Program Jelajah Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD) Telah Dilancarkan Melalui Aplikasi KINGBLASTER

Satu majlis menandatangani MoU dan pelancaran Program Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD) telah diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis yang dianjurkan oleh syarikat bumiputera iaitu Fred Advantage Sdn Berhad, pengeluar produk berjenama KINGBLASTER. Program telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden Koperasi Angkasa.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Dr Abdul Fattah turut menekankan tentang manfaat daripada kempen yang dianjurkan ini terutama dalam membantu lebih ramai usahawan Malaysia didalam memasarkan produk mereka samada di dalam negara serta berpeluang menembusi peringkat Asia seterusnya antarabangsa.

Dengan adanya platform seperti KINGBLASTER yang membariskan 12 Aplikasi Digital secara tidak langung dapat menjimatkan kos pengiklanan usahawan - 'Kos pengiklanan Sifar'. Selain itu dengan pelbagai kerjasama strategik yang akan melibatkan pihak seperti Koperasi Angkasa. Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) dan juga PERDASAMA Selangor dapat menarik lebih ramai lagi usahawan untuk menyertai program ini.

Lebih menarik semua usahawan yang terlibat dalam program ini akan dibimbing oleh pihak syarikat dengan MODUL USAHAWAN DIGITAL yang mana semua pembelajaran akan dilaksanakan secara atas talian secara sistematik dengan bantuan tenaga pengajar yang cukup terlatih serta berpengalaman. 

Sehingga kini KINGBLASTER telah mempunyai 3000 usahawan dibawahnya dan segala info mengenai perniagaan mereka telah diwar-warkan melalui aplikasi secara teratur dan efisien. Dan kini telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat tempat yang mengeluarkan produk berkualiti seperti Black G, KRASZ - KMOOD, BAYU SIRI dan SMARTBiz. Kerjasama ini  adalah melalui pemberian sesi mentor-mentee kepada mereka yang ingin menjana pendapatan  dibawah program Jelajah Program Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD).

Turut hadir di majli menandatangani MoU wakil dari 2 platform e-dagang milik anak tempatan iaitu EZYSHARE dan SKYFRON yang merupakan rakan strategik syarikat. Ekosistem yang telah dibina dianggarkan menelan kos jutaan ringgit dan menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai usahawan.

Program Jelajah Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD) ini akan bermula pada Januari 2022 dan mensasarkan seramai 2220 usahawan dari pelbagai lokasi di eluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

Para usahawan yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang https://partner.kingblaster.com/join atau menghubungi pihak sekretariat program iaitu Trader di setiap parlimen Malaysia.
Program Jelajah Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD) Telah Dilancarkan Melalui Aplikasi KINGBLASTER Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 04, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.