Bonnisan Himalaya Membantu Mengekalkan Kesejahteraan dan Kesihatan Terbaik Anak Secara Keseluruhan

Bonnisan Himalaya Membantu Mengekalkan Kesejahteraan dan Kesihatan Terbaik Anak Secara Keseluruhan- Anak-anak adalah anugerah yang tiada nilainya. Setiap ibubapa pasti akan sentiasa memberikan yang terbaik buat anak mereka. Terutama didalam memastikan anak-anak sentiasa berada didalam keadaan sihat dan ceria. Dan sebab itu saya memberikan Bonnisan Himalaya yang bagus untuk penghadaman dan dapat mengekalkan kesejahteraan serta kesihatan secara menyeluruh.

Antara kebaikan Bonnisan Himalaya adalah untuk membantu anak-anak yang seringkali mengalami masalah cerewet makan (picky eater). Juga untuk anak-anak yang selalu mengalami kembong perut (bagus untuk membuang angin).

Paling penting sistem penghadaman mereka akan lebih lancar. Serius! Tak ada masalah sembelit. Bila anak-anak berada didalam keadaan kesihatan yang terbaik mereka akan jarang merengek. Bahkan dapat menjalani kehidupan sebagai seorang anak yang aktif dan ceria.

Formulasi Utama DI Dalam Bonnisan Himalaya
Antara formulasi didalam Bonissan Himalaya adalah:-

Anethum Graveolens (Dill Oil)

Mungkin ada di antara anda yang masih belum kenal dengan daun dill. Sememangnya, daun ini biasa digunakan dalam masakan Eropah terutama masakan dengan ikan sebagai bahan utama. Bagi penduduk di kawasan Eropah, daun dengan nama saintifik Anethum graveolens ini bukan sahaja boleh dijadikan salah satu bahan masakan. Bahkan digunakan juga untuk tujuan perubatan dan kesihatan. 

Malah, daun dill telah dipercayai kaya dengan khasiat sejak generasi terdahulu. Di sebalik rasa, daun ini menyimpan banyak sebatian penting, seperti flavonoid, mineral, dan beberapa jenis asid amino. Kandungan lain seperti vitamin A dan C, serta kandungan mineral seperti limonene, besi, mangan, folat, carvone, vicenin, anethofuran, dan kaempferol. Sekligus menjadikan daun dill ini baik untuk dimakan. Selain itu dill juga dikatakan bagus untuk penghadaman, mengawal gula dalam darah, merawat masalah insonmia, mengurangkan masalah kembung perut, merawat cirit birit, menguatkan sistem imunisasi dan pelbagai lagi.


Elettarla Cardamomum (Cardamom)
Cardamom (bahasa Inggeris) atau dikalangan orang Malaysia lebih mengenalinya sebagai buah pelaga. Turut juga dikenali  sebagai bai dou kou (China), choti elaichi (Hindi), luk krawan (Thailand) dan kalulaga (Indonesia). Dan buah pelaga antara rempah-ratus paling tua di dunia yang banyak manfaat kepada kesihatan badan.

Di Malaysia, kebiasaannya buah pelaga akan ditanam di kawasan tanah tinggi. Kita biasanya menggunakan buah pelaga sebagai rempah-ratus empat sekawan dalam masakan. Buah pelaga dipercayai dapat membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus selain melawaskan haid serta air kecil.

Pelaga atau cardamom merujuk kepada beberapa tumbuhan yang sama genus (genera) Elettaria dan Amomum dalam keluarga halia dari Zingiberaceae tercatat dalam buku Vedic dan sistem perubatan Unani dan Ayurveda.

Piper Longum (Indian Long Paper)
Lada Hitam India atau nama saintifiknya, piper longum adalah herba yang mempunyai nilai tinggi dalam rawatan kecantikan. Di Asia Tenggara, lada hitam dipercayai sudah tumbuh sejak 2,000 tahun lalu.

Untuk pengetahuan semua, lda hitam mempunyai kandungan vitamin C dan K, dan juga kalsium yang snagat membantu wanita mendapatkan diet seimbang.  Buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan pembuangan air kecil. Daun lada hitam pula membantu merawat demam.

Lada hitam mempunyai rasa pedas yang kuat dan bertindak sebagai diuretik, menggalakkan tubuh badan berpeluh dan menyingkirkan toksin yang berbahaya daripada badan. Pengambilan lada hitam juga membantu proses penghadaman dan pencernaan.

Cara Pengambilan Bonnisan Himalaya
Bonnisan Himalaya adalah produk halal. Berbentuk cecair putih jernih yang perlu diambil oleh anak setiap hari. Apa yang menarik ianya boleh diambil seawal 1 bulan. 

Anak sehingga 1 bulan - separuh sudu kecil, 3 kali sehari
Anak 1 bulan sehingga 6 bulan - 1 sudu kecil, 3 kali sehari
Anak 6 bulan  sehingga 3 tahun - 2 sudu kecil, 3 kali sehari

Review Bonnisan Himalaya : Setelah Yara Amalkan
Anak saya Yara sejak amalkan Bonnisan Himalaya memang nampak sangat perubahannya terutama dari segi selera makan. Beliau tidak lagi menjadi sangat cerewet bahkan lebih berselera dengan apa sahaja yang dihidangkan(diet seimbang).

Selain itu, proses penghadaman juga sangat teratur. Tidak lagi ada masalah sembelit atau perut berangin memandangkan Yara selalu tidak makan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Setelah secara konsisten mengambil Bonnisan Himalaya, Yara menjadi lebih aktif mengeksplorasi dunia kanak-kanaknya dengan lebih ceria.

Pilihan yang terbaik Bonnisan Himalaya,
Anak sihat dan ceria pasti ibu bahagia!

Keterangan lanjut:
Website : www.himalayaherbals.my
Instagram : @himalayamalaysia
Facebook : Himalaya Healthcare Malaysia
Bonnisan Himalaya Membantu Mengekalkan Kesejahteraan dan Kesihatan Terbaik Anak Secara Keseluruhan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 15, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. Rawlins pun nak beli, kebetulan nak membeli produk Himalaya untuk penjagaan kulit. Hari itu untuk penjagaan kulit kepala, memang membantu. Thanks Ayu share pasal nie ye

    ReplyDelete
  2. Bagusnyaaaa. Baru tahu produk ni. Bole la fafa cuba utk anak fafa. Dia sekarnag dah masok fasa picky eater hehehhe

    ReplyDelete
  3. Semangat dan ada selera makan, perut pun senang hati dengan Bonnisan ni

    ReplyDelete
  4. Wow thanks for sharing about this product for children. I like this brand too

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.