Soft Launch Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) bersempena dengan Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PABJ

Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) telah mengadakan Soft Launch Persatuan bersempena dengan Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PABJ. Majlis yang serba ringkas ini telah dirasmikan oleh Presiden PABJ iaitu YBhg. Dato' Mohsen Hasbollah bersama dengan YBhg, Datuk Musa Hj. Yusof selaku Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia.


Untuk pengetahuan semua PABJ telah didaftarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor pada Ahad 30 Mei 2021. Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk menyatukan perpaduan serta memperkasakan Anak Bangsa Johor yang berbilang kaum yang berada di mana sahaja. Samada berada di Malaysia mahupun di luar negara.


PABJ merupakan platform bagi mengukuhkan hubungan Kemanusiaan, Perpaduan dan Persaudaraan. Lebih menarik PABJ akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan juga Anak Bangsa Johor yang ingin meneroka dalam pelbagai industri dalam usaha memacu ekonomi Negeri Johor ke tempat teratas di Malaysia.

Penaung DiRaja PABJ adalah Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dan juga Penaung YAB Menteri Besar Johor. PABJ telah diterajui oleh Presidennya Dato' Mohsen Hasbollah yang berpengalaman selama 35 tahun, bermula dari tahun 1986 yang telah memimpin pelbagai agensi NGO dan membarisi barisan Exco.


Membawa slogan BANGSAKU, MASA DEPANKU, PABJ telah menggariskan 7 biro yang akan membantu bersama-sama memperkasakan Anak BAngsa Johor didalam bidang bidang berikut:-
  1. Pendidikan
  2. Pelancongan, Seni & Budaya
  3. Ekonomi & Keusahawanan
  4. Keahlian, Multimedia & Komunikasi
  5. Sosial, Kebajikan & Keagamaan
  6. Keselamatan & Kesihatan
  7. Sukan & Rekreasi
Setiap biro mempunyai Misi dan Visi persatuan, antaranya seperti berikut:-
  • Mewujudkan perkongsian pintar dengan agnesi-agensi kerajaan dan swasta dari segi Pendidikan, Ekonomi, Keusahawanan dan Pembangunan.
  • Menggalakkan dan membantu ahli berpotensi dalam bidang digital ekonomi dan keusahawanan dalam pelbagai bidang untuk terus berkembang.
  • Membangunkan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Social Quotient (SQ), Spiritual Quotient (SQ) dan Love Quotient dikalangan Anak Bangsa Johor bagi mendepani cabaran dari peringkat Pra-Persekolahan.
  • Mengukuhkan dan memantapkan industri pelancongan, Seni dan Budaya untuk genarasi pelapis Anak Bangsa Johor melalui rancangan dan aktiviti yang berkaitan.
  • Menyantuni Kebajikan, Sosial dan Keagamaan Anak Bangsa Johor dan masyarakat Malaysia secara amnya.
Penyerahan Watikah
Di majlis ini turut diadakan penyerahan watikah kepada 4 ahli tertinggi persatuan, iaitu:-

Penasihat PABJ 2021/2022
YBhg. Mej, Jen. Dato' Oseman Chik (B)

Pengerusi PABJ 2021/2022
YBhg. Datuk Hj. Abdullah Md Ali

Ahli Bersekutu PABJ
YBhg. Datuk Musa Hj. Yusuf

Artis Pertama Sebagai Ahli PABJ
YBhg. Dato' Jamaludin Elias @ Dato' Nash

Jenis Keahlian PABJ
  • Ahli Biasa/Esklusif
Mereka yang lahir di Johor. Mempunyai IC di tengah 01. Yuran pendaftaran : RM50, Yuran tahunan : RM50.

  • Ahli Bersekutu
Bukan yang dilahirkan di Johor. Tetapi ayah atau ibu atau pasangan lahir di Johor (atau/dan). Yuran pendaftaran RM50, Yuran tahunan RM50.

  • Ahli Korporat
Untuk kumpulan korporat. Yuran pendaftaran RM250, Turan tahunan RM250.

  • Ahli pelajar
Untuk pelajar. Yuran pendaftaran RM25, Yuran tahunan RM25. Tetapi sempena Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PBAJ, penyertaan untuk ahli pelajar adalah PERCUMA (sepanjang kempen berlangsung).


PABJ juga melancarkan Kempen MEMBER-GET MEMBERS dengan sasaran 1000 Anak Bangsa Johor mendaftar. Kempen ini berlangsung dari bulan Disember 2021 sehingga Mac 2022.

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan keahlian dan persatuan boleh hubungi:

03-80687788/7878
011-31440227 (En. Lutfi)
011-12315242 (Cik Syafiqah)
email: info.pabj@gmail.com

Laman web: www.pabj.my
Instagram: @persatuananakbangsajohor
Facebook : Persatuan Anak Bangsa Johor
Youtube : PABJ Channel

"Bersatu Ke Mercu Dunia"
Soft Launch Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) bersempena dengan Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PABJ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 31, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. Dato Nash pun ada. La ingat nama Dato Nash ni start dengan Nash juga rupanya Jamaludin ye?. Anak bangsa Johor sila angkat tangan?. I orang Perak.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.