Promosi Hebat Untuk Bulan Januari dan Febuari 2022 : Dua Hidangan Yang Bakal Menjadi Tarikan Di PREMIÈRE HOTEL KLANG

Hi Korang! Baru-baru ini saya berkesempatan merasai dua menu baru yang bakal diperkenalkan bersempena dengan promosi pada bulan Januari dan Febuari 2022 di Hotel Premier yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang . Hotel yang bertaraf 4 bintang ini sering kali mengadakan promosi istimewa setiap bulan kepada pengunjung di restoran mereka iaitu di The Buzz, Royal Gourmet dan Ichi PoolBar. 


The Buzz merupakan restoran yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa, Royal Gourmet pula menyajikan hidangan asli masyarakat Cina yang unik manakala Ichi Pool Bar ialah bar-restoran yang berkosnep santai dengan menyajikan makanan ringan seperti burger dan pizza yang terletak berhadapan kolam renang.


Pembukaan tahun baru 2022, Premiere Hotel Klang telah memperkenalkan dua hidangan yang cukup menarik eksklusif yang disediakan oleh Chef Eksekutif Noor Hisham dan pasukan kulinari beliau. Hidangannya adalah Nasi Ayam Hainan dan Baked Salmon didalam Puff Pastry.

Nasi Ayam Hainan adalah hidangan yang cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia. Didalam set ini selain daripada nasi ayam (wangi, diletakkan pula diatasnya daun ketumbar), terdapat juga potongan ayam kukus, kicap, sambal cili, sambal halia, sup dan juga sayuran seperti timun, tomato, salad dan juga taugeh. Cukup lengkap dan memang mengenyangkan. Set ini ditawarkan pada harga RM22+ sahaja.

Seterusnya ialah Baked Salmon dalam Puff Pastry. Serius! Ini memang sedap. Selain itu set hidangan ini memang berkhasiat. Cukup protein dan sayuran serta nutrien yang diperlukan oleh badan. Bayangkan dalam puff pastry yang ranggup ada salutan keju didalamnya begitu ikan salmon yang telah dibakar. Dinikmati pula bersama hirisan kentang segar & sayuran timun zicchuni, tomato ceri dan juga lobak. Oh ya! Ada sos warna putih dan memang rasanya cukup enak begitu sempurna. Set ini ditawarkan pada harga RM29+.


Semua hidangan ini boleh didapati dari Januari hingga Februari 2022 . Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi +603 3325 6828 / 03-3325 6800 atau e-mel ke fnb@premiere-hotels.wct.my atau Whatsapp ke 012 449 6258.

Jangan lupa untuk cuba korang!
Promosi Hebat Untuk Bulan Januari dan Febuari 2022 : Dua Hidangan Yang Bakal Menjadi Tarikan Di PREMIÈRE HOTEL KLANG Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 30, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. All the food at this hotel looks yummy. Reading your review make me want to dine here. Hehehe. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Nampak macam cantik je food plating tu you. Menarik juga kalau dapat rasa hidangan kat sana. Jom....nak try nasi ayam Hainan dia.

    ReplyDelete
  3. Their Baked Salmon dalam Puff Pastry looks so delicious and tempting.

    ReplyDelete
  4. Best ayu romantik makan dengan suami hehehehe bestnya dapat pergi makan sedap2 kat sini kan nak juga.....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.