Ra.Re Foodspace Menawarkan 30 gerai #makanlokal Dengan Harga Yang Berpatutan

Ra.Re Foodspace di Kota Dame memang 'rare'. Lokasi cantik, unik dan ada banyak betul pilihan gerai #makanlokal  yang ditawarkan hidangan pada harga yang cukup berpatutan. Serius! Port best untuk kita datang makan-makan samada sendirian, bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Bayangkan ada 30 gerai yang ada menawarkan pelbagai hidangan yang pastinya memenuhi citarasa korang. Daripada hidangan berat sehingga kudapan ringgan semuanya ada! Bayangkan harga yang ditawarkan adalah daripada RM3 sehingga RM25.

Kawasan Bawah MRT

Setiap gerai di sini perletakannya sangat kemas dan tersusun. Mudah untuk kita cari dan dapatkan makanan yang kita mahukan. Operasi Ra.Re adalah bermula dari jam 5.00 petang sehingga 12.00 pagi.

Persekitaran dan suasana memang kita akan rasakan seolah berada di Bali. Dan ini memang konsep yang ingin dibawakan oleh pemilik Ra,Re Foodspace ini. 

Kawasan Bench

Terdapat 4 konsep tempat makan yang diperkenalkan oleh Ra.Re Foodspace iaitu  Gayat, Bench, Atas Pokok dan Bawah MRT 

Kawasan Atas Pokok

Untuk atas pokok, ventilation memang sangat best! Siap ada kipas jadi kita tak akan rasa panas. Pendek kata memang sesuai untuk dijadikan port bersantai.

Jom Sambut Hari Istimewa di Ra.Re Foodspace
Dan jika anda ingin raikan hari istimewa bersama orang tersayang di tempat lebih privasi dan esklusif seperti di bahagian Atas Pokok Ra.Re Foodspace. Anda perlu membuat tempahan awal (booking) pada hari Isnin hingga Jumaat melalui DM Instagram atau Whatsapps di nombor talian 013 356 5295. Untuk dekorasi tambahan bagi majlis meraikan hari jadi atau perjumpaan ada sedikit caj tambahan akan dikenakan.

Cantikkan! Memang sesuai sangat dijadikan tempat acara sambutan majlis istimewa dan privasi. Apatah lagi dengan adanya dekorasi, biarpun minimalis tetapi tetap menjadikan suasana majlis lebih esklusif.

Sesuatu yang cukup istimewa apabila kita dapat meraikan orang yang baik-baik dikelilingi kita. Nak raikan hari jadi, hari anniversary, jamuan perpisahan mahupun gathering pasti meriah di Ra.Re Foodspace.

Night life yang happening!
Nice kan! Keadaan waktu malam. Dikelilingi kerlipan lampu yang menerangi kawasan Ra.Re Foodspace.

Kawasan Gayat

Gayat! Antara port feveret pelanggan bila datang ke sini. Kita boleh lihat pemandangan cantik sambil menikmati hidangan.

Istimewa untuk hari Jumaat dan Sabtu ada live busking menghiburkan para pengunjung Ra.Re Foodspace.

30 Gerai Di RA.RE FOODSPACE
Pengurusan RaRe telah mengambil inisiatif untuk membantu semua peniaga tempatan untuk terus bertahan semasa PKP begitu juga selepas PKP. Oleh yang demikian RaRe telah mengetengahkan Kempen #makanlokal #sapotlokal sebagai satu  usaha dalam mengajak orang ramai untuk datang dan sokong peniaga-peniaga kecil di RaRe Foodspace.

Antara 30 gerai yang diusahakan peniaga kecil tempatan seperti:-

1) Ayam Penyet Mama
2) Ratu Risoles
3) Big Joe’s Fried Chicken
4) Adik Sup
5) Jom Mentong
6) Yong Tow Foo Ah Keong
7) MakCha Ayam Pasu
8) Mee Goreng Ketagih 
9) Miecord Char Koay Teow 
10) Shawarma 
11) AYO Fried Chicken 
12) DNA Burrito 
13) Hot Dog Challenge 
14) Chef Tako 
15) Nasi Berlauk Abe Bri 
16) Art Japanese Food 
17) Senandung Kambing Bakar 
18) Sate Wak Samurai 
19) Wak & Wok Masakan Panas 
20) Wak & Wood (Western) 
21) A & Z Corner Ikan Bakar Portugese 
22) Nasi Bogat 
23) Fam'Fries Kitchen 
24) Dessert Life Matter (Waffle) 
25) Misang Lah 
26) Shisha 
27) Balang Man 
28) Kopi Lanun 

29) Smashed burger 
30) Indo mee 


Antara Hidangan Hebat Yang Telah Dicuba

Sate Wak Samurai. Antara sate terbaik dan terpaling tersedap saya pernah cuba. Dagingnya sangat lembut, perapan cukup rasa dan kuah satenya cukup sempurna, tekstur kacang dan semuanya.

Memang sangat rekomen untuk korang mencubanya jika datang ke sini :-)

Set Asam Pedas Claypot. Nak makan asam pedas sedap dah tak perlu ke Melaka lagi dah. Boleh cuba asam pedas dari Ra.Re Foodspace.

Fuhh! Rasa masam-masam pedas memang terbaik thoqqq. Dipadukan bersama nasi panas, sambal belacan, telur asin. timun dan juga sayur kobis goreng.

Jom Metong Nasi Ambeng. Hidangan yang cukup popular dari Johor. Cukup lengkap dengan satur goreng jawa, ikan kering, sambal kelapa, sambal belacab, ayam goreng kicap dan sedikit mi goreng. Portion agak banyak, kenyang betul untuk makan sepinggan seorang.

Hot Dog Challenge. Semanis rupa tuan punya gerai, sehebat rasa hotdog sampai 2 jenis kitaorang bantai. Bayangkan coney daog dan bun memang homemade dihasilkan sendiri. Sebab itulah ianya memang unik dan terpaling tersedap coney dog yang pernah dicuba.

Chilli Cheese, memang padu rasa keju dan juga percikan pedas. Puas hati makan.

HDC Signature. Pedas juga tapi sedap. Memang memenuhi citarasa orang asia yang suka rasa kepedasan dalam setiap hidangan.

Smash Burger. Supersmash dengan adanya daging bekon, telur dan juga daging 100% Australian beef. Ianya homemade patty yang disediakan setiap hari. Jangan terkejut, harganya cuma RM22 sahaja. Sedap. Rekomen untuk korang mencubanya juga.

DNA Burrito . Puas makan. Isinya sangat tebal dengan gabungan daging dan sayuran. 

Set Hidangan Sotong dan juga Lala Masak Portugese. Set yang didatangkan bersama nasi panas dan juga timun.

Big Joe's. Peminat hidangan Korea pasti tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Ayam goreng yang di saluti dengan sos korea yang memberi rasa manis-manis pedas.

Mee Goreng Ketagih. Serius sedap. Patutlah ketagih, hahaha. Ada sambal sotong, telur goreng mata dan pelbagai lagi.

Good Food Good Mood
Ra.Re Foodspace memang best!


BALANGMAN Loyalty Card

Antara minuman di Balang Man seperti Teh Ais Madu (kegemaran ramai), Teh Hijau, Air Jagung (kegemaran saya), Teh Ais Vanilla Ice Cream dan Soda Herbs.


Setiap pengunjung boleh dapatkan Balang Man Loyalty Card. Korang boleh kumpul cop dan tebus air PERCUMA (hanya sah untuk hari Isnin sehingga Khamis sahaja).

Selain itu terdapat juga air minuman lain yang boleh dicuba. Antaranya seperti Kopi Lanun dan sebagainya.

Tempat Cantik, Port OOTD Yang Menarik!
Yesza!! Tak sah kalau tak bergambar jika kawasan tersebut memang benar-benar cantik. Dan di Ra.Re Foodspace ada banyak sangat port yang menarik untuk bergambar.


Bestkan!! Keindahan suasana dengan pemandangan hijau dan juga hamparan langit yang membiru.

#Makanlokal di Ra.Re Foodspace menawarkan harga berpatutan,
#Sapotlokal peniaga menampilkan kelainan dalam setiap hidangan.

Jangan lupa ikuti laman sosial Ra.Re Foodspace untuk lebih info:-
Instagram: @rare.foodspace
Facebook: @rare.foodspac

RA.RE Foodspace @ KOTA DAME ini berdekatan dengan SEGI College di buka pada setiap hari dari 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika takut sesat boleh guna Waze dan cari Uptown Kota Dame.

Ra.Re Foodspace Menawarkan 30 gerai #makanlokal Dengan Harga Yang Berpatutan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 14, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Hipsternya tempat makan ni. Makanan semua nampak sedap. Nak ajak husband dtg sini jugak la.

    ReplyDelete
  2. Ini tempat sangat best. datang ke satu tempat tapi banyak makanan yang boleh dimakan. Mesti kunjung ke tempat ini.

    ReplyDelete
  3. wah ada kawasan atas pokok juga ? bestnya! tapi paling best makanan dia sedap-sedap & affordable price.

    ReplyDelete
  4. Wah.. nama pun rare tpt mkn2 yg menarik. Ra.Re Foodspace first time kak tau nti blhlah ajak hubbr pg food hunting kat situ.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.