanpa pewarna mahupun perasa.



Bahaya Bahan Kimia Didalam Makanan Seperti Roti


Didapati terdapat juga pengeluar roti dan ban menggunakan terlalu banyak bahan pengawet yang dikenali sebagai asid propionik. Walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan namun ianya mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang. Dalam satu tinjauan telah dijalankan (2005/2006) oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), mendapati terdapat roti berjenama mempunyai sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak dan biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria,. Selain itu ianya dapat mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan dan kawasan simpanan bijirin. Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 telah mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur terutama pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa tahun kesan pengambilan yang propionates yang kerap.


C:\Users\LMLIM\Desktop\IMG_2010.JPG

Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih) sejenis bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia dikatakan dapat membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.

Bagaimanapun, bahan penambah tidak memberi khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang boleh mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.





Memilih Roti Yang Menggunakan Bahan-Bahan Terbaik, Berkualiti dan Selamat


Oleh sebab itu saya telah memilih Zero Chemical Added Family Bread by ARISSTO. Apa yang menarik roti ARISSTO telah dihasilkan daripada ramuan sebenar, tanpa pengawet, perisa dan pewarna. Paling penting bahan yang digunakan tidak akan memberi kesan kepada kesihatan samada untuk jangka panjang mahupun pendek.


Antara bahan yang digunakan dalam penghasilan roti ARISSTO seperti:-

Tepung Gandum Tulen
Tepung yang mengandungi kandungan protein dan mineral tinggi dan kaya dengan nutrien.

Mentega Terbaik Eropah
Digunakan selama seratus tahun di seluruh dunia. Ia telah mendapat jaminan kualiti secara rasmi dari Kesatuan Eropah. Tidak mengandungi warna tiruan, antioksidan, dan deacidifier (pembasmi kuman).

100% Koko Tulen tanpa Penambahan Gula
100% dari serbuk koko tulen berkualiti dan tanpa penambahan gula.
 

C:\Users\LMLIM\Desktop\IMG_0264.JPG


Zero Chemical Added Family Bread by ARISSTO memang tidak mempunyai sebarang bahan kimia didalamnya. Bahkan ARISSTO bekerjasama dengan pakar membuat roti dari Akademi Kulinari yang cukup terkenal daripada Perancis. Segala proses penghasilan roti ARISSTO (yang kini mempunyai lebih daripada 50 jenis roti/ban/kek) dihasilkan dan sesuai untuk dinikmati bersama minuman kopi dan teh dari ARISSTO.
 
ARISSTO 5-Minutes Oven Fresh Bread Technology menawarkan Roti ARISSTO yang dibakar hingga 90% untuk dikekalkan kesegarannya dan dimasukkan di dalam pembungkusan nitrogen. Untuk pengetahuan semua, ARISSTO menggantikan bahan pengawet kimia dengan Teknologi Pembungkusan Nitrogen untuk mengawet roti keluaran mereka. Ini membolehkan roti ARISSTO disimpan segar, sehingga kita dapat menyimpannya selama 1 bulan.

C:\Users\LMLIM\Desktop\IMG_2021.JPG


Dan pada bila-bila masa, kita boleh menikmati roti ARISSTO ini dengan hanya mengeluarkan ARISSTO Zero Chemical Family Bread dari peti sejuk dan masukkan ke dalam ketuhar untuk bakar selama 5 minit.

 
Keluarga Saya Memang Menggemari ARISSTO Zero Chemical Family Bread

Roti ARISSTO sangat mudah terutama dalam penyediaannya yang mudah, enak dan berkhasiat. Sememangnya ianya pilihan terbaik untuk keluarga.

Saya memang mengakuinya kerana dengan adanya roti dari ARISSTO memang sangat membantu dalam penyediaan sarapan, minum petang atau lewat malam. Rotinya sangat lembut, apabila dibakar kita sendiri akan teruja dengan keharuman bau roti secara semulajadi (natural) dan sekaligus memikat jiwa. Umpamanya kita membuat sendiri roti di rumah tetapi hakikatnya kita hanya bakar roti untuk selama 5 minit sahaja.


Jom dapatkan roti ARISSTO pada harga menarik melalui “harga kos” serendah mungkin secara kolektif dengan membeli dari pembekal ARISSTO. Boleh juga dapatkannya melalui pembelian atas talian seperti berikut:-

ARISSTO Website : www.arissto.com 
ARISSTO WhatsApp : https://bit.ly/3nrbLlF 

#ARISSTO
#ZEROChemicalAdded
#ZEROFamilyBread

ARISSTO Zero Chemical Additive Family Bread | Roti Terbaik Untuk Keluarga Saya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 26, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. Wah! Arissto pun dah ada bread series ya? Ingatkan kopi je... full with nutrients pulak tu... Terbaik... Boleh order direct kat website Arissto ataupun through WhatsApp eh... Cantik jugak tu, hopefully ada delivery juga...

    ReplyDelete
  2. My fam and I love their bread soo much. Always have to restock haha

    ReplyDelete
  3. Rupanya Arissto ini tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan.. nampak sedap buat garlic bread utk anak2 makan nie.. nak cuba jugala roti arissto ini

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.