Promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Pulse Grande Hotel Putrajaya Menawarkan Lebih 100 Hidangan Menarik
Antara perkara yang menggembirakan dalam hidup saya adalah berpeluang menikmati pelbagai hidangan yang sedap :-) Jadi apabila melihat tawaran Promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Pulse Grande Hotel Putrajaya memang saya teruja. Bayangkan lebih 100 hidangan ditawarkan untuk satu malam termasuklah hidangan BBQ dan juga steamboat yang disediakan oleh pasukan chef yang cukup berpangalaman.
Lebih 100 Hidangan Menarik
Pelbagai pilihan fishball, fish cake, crab fillet, sayur, tauhu dan pelbagai lagi yang kita suka nikmati didalam semangkuk hidangan steamboat. Selain variasi sos disediakan juga kuah kari, tomyam dan sup.
Rambang mata, rasanya semua nak dicuba.
Bagitu juga dengan mi. Piluih saha kuew teow, mi kuning atau bihun :-)
No tel: 03-88878888
Untuk hidangan buffet kali ini lebih 100 hidangan ditawarkan bagi memenuhi gastronomi pengunjung. Selain daripada hidangan barat menjadi taruhan, masakan fusion turut diperkenalkan sesuai dengan citarasa masyarakat tempatan. Contohnya seperti Pasta Thai Style, ekor masak gulai lemak. Begitu juga dengan hidangan BBQ, perapan daging menggunakan bahan kegemaran masyarakat Asia iaitu ada yogurt, rempah (spice) ala pakistan dan sebagainya.
Buffet hujung minggu ini memberi kita pilihan samada untuk menikmati di bahagian luar (outdoor) atau didalam (indoor). Begitu juga dengan perletakan hidangan di dua lokasi iaitu BBQ & Steamboat di bahagian luar dan sajian lain di bahagian dalam. Jadi pengunjung boleh memilih sendiri mengikut keselesaan namun ianya juga tertakluk kepada kekosongan
Saya bersama dengan salah seorang chef disini
Antara sebahagian hidangan yang saya telah cuba sendiri di Pulse Grande Hotel Putrajaya seperti:-
Nasi Gorang Kampung (sedap!)
Pasta Thai Style (Ni pun sedap)
Sayur goreng jawa (sedap!)
Ekor masak gulai lemak
Seafood galore!
Sate
Kuih-muih tradisi
Pelbagai jenis kek yang menarik hati
Kaunter istimewa buah-buahan.
Banyak lagi sebenarnya hidangan, memang puas makan. Ada rojak, begitu juga dengan bubur. Uniknya tentang hidangan bubur ini kita boleh pilih apa yang hendak diletakkan didalamnya. Disediakan seperti jagung, santan, gula melaka. Mengikut kesesuaian citarasa pengunjung itu sendiri.
BBQ & Steamboat
Untuk hidanagn BBQ & steamboat diletakkan di bahagian luar. Bersebelahan dengan kawasan lapang dan pokok-pokok. Dikelilingi dengan warna redup kehijauan memang cantik dan sejuk mata memandang. Sesuai dengan konsep yang diperkenalkan oleh hotel iaitu Hotel dalam Taman, Taman Dalam Hotel.
Yup! Lihat saja saya yang begitu teruja melihat begitu banyak aksesori untuk satu set hidangan lengkap steamboat.
Rambang mata, rasanya semua nak dicuba.
Ayam Bakar
Udang bakar
Ketam bakar (nyums)
Kambing bakar
Kerang bakar
Oh ya! Ada sos juga disediakan seperti BBQ sos, blackpepper sos dan juga cheese gravy (ini dinikmati bersama meatball memang sedap).
Konsep Terbuka, Selesa dan Selamat
Dalam satu masa boleh memuatkan sehingga 160 pax (sebelum PKP lebih 300 pax). Setiap pengunjung perlu menggunakan glove (sarung tangan disediakan) ketika mengambil makanan. Dan didapati juga untuk hidangan pencuci mulut memang telah diletakkan di pek individu. Hand sanitizer ada disediakan bagi memudahkan pengunjung membersihkan tangan mereka (atas faktor kebersihan dan juga pencegahan).
Untuk satu meja buffet hanya 6-7 pax sahaja dibenarkan (asal adalah 10 pax). Terdapat juga promosi untuk pengunjung yang menginap di hotel. Di mana pengunjung akan diberikan kupon Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner secara PERCUMA. Untuk keterangan lanjut dan promosi boleh dapatkan daripada laman web/ saluran sosial media seperti berikut:-
Psst:
Untuk tahun 2022 Pulse Grande Hotel akan mengadakan lebih banyak promosi dan memperkenalkan pelbagai pakej menarik. Antaranya seperti pakej kesejahteraan minda menggabungkan weekend staycation, makanan sihat dan lazat serta aktiviti kesejahteraan fizikal serta mental.
Selain itu satu promosi khas telah dirangka bagi memberikan diskaun hebat untuk makanan serta minuman bagi mereka yang berjaya menghabiskan trek khas Pulse Grande x Putrajaya Steps. Pengunjung akan bermula d kaki Putrajaya Steps, Monumen Putra dan tamat di Pulse Grande Hotel.
Pulse Grande Hotel juga akan bersama-sama merancakkan pelancongan domestik dengan menawarkan pakej-pekaj berkembar melibatkan kembara dan bersiar-siar (tour & sightseeing) di tempat-tempat menarik Putrajaya dengan kerjasama pelbagai pihak.
Semuanya ini bingkisan perancangan Pulse Grande Hotel Putrajaya pada tahun 2022 akan datang. Sama-sama kita nantikan.
Promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Pulse Grande Hotel Putrajaya Menawarkan Lebih 100 Hidangan Menarik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 05, 2021
Rating:
Luas mata memandang makan kat situ.
ReplyDeletewow best yer makan kat sini, fuh 100 pilihan tu. berbaloi sangat dengan harga kan? nanti boleh la try ajak family makan sini
ReplyDeleteMenarik !! Saya memang suka seafood. Tapi harga dia agak menakutkan sikit. Sesekali xpe lah kot kan
ReplyDeleteMeriahnya makanan sis. Kita tak mampoo nak makan bnyk tp terliur bila tgk semua. Nak ketam bakar tu!!!
ReplyDelete