Makan-makan di SORU Station Cawangan Shah Alam
Soru Station, restoran yang cukup popular dengan kehebatan kesedapan masakan western. Bukan itu sahaja Soru Station sentiasa menjadi tumpuan disebabkan harga makanan yang ditawarkan cukup berpatutan. Soru Station ada banyak cawangan. Selain daripada Shah Alam, Soru Station juga ada di Bangi, Sungai Besi, Wangsa Maju dan Kota Damansara.
Keadaan didalam kedai memang sentiasa ramai orang. Cuma masing-masing ikut SOP dan duduk satu meja hanya bersama ahli keluarga. Dan saya perhatikan ramai juga yang order menerusi Food Panda dan Grab Food.
Sepanjang menunggu pesanan, 4 kali kami komplen ya. Macam pelik. Itupun selepas 40 minit bila makanan yang diorder masih tak kunjung tiba. Sebabnya di Soru Station kita kena order dan bayar dulu. Jadi kenalah tunggu sampai makanan tiba.
Disebabkan masalah teknikal, supervisor restoran datang sendiri dan minta maaf. Katanya punca ayam habis stok (tak faham juga meja sebelah dapat jer set yang kitaorang order, hahaha). So sebagai tanda minta maaf dia bagi 2 set fries FOC.
Makanlah dengan beria Yara dan Ameer fries tu sebab diaorang dah betul-betul lapar.
Big Platter ni sangat berbaloi. Ada jambing, ayam dan macam-macam lagi. Dan semuanya sedap. Spagheti Bolognese tu sangat sedao. Kat tengah tu ada sup mushroom. Ayam yang ada cheese kat situ sebab dah tak panas.. so cheese tu keras sikit tapi still ok la.
Dari mula sampai sini tak rasa lapar langsung sebab menunggu lama jadi tersangat lapar. So sekejap jer terus licin, hahahaha.
Total bil. Okla berbaloi kalau datang makan dnegan famili. Cuma ramai yang kata memang makan kat sini kena sabar menunggu. Adakalanya nasib tak baik order memang sampai sangat lambat. Kalau datang dengan member lepak-lepas, should be OK. Tapi dengan anak-anak kena ada/bawa extra food. Risau tunggu lama depa akan cranky nanti :p
Makan-makan di SORU Station Cawangan Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 13, 2022
Rating:
nampak sedap tp part menunggu lama tuuu ishh i jenis tak sabar hahahah
ReplyDeleteya... i pun cuma soru ni order and bayat dulu.. ikutkan nak balik jer trs heheh
DeleteStkt ni I pergi soru cepat je hntr and mknn murah Dan sedap👍👍👍
ReplyDelete