Pasar Mini Cherry Mart Menawarkan Pelbagai Produk Halal Dari Pantai Timur

Agak unik apabila kita boleh mendapatkan segala produk halal yang biasanya hanya ditemui di negeri pantai timur di bawah satu bumbung. Ini terutama produk-produk yang digunakan didalam masakan Thai. Dan berita baik untuk semua yang mana produk-produk ini kita boleh dapatkan di pasar mini Cherry Mart.

Pasar mini Cherry Mart adalah dibawah syarikat pemilikan penuh bumiputera dimiliki oleh Amatera Sdn Bhd kini telah membuka cawangan perdananya secara rasmi di Kajang Selangor. Apa yang menarik pelbagai produk masakan, bahan mentah, makanan dan minuman yang ditawarkan pada harga cukup berpatutan. Ini selaras dengan konsep yang diperkenalkan iaitu berbelanja dengan jimat cermat, kita akan terasa nikmat.

Perasmian pembukaan telah dilakukan oleh Ustaz Hanafi, tokoh penceramah agama yang cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia. Turut hadir di majlis yang sama adalah wakil daripada pusat tahfiz dan madrasah serta pengamal media yang dijemput untuk meraikan majlis pembukaan.

Uniknya untuk majlis perasmian di pasar mini Cherry Mart telah diadakan demonstrasi masakan oleh Ustaz Hanafi sendiri. Di mana ustaz telah berbesar hati berkongsi pelbagai tips masakan dan juga diselitkan ceramah agama yang cukup santai menarik.

Ustaz Hanafi menyediakan masakan tomyam menggunakan segala bahan daripada pasar mini Cherry Mart. Memang mudah apatah lagi semua bahan yang diperlukan memang tersedia di sini.

Selesa Berbelanja, Perletakan Barangan Teratur dan Tersusun
Biarpun keluasan pasar mini ini agak terhad. Namun cara penyusunan produk sangat bersistematik, kemas dan teratur.

Sangat mudah untuk saya mencari dan mendapatkan bahan yang diperlukan dengan segera. Bukan itu saja persekitaran didalam kedai juga sangat bersih. Jadi secara tidak langsung mendatangkan rasa seronok ketika berbelanja.


Kepelbagaian Produk Halal Dari Pantai Timur Ditawarkan Pada Harga Berpatutan
Sebagai pengguna yang bijak, kita pasti memilih produk yang terbaik, halal dan ditawarkan pada harga cukup berpatutan. Bonus! Jika kita boleh dapatkan produk yang agak sukar didapati di pasaran. Contohnya barangan masakan dari pantai timur.

Seperti yang kita maklum negeri pantai timur seperti Kelantan cukup sinonim dengan bahan masakan dari negara jiran iaitu Thailand. Masakan seperti tomyam, kerabu maggi thai, pulut mangga, lok ching (sate ikan) dan pelbagai lagi antara yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.

Sememangnya terdapat pelbagai produk yang ada ditawarkan di pasar mini Cherry Mart dan antaranya adalah seperti:

Lok Ching bersama sos.

Maggi Thai :-)

Serbuk cili dan juga isi ikan (boleh dijadikan inti dalam masakan dan juga bahan untuk nasi kerabu).

Air botol klasik.

Sotong kering.

Kepelbagaian sos masakan dari Thai. Rasanya semua hendak diborong.

Kepelbagaian sos dan kicap masakan halal dari Thai.

Budu :-)

Jeruk buah dan jeruk bawnag putih.

Serbuk minuman Thai Tea dan Green Tea

Barangan Runcit Lain Terdapat Di Cherry Mart
Barangan keperluan asas seperti telur, sayuran, rempah dan pelabagi lagi turut boleh didapati di Cherry Mart.

Bawang dan cili kering

Barangan sejuk beku. Ada murtabak Raja juga ya!

Kudapan ringan Cherry Mart

Bahan-bahan basah yang siap dibersihkan dan dimasukkan dalam pek.

Senang untuk pelanggan membuat pemilihan barangan basah yang diperlukan.

Terdapat juga produk daripada pantai barat iaitu Kedah dan Perak. Contohnya jenama iman dari pantai barat.

Mi sanggul dari jenama iman. Buat masa ini produk dari pantai barat masih lagi sedikit tetapi dalam perancangan menawarkan lebih banyak jenama dari  Kedah dan Perak di pasar mini Cherry Mart pada masa akan datang.

Rezeki Dikongsi Lebih Diberkati

Cherry Mart juga memperkenalkan konsep "membeli Sambil Berinfaq". Di mana untuk hari tertentu barangan basah akan diagihkan kepada Madrasah dan Sekolah Tahfiz yang terpilih sebagai sekolah angkat.
Yakin bahawa rezeki perlu dikongsi dengan berpegang teguh pada konsep dalam rezeki kita pastinya akan ada rezeki pada orang lain, Cherry Mart sangat mengalukan sokongan dari masyarakat setempat amnya untuk terus menyokong perniagaan yang diusahakan pada masa yang sama berinfaq, bersilaturrahim bagi memenuhi fardhu kifayah.

Potong, Bungkus dan Hantar
Bagi pelanggan yang membeli daging atau ayam di sini, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan Potong, Bungkus dan Hantar terus ke hadapan pintu rumah.

Namun begitu, buat masa ini penghantaran hanyalah meliputi kawasan Kajang, Cheras, Bandar Baru Bangi, Sepang, Nilai, Cyberjaya dan juga Putrajaya. Pelanggan boleh membuat pembelian samada menerusi laman web www.cherrymart.com.my ataupun hubungi di talian 017-7897787. Pembelian boleh mula dilakukan dari 15 Januari 2022.

Jom Membeli-Belah di Cherry Mart
Seperti kata ustaz, setiap kali menyediakan masakan untuk keluarga kena banyak berdoa dan ikhlas. Berniaga dan membantu meningkatkan ekonomi juga satu pejuangan. Apatah lagi jika di peruncitan yang menawarkan produk-produk halal terbaik pada harga cukup menarik.

Jadi pada merek ayang berdekatan kawasan Kajang jangan lupa untuk singgah di;
Cherry Mart
13-G Jalan Putra 2,
Taman Kajang Putra, 
Kajang Selangor

Cherry Mart juga menyasarkan untuk membuka 10 lagi cawangan baru pada tahun 2022 ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan boleh layari sosial media Cherry Mart:-
Instagram : @cherrymartmalaysia
Facebook Page : Cherry Mart

Jom berbelanja di Cherry Mart,
Jimat cermat pasti terasa nikmat.
Pasar Mini Cherry Mart Menawarkan Pelbagai Produk Halal Dari Pantai Timur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 10, 2022 Rating: 5

11 comments:

  1. Menariknya kedai ni! Wahh kita tak yah g jauh2 dah lepas ni boleh dptkan produk2 negara jiran kat Cherry Mart ni jer la 😁

    ReplyDelete
  2. Eh. Kat Kajang je kaedahnya. Senang la daku nak pergi kelak kan Ayu kan. Menarik plak barangan di dalam kedai nie ye.

    ReplyDelete
  3. Wow... items from the East Coast eh. This is interesting. Thank you for sharing this information. I shall add this supermarket to my bucket list.

    ReplyDelete
  4. Bestnya jumpe usraz Hanafi hehe..btw bagus la Cherrymart ni. Dah banyak skrg kan mart konsep camni which is bantu pasarkan produk tempatan gak

    ReplyDelete
  5. wah first time dengar pasal pasaraya ni. lagi yakin nak membeli lagi best sebab ada barang dari pantai timur! hope nanti ada la buka dekat shah alam kan? lagi senang kite nak shopping hahaa

    ReplyDelete
  6. cutenya nama mart ni. teringin nak pergi sebab nampak dah beberapa barang yang selalu beli dekat gambar tu hahaha

    ReplyDelete
  7. Kedai dia, nampak bersih, kemas betul. Suak la masuk kedai macam ni.Barang pulak yan thailand punya tu pun ada. Eh rasa nak pergi je nanti..hehe.Siap berinfaq, alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Wahhhhh teruja betol lahhhh macam2 ada. Siap ada makanan dr thailand lagi. Uishhhhh maggi thai tu. Erm buat kerabu .. nyummsd

    ReplyDelete
  9. Bestnya ada pasaraya mcm cherry mart ni... Kalau kita pun teruja nk masuk... Byk brgn luar yg halal boleh didapati disini..

    ReplyDelete
  10. Kita suka, kita suka! Senang nya semua ada dalam satu mart. Mudah nak beli. Bagusnya siap ada delivery lagi.
    Moga terus sukses Cherry Mart!

    ReplyDelete
  11. Bagus juga ada mini mart macam ni, baru lah senang nak cari barang halal esp those from Pantai Timur

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.