SCARLET x STEVEN SUNNY MENGINSPIRASI GAYA INDIVIDU #OwnWhatYouWear

AEON CO. (M) BHD. mengorak langkah ke hadapan menerusi kolaborasi dengan penggaya fesyen tersohor, Steven Sunny untuk jenama pakaian yang popular, Scarlet. Sesi eksklusif bersama dengan Steven Sunny yang mengayakan serta memberi nafas baharu kepada koleksi Scarlet di adakan di AEON Mid Valley Megamall. Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun. 


Diperkenalkan sebagai koleksi peribadi, Scarlet x Steven Sunny memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini. Selain keselesaan dan pakaian santai yang telah menjadi pilihan selama beberapa musim dan berpandukan gaya “pandemic-stay-home”, penggayaan ini menyampaikan apa yang diperlukan oleh pelanggan pada waktu ini. 

3d3

Gaya dan fesyen berubah dengan pantas untuk disesuaikan dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik. Daripada peningkatan terhadap populariti pakaian aktif dan “fit wear” hingga kepada keperluan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik. Ini merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu AEON CHERISH yang mempromosikan ketabahan dan kesyukuran serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghormati dan menghargai apa yang paling penting dalam kehidupan ini sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan menyambut tahun baharu dengan lebih bersemangat.


Kolaborasi yang sungguh menarik ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen serta jemputan khas media dan para pempengaruh. Terdapat juga demonstrasi tambahan di lokasi yang merupakan gabungan idea musim ini bersama rakan solek, Shiseido. 100 pasang koleksi akhir tahun istimewa Scarlet x Steven Sunny yang merupakan edisi terhad buatan tangan ini boleh didapatkan secara dalam talian atau pun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama dengan harga yang berpatutan. 


Menyentuh mengenai kolaborasi itu, Steven berkata, 
Saya percaya setiap seorang dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad diri anda sendiri. Saya berterima kasih kepada AEON atas usaha untuk memberikan kepada pelanggan apa yang mereka inginkan di masa yang mencabar seperti ini.
Steven Sunny merupakan seorang pakar fesyen yang terkenal dan serba boleh yang juga seorang jurusolek yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Walaupun beliau menamatkan pengajian dalam bidang cat minyak, Steven Sunny adalah pereka pakaian dan fesyen yang dikenali dan terkenal untuk skrin dan pentas. 


Koleksi SCARLET x STEVEN SUNNY #OwnWhatYouWear
Saya memang suka setiap koleksi Scarlet sentuhan Steven Sunny. Ada gaya dan pesonannya yang tersendiri. Darpada pakaian santai biasa menjadi luar biasa dan berbeza. Apatah lagi setiap rekaan pakaian yang sendiri menampilkan mood tertentu menceritakan perasaan sebenar si pemakai. Contohnya seperti ceria (happy go lucky), sopan seperti seorang puteri dan pelbagai lagi.

Ropol dan ada beads dekat seluar menampakkan ianya adalah rugged tapi tetap serlahkan keanggunan pemakai.

Simple tetapi tetap cantik! Terutama jika yang menggayakannya adalah anak remaja :-)


Hijau yang berani!

Mempertengahkan gabungan warna biru dan putih untuk menghasilkan rekaan gaya yang lebih chic.




Black is awesome!

Suka dengan rekaan baju ini. Nampak macam sarat sebenarnya tidak! Paling penting boleh digayakan oleh mereka yang berhijab.

Maxi dress yang sesuai digayakan ketika sambutan Krismas dan apa-apa jua acara.

So flowy, suka tengok.

Puan Low Ngai Yuen menunjukkan koleksi Scarlet yang telah ditambah baik oleh Steven Sunny. Menjadi lebih cantik dan esklusif.

Saya dan Puan Low Ngai Yuen. Antara personaliti saya minati sejak remaja. Bayangkan saya membesar bersama 3R dan Yuen antara pengacara yang saya kagum dan minati. Seorang yang ceria, sangat bekerja keras, komited dan banyak terlibat dalam program serta aktiviti pembangunan masyarakat.

Oh ya! Sempena pelancaran SCARLET x STEVEN SUNNY, pelanggan akan berpeluang memenangi baucar AEON bernilai RM500 seorang dengan berkongsi gambar terbaik mereka memperagakan jenama Scarlet di Instagram daripada sekarang hingga ke 31 Disember 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari laman Instagram di www.instagram.com/aeonretail.my.
SCARLET x STEVEN SUNNY MENGINSPIRASI GAYA INDIVIDU #OwnWhatYouWear Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 10, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. menarik rekaannya! boleh lah saya belikan koleksi ini pada GF saya :)

    ReplyDelete
  2. Ooo kat Shah Alam ada..haaa..boleh la dekat hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik yang warna hijau tu. Dan yang polkadot putih tu. And yes, kita membesar dengan 3R.

    ReplyDelete
  4. wa nice ya enjoy fashion show cuci mata! Nice la the whole collection

    ReplyDelete
  5. Congrats to the newly launched clothes collection, i like the style too.

    ReplyDelete
  6. I pemakai Scarlet, maklumlah big size kan heheheh.. dress dia lawa gak.. tak perasan pulak ada X steven ni..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.