Makin Bertambah Selera Dengan Pelbagai Hidangan Sampingan Dari Thethe

Saya memang akan mencari produk yang hebat untuk menambah kesedapan dalam satu sajian yang dinikmati. Dan apabila saya menemui produk-produk dari Thethe dan mencubanya sendiri ternyata ianya benar-benar memenuhi citarasa.

Bayangkan hidangan 'simple' , nasi panas dan telur goreng menjadi luar biasa dengan produk Thethe. Saya makan bertmbah banyak kali ya! Memang puas hati.



Cara pembungkusan sangat praktikal, kemas dan cantik. Mudah untuk memnuat penyimpanan dan sesuai juga dijadikan ole-ole untuk diberikan pada orang yang tersayang.

Antara produk Thethe yang saya cuba sendiri seperti:-

Kerepek Bawang Putih (RM15)
Sedap dinikmati bersama masakan sayur goreng (hanya tabur diatas), mee goreng dan pelbagai lagi. Bawang goreng dihiris halus ini digoreng garing. Memang krup krap krup krap sepanjang menikmatinya,

Bawang putih yang dihiris halus menggunakan peeler ini digoreng garing tanpa sebarang bahan pengawet. Hanya tambahan lada hitam sahaja. Kerepek bawang putih ini sentiasa mendapat permintaan terutama dari ibu-ibu yang sedang berpantang. Bagus juga untuk mengatasi masalah sembelit.

Serunding Halia (RM15)
Ini juga antara kegemaran saya. Biasanya saya mencuba serunding daging, ayam ataupun ikan. Tapi kali ini saya mencuba serunding halia. Agak unik dan sedap juga rasanya. Berbanding jika kita menikmati halia secara mentah-mentah, jauh beza rasanya dengan erunding halia yang jauh lebih sedap.

Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan serunding halia ini antaranya seperti halia, ikan bilis, lada hitam, bawang merah dan bawang putih. Ianya juga bukan sahaja enak dinikmati bersama nasi panas bahkan sesuai juga bagi mereka yang ada masalah angin dalam badan. Dan orang yang sedang berpantang sangat bagus mengambil serunding halia.

Sambal Kering Ikan Bilis (RM15)
Ini adalah kegemaran ssaya dan keluarga. Sedap giler! Rasa keranggupan ikan bilis dan kepedasan yang cukup sempurna.

Amtara bahan yang digunakan didalam menghasilkan Sambal Kering Ikan Bilis ini adalah ikan bilis, cili kering, bawang merah dan bawang putih. Ke semua bahan ini digoreng garing ditambah dengan bahan perisa, garam serta gula.

Puas hati, sekali cuba pasti nak lagi!

Jangan lupa untuk berikan refferal code : AyuRafikah30 untuk dapatkan diskaun 5% sekiranya anda berbelanja lebih RM30. Pembelian boleh dilakukan melalui dm di https://instagram.com/thethehq__ atau whatsapps ke www.wasap.my/+60195158577.

Makin Bertambah Selera Dengan Pelbagai Hidangan Sampingan Dari Thethe Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 16, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. Wah. Senang kan kalau ada nie semua. Rawlins nak try yang sambal kering ikan bilis tu. Layan dengan nasi panas, pergh!

    ReplyDelete
  2. wah best ni, wajib beli buat stok kat rumah. buat topping makan bubur pun sedap ni. thanks sharing kod diskaun.. boleh jimat sikit

    ReplyDelete
  3. I like the cantik packaging of Thethe. gonna buy and try it out soon tq

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.