Kafe May 15 Berkonsepkan Korean Piknik Yang Cukup Unik
Kafe yang baru sahaja dibuka iaitu pada bulan Disember 2021 ini boleh menempatkan sehingga 50 pax untuk satu-satu masa. Menawarkan 2 jenis hidangan iaitu barat dan korea ternyata pilihan yang cukup bijak dalam memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.
Banyak 'port' untuk berOOTD. Ibarat berada didalam satu taman dengan tata rias yang cukup indah. Jika ada temujanji bersama teman ataupun ingin meraikan acara istimewa, anda boleh juga memilih kafe 15 May sebagai lokasi untuk pertemuan dan makan-makan. Memang sangat rekomen!
Kenapa 15 May?
Pastinya melihat kepada keunikkan nama kafe kita pasti akan tertanya-tanya apakah makna disebalik nama 15 May. Untuk pengetahuan semua 15 May merupakan Hari Keluarga Antarabangsa yang telah diisytiharkan oleh Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1993. Tujuannya adalah untuk mengambil kira kepentingan hubungan antara masyarakat antarabangsa dan keluarga mereka. Dengan adanya sambutan pada setiap 15 May secara tidak langsung dapat memberi kesedaran tentang kepentingan keluarga dan juga meningkatkan pengetahuan tentang sosial, ekonomi dan demografi keluarga.
Jadinya pemilihan nama Kafe 15 May ini sememangnya sudah unik. Bahkan di sebalik nama jua memberi pengertian makna yang suka besar ertinya sesuai dengan konsep yang diperkenalkan iaitu tempat makan sekeluarga.
Menawarkan Hidangan Barat dan Korea
Kafe 15 menawarkan kepelbagaian hidangan yang cukup menarik iaitu masakan barat dan korea. Saya sendiri sudah mencuba antara menu yang hebat di sini. Apa yang penting menu yang diperkenalkan dapat memenuhi citarasa dari peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Kimchi Ramen
Kimchi Chicken Fried Rice
Bibimbap Beef
Samyang Spicy Ramen
Suka pedas? Ahah! Samyang Spicy Ramen ada juga di 15 May. Anak-anak remaja memang kalau ke sini pasti akan order hidangan ini. 삼양 매운 라면 먹고싶다 (sam-yang maeun lamyeon meoggosipda) 😛
Tteokbokki
Ada banyak jenis Tteokbokki namun tteokbokki beras yang paling terkenal. Tapi Tteokbokki di May 15 adalah versi moden sebab ianya berwarna kemerahan dan pedas. Paling penting Tteokbokki di May 15 memang sedap!
Pesto Chicken Pasta
Macam hidangan diet sebab ianya penuh dengan sayuran juga ayam bakar yang dihiris nipis. Apa yang unik ayam perap ada sedikit percikan kepedasan sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia.
Mac and Cheese
Sourdough with Pesto Chicken
Apa itu sourdough? Sourdough adalah roti yang mengunnakan ragi alami (ragi secara semulajadi bukan yang segera). Iaitu gabungan tepung, air dan gula. Campuran tersebut kemudian difermentasi selama beberapa hari dalam suhu bilik. Di May 15 ada menawarkan hidangan sourdough ini bersama pesto ayam.
Sourdough with Spicy Korean Beef
Croissants with Smoked Salmon
Antara menu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Isi daging salmon yang segar (fresh) dan tekturnya begitu lembut. Memang sedap apabila kunyah didalam mulut gabungan mantap bersama sos istimewa dikapit pula dengan roti croissant.
Croissants with Spicy Korean Beef
Seperti biasa penggemari hidangan pedas. Sangat rekomen untuk mencuba hidangan ini, Croissants with Spicy Korean Beef. Terutama jika anda tidak mahukan hidangan yang terlalu berat tetapi ingin sesuatu yang mengenyangkan :-)
Sparkling Lychee Rose Soda
Menurut pemilik kafe May 15, walaupun konsep yang cuba dibawakan didalam kafe ini adalah gaya piknik Korea tetapi beliau masih mahu memenuhi citarasa masyarakat setempat. Jadi timbulnya idea memperkenalkan minuman Sparkling Lychee Rose Soda. Minuman dengan haruman rose dengan rasa sparkling lychee yang cukup unik. Minum sejuk-sejuk memberi rasa kesegaran dalam badan.
Yoghurt in Pot
Hidangan sihat. Pencuci mulut yang hebat.
Oreo Cookie Cheesecake in Pot
Banana Milk
I love the topping penuh dengan whipping cream. Gabungan dengan ras apisang dan susu. Wow! Untuk susu ini bukanlah dari kotak tapi 'fresh' dikisar dari dapur May 15.
Tawaran ini sah dari 25 Januari - 28 Febuari 2022
*Promosi ini sah laku untuk tempoh terhad
*Pihak pengurusan mempunyai hak mutlak untuk meminda atau membatalkan promosi apabila mengikut keperluan atau difikirkan sesuai tanpa diberikan sebarang notis awal.
Jom ke kafe 15 May yang terletak di tingkat 1 MyTown Cheras, betul-betul berhadapan dengan Ikea dan juga setentang dengan outlet Muji. Dah ke sana jangan lupa masa pembayaran berikan kod PICNIC15AR untuk 10% diskaun okieee.
먹기 좋은 (meokgi joheun)
Kafe May 15 Berkonsepkan Korean Piknik Yang Cukup Unik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 27, 2022
Rating:
Terliur semua makanan dia.
ReplyDeleteWah. Meriah juga makanan dia ek. Macam bleh singgah nie time window shopping kat MYtown kelak
ReplyDeleteHey... what a lovely cafe. I like concept of this cafe. Ambiance dia pun nampak menarik sgt. nanti nak lepak sinie lah with my girls. Thank you for sharing, Ayu.
ReplyDeleteWah... All menu menyelerakan! Cafe pun cantik banyak port lawa instagramer nsure suka ootd. Lagi menarik ada code discount. Yeayyyy! Thank you awak
ReplyDeleteAritu dah lalu depan kedai ni. Mmg lawaaa tp masa tu mcm takut2 nak masuk. Now dah tau kedai dia camne leh la pi selalu. 🤗
ReplyDeleteWhat a lovely cafe! Love the interior design of it and the dishes looks really appetising!
ReplyDeleteWow nice! i like their cafe concept and decor, the food pun nampak sedap and sihat.
ReplyDeleteTempat anak Sis suka lepak dan makan sini Ayu.. nanti ada je dia hntar kat Mak dia menu dia huhuhu
ReplyDelete