Majlis Menandatangani Memorandum (MoU) Pelan Pemasaran Fareha Holdings Sdn Bhd Bersama Newsfeed Media
Untuk pengetahuan semua, Newsfeed Media merupakan syarikat penjenamaan, pemasaran dan pengiklanan yang telah beroperasi sejak Januari 2020. Diterajui oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia pemasaran, Newsfeed Media dapat membantu usahawan SME dalam menyusun dan menjalankan pelan pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan. Ini terutamanya melalui medium luar talian (offline).
Konsisten, dedikasi dan kreatif antara kunci kejayaan Newsfeed Sdn Bhd. Apatah lagi di musim pandemik syarikat SME memang memerlukan lebih banyak strategi dan perlu aktif berdaya saing. Jadi apabila ada kolaborasi seperti ini sebenarnya sangat membantu terutama syarikat SME untuk bergerak lebih tersusun dalam memasarkan produk mereka di pasaran.
Kerjasama Newsfeed Holdings Sdn Bhd bersama Fareha Holdings Sdn Bhd
Newsfeed Holdings Sdn Bhd mula bekerjasama dengan Fareha Holdings Sdn Bhd bermula daripada bulan Ogos 2020. Sepanjang koloborasi pelbagai pelan dan startegi pemasaran telah dilaksanakan bagi membantu jenama Fareha turut dikenali dan mendapat perhatian dikalangan masyarakat Malaysia amnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Norzira Syarini Mohammed Pauzi;
Pada 2021, Fareha Holding Sdn. Bhd merupakan klien kami dengan jumlah pelaburan tertinggi dalam pemasaran luar talian sebanyak RM2,238, 835.00 dan tahun ini sekali lagi Fareha bersetuju untuk menyambung pemasaran luar talian menerusi medium radio berjumlah RM1.5 juta menjadikan keseluruhan kos pemasaran yang di laburkan bernilai RM3,727,075.00 setakat ini.
Simbolik kepada majlis menandatangani MoU ini, Pengarah yang juga Pengasas Fareha, Nurul Fareha Anuar hadir sama menurunkan tandatangan pada replika cek berjumlah RM3,727,075.00. Dan pada masa yang sama beliau turut diserahkan trofi ‘The Most Outstanding Brand 2021’ dari Newsfeed Media.
Bermula dari pertemuan pertama sejak Ogos 2020, kami merangka dan menyusun pemasaran yang berstrategi agar jenama FAREHA lebih terkedepan dan dikenali.
Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Norzira Syarini Mohammed Pauzi
Nah! Dengar strategi serta pelan pemasaran yang terbaik, Fareha telah membuktikan bahawa produk tempatan dan usahawan SME dengan produk tudung bawal anti kedut berharga RM27 sehelai mampu untuk mencipta jenama ke peringkat luar biasa dan di kenali di seluruh negara bahkan mendapat tempat pertama di hati pencinta tudung bawal.
Beliau berkata,
Kepercayaan dan amanah yang diberikan buat kali kedua sangat besar nilainya, dan turut berbangga dengan pencapaian Fareha Holding Sdn Bhd.
Sementara itu, Pengarah Urusan Newsfeed Media, Mohd Afiq Abu Hasan mengajak usahawan semua untuk menjalankan pemasaran dengan lebih tersusun.
Usahawan yang melabur dengan jumlah yang tinggi untuk pemasaran belum tentu dapat memperkenalkan jenama masing-masing dengan baik dan dikenali, sekiranya tidak di lakukan secara berstrategi.Jelasnya, pemasaran luar talian juga masih relevan, terutama dalam membina kepercayaan masyarakat atau pengguna, meningkatkan kredibiliti dan lebih diyakini kesahihannya berbanding pemasaran secara dalam talian yang boleh di muat naik, di ubah dan di padam pada bila-bila masa.
Kami sangat komited dan sentiasa bersedia untuk membantu usahawan semua dan memberikan pelan pemasaran yang strategik untuk semua.
Majlis santai bertema serba putih ini ini dihadiri seramai 50 jemputan yang terdiri dari pihak Newsfeed Media, pihak Fareha Holding Sdn. Bhd, wakil dari Astro dan juga pihak media.
Majlis Menandatangani Memorandum (MoU) Pelan Pemasaran Fareha Holdings Sdn Bhd Bersama Newsfeed Media
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 18, 2022
Rating:
Lama tak dengar pasal tudung Fareha. Semoga terus sukses. Dalam dunia biz memang perlu marketing agency untk bantu kan
ReplyDeleteThis is the first time I heard of Fareha brand. Looks like a lively event. Thank you for sharing.
ReplyDeleteDaku duk perhati je tudung dia pakai tu haaa.. adeii kita pengumpul Fareeha gak, tp tak semua laa.. tahniah buat team Fareeha
ReplyDeleteCongrats for the team Fareeha. I think I saw their ads somewhere along the highway. Good post on the event.
ReplyDeleteCongratulations to both Newsfeed Holdings Sdn Bhd and Fareha Holdings Sdn Bhd hope your collaboration the best of success.
ReplyDeleteTahniah dgn majlis menandatangani MoU semoga Newsfeed Holdings Sdn Bhd and Fareha Holdings Sdn terus maju
ReplyDelete