Makan-makan di SORU Station Cawangan Shah Alam

Soru Station, restoran yang cukup popular dengan kehebatan kesedapan masakan western. Bukan itu sahaja Soru Station sentiasa menjadi tumpuan disebabkan harga makanan yang ditawarkan cukup berpatutan. Soru Station ada banyak cawangan. Selain daripada Shah Alam, Soru Station juga ada di Bangi, Sungai Besi, Wangsa Maju dan Kota Damansara.

Sekarang ini ada promosi Big Platter bersempena dengan Tahun Baru 2022. Agak berbaloi juga. Sebabnya untuk satu platter ni, portion agak besar juga. Sesuai untuk dinikmati 2-3 orang.

Keadaan didalam kedai memang sentiasa ramai orang. Cuma masing-masing ikut SOP dan duduk satu meja hanya bersama ahli keluarga. Dan saya perhatikan ramai juga yang order menerusi Food Panda dan Grab Food.

Cumanya pada hari yang saya datang bersama keluarga. Ada masalah dengan order yang telah saya lakukan. Bayangkan kami tunggu gak lama lebih kurang 1 jam lebih. Sampai orang duduk di meja sebelah saling bertukar sebabnya mereka order dapat makan dan balik.

Sepanjang menunggu pesanan, 4 kali kami komplen ya. Macam pelik. Itupun selepas 40 minit bila makanan yang diorder masih tak kunjung tiba. Sebabnya di Soru Station kita kena order dan bayar dulu. Jadi kenalah tunggu sampai makanan tiba.

Disebabkan masalah teknikal, supervisor restoran datang sendiri dan minta maaf. Katanya punca ayam habis stok (tak faham juga meja sebelah dapat jer set yang kitaorang order, hahaha). So sebagai tanda minta maaf dia bagi 2 set fries FOC.

Makanlah dengan beria Yara dan Ameer fries tu sebab diaorang dah betul-betul lapar.

Ini adalah Fusion Platter. Memang sedap. Paling suka degan sate dan juga macam acar jalepeno ke apa nama dua. Nasi tu biasa jer ala-ala rasa nasi butter.

Big Platter ni sangat berbaloi. Ada jambing, ayam dan macam-macam lagi. Dan semuanya sedap. Spagheti Bolognese tu sangat sedao. Kat tengah tu ada sup mushroom. Ayam yang ada cheese kat situ sebab dah tak panas.. so cheese tu keras sikit tapi still ok la. 

Dari mula sampai sini tak rasa lapar langsung sebab menunggu lama jadi tersangat lapar. So sekejap jer terus licin, hahahaha.


Total bil. Okla berbaloi kalau datang makan dnegan famili. Cuma ramai yang kata memang makan kat sini kena sabar menunggu. Adakalanya nasib tak baik order memang sampai sangat lambat. Kalau datang dengan member lepak-lepas, should be OK. Tapi dengan anak-anak kena ada/bawa extra food. Risau tunggu lama depa akan cranky nanti :p
Makan-makan di SORU Station Cawangan Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 13, 2022 Rating: 5

3 comments:

  1. nampak sedap tp part menunggu lama tuuu ishh i jenis tak sabar hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... i pun cuma soru ni order and bayat dulu.. ikutkan nak balik jer trs heheh

      Delete
  2. Stkt ni I pergi soru cepat je hntr and mknn murah Dan sedap👍👍👍

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.