Chez Professional Lancar Kempen #duitdijari

Usahawan terkenal dalam bidang dandanan dan produk rambut, Chez Hamdan, 36, juga seperti kebanyakan orang yang terkesan saat pandemik COVID-19 menyapa dunia.

Chez Hamdan bersama rangkaian produk penjagaan rambut,  Chez Professional yang ditambah baik ketika majlis Chez Upgraded 22 diadakan 29 Januari lalu

Malah bapa kepada dua cahaya mata ini juga hampir terduduk ketika itu hingga membuat keputusan nekad menutup operasi salun rambutnya di Setapak  yang sudah lebih sedekad berdiri megah sejak dua tahun lalu.

Chez bersama isteri dan dua anaknya

Bahkan lelaki dengan nama penuh, Halimi Hamdan ini juga berdepan naik turun emosi memikirkan masa depan, tanggungan dan apa saja kemungkinan akan berlaku waktu mendatang.

Mujur beberapa tahun sebelum pandemik menjelma dan salun ditutup, Chez tergerak hati menjual produk rangkaian rambut termasuk jenamanya sendiri, Chez Professional yang dikini ditambah baik menerusi Chez Upgraded 22.

Antara rangkaian produk Chez Profesional

Pada awal pandemik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasa, saya guna ruang itu kononnya untuk berehat.  Namun otak penat berfikir apa yang mahu dibuat demi survival.
PKP berlanjutan. Saya sampai satu tahap jadi sesak nafas. Seperti dilanda serangan panik dan kebimbangan. Nak tidur pun fikir aliran duit keluar masuk.
Mampukah duit simpanan bertahan dalam satu jangka waktu tertentu. Salun ditutup pun ada yang cakap saya jatuh bankrup. Sampai rumah penuh ditimbuni dengan kotak barangan penjagaan rambut.
kata Pengarah Urusan Chez Professional itu.

Chez bersama isteri tercinta

Kata suami kepada Sharifah Haziah Akmar ini, keputusan menghentikan operasi salun di era pandemik juga menghamparkan hikmah tersendiri.

Sedih pastinya bersarang ketika salun ditutup. Situasi ini bukan seperti hubungan dengan kekasih sampai jadi bolak balik nak menyelamatkannya. Saya tanya kawan termasuk di kalangan orang Cina, mereka cakap jika sudah terlalu lama berniaga, mungkin sebaiknya cari angin baru.
Pandemik yang datang juga jadi klimaks untuk saya buat keputusan besar. Lepaskan sesuatu yang disayangi (salun) dan pertaruh diri ke bidang perniagaan barangan rambut yang belum pasti hujung pangkalnya bukan perkara mudah.
Tahun 2020 umpama satu 'turning point' dalam hidup dan perniagaan. Mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian
katanya.

Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri Chez yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.

Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.
Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu... tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah... belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa.
Ketika itu, saya ambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran. Hujung bulan pertama pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya.
Majlis pelancaran Chez Upgraded 22 turut dihadiri Norman Hakim dan Josiah Hogan

Tahun lalu menjadi kemuncak untuk memastikan produk jenamanya terus mencipta fenomena.

Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mujur saya tak ada banyak sangat komitmen. Duit kereta pun sudah habis bayar. Bayaran rumah pun masih terkawal dan boleh dibayar.
Isteri juga memainkan peranan penting kerana campur tangannya menggunakan ilmu dan pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi. Dulu duit berniaga dan gaji sendiri macam tak ada beza. Sekarang ia lebih sistematik

Rangkaian produknya dengan tagline 'Your Home Your Saloon' terdiri daripada tujuh produk yang merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut  dengan kualiti seperti di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.

Sekarang kami nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik untuk menjadi agen memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini
Norman dan Memey antara artis yang hadir ke majlis pelancaran

Serentak dengan itu, kempen #duitdijari turut dilancarkan tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk 'dropship'. Malah usaha merekrut ahli agen elite juga berterusan. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/chezprofessionalhq untuk penyertaan dan pertanyaan.

Produk dipasarkan di bawah syarikat Chez Professional Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 November 2020 dan berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja.

Malah tahun ini juga, Chez Hamdan dijangka membuka semula salun rambut di lokasi baru di Shah Alam.


Nota kaki: Moga Chez Hamdan terus sukses membawa jenama Chez Professional agar lebih dikenali bukan sahaja di Malaysia bahkan ke seluruh dunia.
Chez Professional Lancar Kempen #duitdijari Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 30, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. Kawan Bella pun ada yang run saloon. mmg bungkus sebab sewa mahal kan. Then kawan buat sendiri je kedai kecik, at least lagi ok income masuk dgn harga yg berpatutan. Nanti boleh try produk dari Chez Profesional untuk rambut i ni. hehe.

    ReplyDelete
  2. Wahh inspiringnya dengar kisah macam ni. Dari jatuh hingga bangkit semula. Bolehlah nanti nak cuba sendiri. Sambil tu boleh sokong produk keluaran anak tempatan. :)

    ReplyDelete
  3. Good program and good product. I shall check it out. Thank you for sharing this information with me.

    ReplyDelete
  4. Wah! Menarik nih... semangat macam ni lah yang harus kita contohi... walaupun jatuh tetap gagahkan juga diri untuk bangkit semula... terbaik... lagi satu yang saya suka ialah part free dropship tu... insyaAllah, dapatlah ramai peniaga kecil dibantu dalam suasana pandemik ni... #thumbsup #chezterbaik

    ReplyDelete
  5. Waaa bagus ni, produk dia dah le bagus, then buat plak untuk mereka yang nak bisness gak, memang ngam laaa kan.. boleh bantu mereka yang terkesan buat duit di jari..

    ReplyDelete
  6. Congrats to Chez Professional and i like their haircare products too.

    ReplyDelete
  7. Inspirasi baca kisah hidup nya. Bukan mudah nak berjaya. Produk dah bagus, harapnya Chez international sukses maju berjaya dan bantu mereka yang memerlukan jana pendapatan. All the best! Aamiinnn

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.