Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022 Bakal Mengembalikan Kegemilangan Budaya Warisan Malaysia
Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022 Bakal Mengembalikan Kegemilangan Budaya Warisan Malaysia - Berkesempatan untuk hadir dan melihat sendiri persembahan tarian tradisi zapin memang memberi pengalaman yang cukup indah. Apatah lagi tarian zapin yang merupakan tarian budaya masyarakat melayu berzaman.
Festival Perkampungan Budaya Melayu "Malay World Cultural Paradise" bakal menjadi tarikan sektor pelancongan nombor 1 di Malaysia, bukan hanya dikalangan masyarakat setempat bahkan acara ini akan mengangkat kebudayaan melayu ke peringkat antarabangsa.
Antara objektif fesrival ini untuk membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat dan pada masa yang sama meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program ini juga kesinambungan daripada kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh penyanyi etnik negara Noraniza Idris.
Menurut Noraniza Idris atau lebih mesra dkenali sebagai Kak Ani yang merupakan pengasas program modal insan "Malay World Cultural Paradise",
Perancangan 2022 akan menjadi satu titik tolak dalam usaha membangunkan seni dan budaya untuk lebih dekat dengan masyarakat generasi pelapis secara agresif walaupun masih menghadapi kekangan pandemik dan penajaan yang kurang memberangsangkan.
Namun ianya bukan penghalang untuk meneruskan program memandangkan dalam usaha mengembalikan budaya melayu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini pastinya akan mendapat sambutan.
Program Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022
Program ini akan bermula selama 3 hari di setiap destinasi pilihan. Dan destinasi pertama adalah di AEON Mall Shah Alam Selangor pada 10 sehingga 12 Disember 2021, dari jam 10 pagi - 10 malam. Seterusnya program ini akan menjelajah ke 7 destinasi negeri pilihan iaitu Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur. Dijangkakan ianya akan bermula dari Januari sehingga Jun 2022. Matlamat siri jelajah Malaysia ini juga bertepatan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran peringkat global ke arah menjana pendapatan dan juga profesion pilihan.
Program Jelajah Di AEON Mall Shah Alam
Tiga hari berkampung di Shah Alam dengan pelbagai program disediakan. Antara program yang telah dijalankan seperti:-
- Pertandingan permainan Zapin secara spontan iaitu Tingkah Geruh peringkat zon untuk mencari 16 peserta yang akan mara ke peringkat kebangsaan.
- Pertandingan nyanyian "Irama Malaysia Academy Awards"
- Pertandingan MUA Awards Kategori Cilik dan Dewasa
- Pertandingan Peragaan Busana Kategori dewasa
- Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban dan Bowling Kampung.
- Pertandingan Treasure Hunt
Majlis pra-pelancaran Festival Perkampungan Budaya Melayu "Malay World Cultural Paradise" telah disempurnakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim selaku penaung program.
Antara kumpulan yang terlibat seperti:-
- Absari Dance Theatre
- Sang Peningkah
- Aida Syakirah Entertainment
- Arts Talent Production Senior
- Pa Ma Menari
- RONG GENG
- Srikandi Tari
- Beringin
- Dansa Fusion Kuala Lumpur
- Sesumppah
- Akar Seni Malaysia
Apa yang dapat dirangkumkan, Siri Jelajah ini pastinya akan menarik lebih ramai lagi penggiat seni dan budaya di luar sana untuk tampil ke hadapan dan menyokong segala usaha untuk mengembalikan kegemilangan budaya warisan Malaysia. Sekaligus mengangkat nilai kemahiran dan kesenian yang turut berpotensi menjana pendapatan dan ekonomi.
Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022 Bakal Mengembalikan Kegemilangan Budaya Warisan Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 13, 2021
Rating:
This is really a good initiative to preserve our culture and tradition. Thanks for sharing this. The younger generations should know about what identity.
ReplyDeleteWeh bestnya. Kita mmg suka lagu melayu macam ni. Bestnya kalau dapat tonton persembahan budaya beginj. Mantap la Kak Ani dan team warisan ni.
ReplyDeleteBagus ada event sebegini. Tarian dan tradisi kita dapat diteruskan dgn adanya org2 memperjuangkan agar tradisi ini dipupuk dan diturunkan pd generasi2 muda
ReplyDeleteLama betul tak tengok pertunjukkan zapin ni.. Memang xtelan dek zaman.. Bagus bile masih menerapkan tarian ni dimana2 event skrg
ReplyDeletewhat a beautiful initiative this is! in 2022 we hope to see more cultural events like this to preserve our beautiful traditions
ReplyDeleteBanyak nama jenis tarian rupanya. Ingatkan dah zapin, zapin je xD Dulu kat sekolah suka tengok zapin. Maklumlah, orang Johor kan. Hopefully all is well untuk tour mereka. Kawasan yang di sebut tu mostly affected dengan banjir sekarang kan. May Allah ease semuanya, ameen ya rabb
ReplyDelete