Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang, Kena Cuba Kalau Sampai Butterworth
Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang ini memang cukup popular di Butterworth. Uniknya ianya dijual di bawah pokok ketapang dengan menggunakan kenderaan beroda tiga. Keenakkannya cukup popular sehinggakan pelanggan sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Dan rata-rata pelanggannya adalah dari masyarakat luar dari Butterworth.
Sebenarnya operasi Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang ini adalah bermula dari jam 11 malam. Tetapi rasanya semenjak boleh berniaga selepas PKP, operasinya sudah bermula dari waktu petang lagi. Untuk pengetahuan semua Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang ini juga mempunyai restorannya sendiri iaitu Nasi Kandar Jamal Mohamad yang diusahakan sejak 1988. Restoran ini terletak kira-kira 100 meter dari jarak dari pokok ketapang.
Macam-macam lauk ada. Memang rembang mata nak pilih. Tapi sebenar-benarnya keenakkan nasi kandar ini terletak pada rempah kari yang digunakan. Katanya menggunakan rempah giling. Kelainannya cara campuran rempah menjadikan nasi kandar bawah pokok ketapang ini cukup istimewa.
Macam biasa memang sangat pantas ya! Kalau kita order memang cerpat jer siap dibungkus.
Dedet ni memang hantu kari. Maklumlah orang Penang! (Ayah mertua oran Tanah Liat Penang). Kalau dapat makan kari hari-hari pun takpe. Dan kari dari nasi kandar bawah pokok ketapang ini memanglah antara feveret dedet.
Nak bungkus boleh. Nak makan kat situ pun boleh. Tapi kitaorang bungkus bawa balik. Kebetulan sebab perut masih kenyang makan laksa dan pasembor. Rancang nak datang tengah malam tapi sebab masa lalu tengok kedai dah buku teruslah membeli siap-siap. Kitaorang tapau siap-siap 8 bungkus.
Kalau tanay sedap tak? Saya rasa rasa sedap lebih pada campuran kari kandar. Ayam bawang goreng saya suka lagi dari kedai mamak seksyen 2 shah alam. Begitu juga ayam goreng ada yang lagi sedap dari sini.
Tapi ini paling win! Telur sotong, First time makan. Not bad rasanya. Rasa berbaloi beli dan cuba telur sotong.
Tapi ini paling win! Telur sotong, First time makan. Not bad rasanya. Rasa berbaloi beli dan cuba telur sotong.
Jumlah kena bayar untuk 8 bungkus nasi - 3 nasi kandar ayam goreng + 4 nasi kandar ayam bawang + 1 nasi kandar telur sotong = RM64 (kalau tak silap).
Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang, Kena Cuba Kalau Sampai Butterworth
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 04, 2022
Rating:
PH pernah makan di Nasi Kandar Jamal Mohamad.
ReplyDeleteNak cuba telur sotong, tapi dah habis masa tu.
Anyway, nasi kandar bawang tu nampak sedaplah :)
port saya makan masa saya study belah penang. Nasi kandar ketapang kira first choice belah balik pulau. Tapi, belah pulau saya lebih suka deen maju.
ReplyDeleteWahh nice jugak harga dia ye. 8 bungkus pulak tu. Berbaloi jugak. Nanti nak try jugak la kalau ada rezeki ke sana
ReplyDeleteaishhh sedapnya akak! dah la kita ni hantu nasi kandar. memang plan nak gi penang nanti nak makan nasi kandaq dengan pasembor pastu balik boleh tak gitu hahaha
ReplyDeleteWah sedap nyer semua lauk dam kuah nasi kandar, kalau ke sana mesti nak try lah.
ReplyDeleteweii pernah pergi dulu penang, ramai orang beratur. time tu kalau x rushing balik mmg sanggup beratur merasa nasi kandar kat sini
ReplyDeleteSama ke yg bawah pokok ni dengan yg belakang tu...ad kata lain
ReplyDelete