Mee Rebus Ramli Kalau Ke Ipoh Jangan Lupa Singgah!

Kalau lalu atau pergi Ipoh memang wajib singgah Mee Rebus Ramli yang terletak di Taman Tasek Jaya. Bertahun ya kedai ini masih wujud dan keenakan rasa mee rebusnya memang tetap konsisten. Sedap dan menepati citarasa. Walaupun banyak lagi tempat yang menawarkan mee rebus yang sedap tapi resepi keluarga Haji Ramli tetap menjadi kegemaran saya.

Inilah mee rebus yang cukup popular di Ipoh. Harga untuk satu mangkuk (pada entri ini ditulis) adalalah RM5.50 sahaja. Cukup segala rasa dengan kepekatan sesuai serta isi kuah yang tidak menghampakan. Dapat telur sebiji lagi untuk dalam setiap mangkuk.

Saya juga ada order nasi ayam. Harga untuk satu pinggan RM6.60. Okla sedap juga tapi bukanlah nasi ayam terpaling sedap saya pernah makan. Laksa di sini sedap juga. Tapi kunjungan kali ini saya tidak order laksa memandangkan waktu makan tengahari jadinya saya gemarkan lagi makanan  seperti nasi dan mee rebus.

Pelbagai jenis minuman ada ditawarkan tapi paling saya suka adalah lai chi kang. Untuk satu mangkuk ini harga yang dikenakan adalah RM3.50. Agak berbaloi sebab macam-macam bahan ada didalamnya. Dan lai chi kang sangat sesuai dinikmati ketika waktu cuaca panas sebab ianya dapat membantu mneyejukkan badan.

Kalau ke Ipoh jangan lupa untuk pekena Mee Rebus Ramli. Google jer pasti jumpa!

Mee Rebus Ramli Kalau Ke Ipoh Jangan Lupa Singgah! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 06, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.