PERMOHONAN MAAF TERBUKA DARIPADA AEON MALL SHAH ALAM
AEON MALL SHAH ALAM telah menyantuni 570 orang pelanggan yang terkandas disebabkan oleh banjir kilat di Shah Alam, Selangor pada 18 Disember 2021. Dalam keadaan yang tidak bersedia serta kekangan tenaga kerja, kami berusaha dengan sebaik mungkinuntuk memastikan keselesaan mereka. Terdapat juga 173 kakitangan dan 255 penyewa yang turut terkandas.
Berdasarkan kepada jadual kerja harian, operasi kami berakhir pada jam 10.00 malam setiap hari. Justeru, itulah maklumat yang diberikan oleh kakitangan kami kepada mereka yang bertanya pada awalnya. Pada ketika itu, boleh dikatakan tiada yang sedar akan situasi sebenar banjir kilat yang berlaku di kawasan Shah Alam dan sekelilingnya.
Selepas itu, apabila menerima lebih banyak pertanyaan, keputusan dibuat dalam jam 9.40 malam untuk membenarkan para pelanggan, kakitangan serta penyewa untuk berlindung di dalam premis sementara menunggu keadaan bertambah pulih. Pada waktu ini, kakitangan kami sedar keadaan adalah bukan seperti banjir kilat biasa. Situasi adalah sangat kritikal di mana banyak jalan-jalan utama telah ditutup, air sungai telah melimpah, paras air di jalanraya yang ditenggelami adalah tinggi sehingga ke beberapa kaki dan sangat merbahaya.
Sehubungan keputusan itu, dengan serta-merta, kakitangan kami terus memaklumkan kepada para pelanggan yang berada di dalam premis dan juga di kawasan parkir kenderaan– di dalam dan di luar premis Mall, yang mereka boleh bermalam di dalam premis. Dengan keadaan yang tidak bersedia, di luar jangkaan serta kekangan tenaga kerja, mungkin ada di antara para pelanggan yang tidak mendapat maklumat tersebut dan telah beredar terlebih dahulu.
Satu ruang berhawa dingin dengan keluasan 6,400 kaki persegi di Tingkat 3 yang boleh menampung kapasiti untuk 200 orang telah dibuka. Selain dari itu, para pelanggan yang terkandas turut berada di ruang legar untuk berlindung dan terdapat juga yang memilih untuk bermalam di dalam kenderaan masing-masing.
Bantuan segera turut diberikan seperti air mineral, susu tepung, lampin pakai-buang, roti, air panas, air mineral, tuala, bantal, kain pelikat dan sebagainya dengan keutamaan diberikan kepada mereka dengan bayi dan anak kecil memandangkan kuantiti yang agak terhad. Pakaian turut diberikan kepada mereka yang basah kuyup. Kakitangan kami menolak troli dengan barangan bantuan dari tingkat ke tingkat.
Dalam keadaan yang kurang terurus, walau pun kami telah cuba sedaya upaya, mungkin ada yang
terlepas pandang dan tidak menerima bantuan barangan, terutama mereka yang berada di tempat-tempat terlindung dan di kawasan berjauhan dari kumpulan-kumpulan utama. Para pelanggan yang bermalam turut menggunakan fasiliti seperti surau, tandas, bilik bayi. Ada yang berbaring di atas lantai seadanya serta sofa dan katil-katil pameran. Kami juga turut memastikan SOP dipatuhi dalam menguruskan situasi tersebut.
Para pelanggan yang terkandas mula beransur meninggalkan premis pada keesokan harinya, Ahad, 20 Disember 2021. Kami memohon maaf seikhlas hati di atas segala kekurangan dari pihak kami dalam
menangani situasi tersebut. Kami ambil maklum akan kelemahan kami dan kami ambil iktibar serta belajar darinya. Kami sedar adalah tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi dengan bilangan yang besar dalam keadaan kami yang tidak bersedia namun begitu, kami akan cuba pertingkatkan keupayaan kakitangan kami.

Kakitangan kami yang tiada kemahiran atau pengalaman untuk mengendalikan operasi sebegitu tetap berusaha dengan sepenuh hati dalam menghulurkan bantuan. Walau pun penat dan kerisauan memikirkan keluarga masing-masing serta dimarahi dan diherdik oleh sesetengah dari mereka yang kurang sabar, kakitangan kami tetap fokus dalam menyantuni para pelanggan.
Kepada yang menghargai, kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Sokongan anda merupakan dorongan kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik walau di dalam keadaan yang getir.
Namun kepada yang tidak berpuas hati dan menyatakan secara terbuka di media sosial dengan penggunaan istilah yang agak kurang manis disebabkan oleh ketidakpuasan hati, kemaafan jua yang kami mohon dengan penuh rendah hati. Tiada maksud walau sekelumit untuk membuatkan sesiapa merasa terluka dan kurang dihargai.
PERMOHONAN MAAF TERBUKA DARIPADA AEON MALL SHAH ALAM
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 22, 2021
Rating:
No comments:
Sharing is caring...