NSK Grocer Kini Telah Dibuka Di Quill City Mall Kuala Lumpur


NSK Grocer kini telah dibuka secara rasmi di Quill City Mall Kuala Lumpur. Dengan keluasan 85,000 kaki persegi menjadikannya pasaraya runcit yang terbesar dibuka di ibukota. NSK Grocer Quill City Mall memperkenalkan konsep peruncitan moden di pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan rumah dan dapur pada harga y ang cukup berpatutan.


Pelbagai Tawaran Menarik Bersempena Dengan Pembukaan 
Istimewanya bersempena dengan pembukaan rasmi terdapat pelbagai tawaran dan promosi yang cukup menarik. Antaranya seperti untuk 100 pelanggan pertama akan menerima voucher NSK bernilai RM100, pendaftaran sebagai ahli NSK PERCUMA (dapat lagi voucher RM10) dan 1000 pelanggan pertama berpeluang mendapat 1 kotak limau mandarin.

Tapi sebenarnya yang lebih menarik promosi barangan yang dijual (pada 8hb, 9am-10am) pada harga jauh lebih murah. Antaranya seperti Kacang Nyan Yin RM1, Maggi Kari RM1 (1 bungkus yang ada 5 pek), Milo Soft Pack 200gram RM1, Sunquick Orange 840ml RM4.99, beras cap rambutan 1 kg RM1, Lays Stax Oregano RM1 dan pelbagai lagi.

Biskut Roma RM1

Bawang merag 99 sen sekilo :-)

Tapi jangan risau jika korang terlepas untuk promosi Harga Gempak 8hb Januari 2022. Ini kerana terdapat juga promosi Harga Istimewa untuk 3 hari iaitu dari 8hb-10hb dan juga promosi pembukaan 8hb - 16hb 2022.

Pencuci Pakaian RM14.20

Kotak tisu RM1

Luas dan Selesa Mudah Berbelanja
Dengan keluasan yang sangat luas, susunan barangan yang cukup teratur memudahkan pencarian barangan. Di NSK Grocer Quill City Mall menawarkan pelbagai barangan dapur samada kering dan basah/segar, produk keperluan rumah serta barangan yang dijual pada harga borong. Sekaligus memberi peluang untuk peniaga kecil terutamanya mendapatkan bahan-bahan mentah mereka di sini pada harga yang cukup berpatutan serta menjimatkan.

Luas dan selesa. Jika anda datang berbelanja bersama keluarga. Perletakan barangan mudah dicapai dan senang dicari. Memang berbelanja di sini menjimatkan masa :-)

Sempat bergambar dengan maskot kesayangan anak-anak. Heheh.

Barangan Basah Yang Segar-Segar dan Murah!
Port kegemaran ibu-ibu tentulah barangan basah. Saya sendiri teruja melihat pada sayuran hijau hatta yang warna-warni sekalipun. Begitu juga dengan ikan, ayam dan daging semuanya segar umpama belanja di pasar. Hakikatnya kita ke NSK Grocer didalam pusat membeli-belah :-)

p/s: Kredit gambar sayur dan ikan dari Atie yang gorjes!






Gambar bawang dan cili tidak pernah dilupakan.

Antara identiti masakan Malaysia, kena ada percikan rasa pedas. Jadi kita borong cili kering!


Rezeki sebelum balik dapat tebus buah limau 1 kotak. Terima kasih NSK Grocer belum apa-apa dah rasa mood Chinese New Year, hehehe.

Parking memang banyak, restoran dan cafe pun pelbagai pilihan untuk kita datang makan. Jadi nikmat apa yang harus korang dustakan jika dapat berbelanja di NSK Grocer Quill City Mall kannn.

Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 11 malam.

Keterangan lanjut mengenai Quill City Mall boleh layari : www.quillcitymall.com.my
NSK Grocer Kini Telah Dibuka Di Quill City Mall Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 08, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.