SEMARAKKAN TAHUN BARU LUNAR BERSAMA TERSAYANG DI HABIB, DENGAN KOLEKSI YANG MEMBAWA TUAH
Tahun Baru Lunar yang juga dikenali sebagai perayaan musim bunga merupakan antara perayaan utama masyarakat Cina di Malaysia dan disambut dengan penuh meriah bagi menandakan kemuculan tahun baru. Sebagai sebuah jenama barangan kemas tempatan, HABIB tidak ketinggalan untuk turut bersama-sama meraikan perayaan ini bagi menghargai para pelanggan khususnya buat mereka yang meraikan sambutan istimewa ini.
Bagi meraikan Tahun Baru Lunar kali ini, HABIB bawakan tema ‘Ignite The Spark’ dengan menampilkan pelbagai seleksi barangan kemas baharu dengan rekaan unik dan warna-warna yang meriah. Apabila menjelang tahun baru, ianya sudah menjadi tradisi setiap keluarga untuk mengemas serta menghias rumah dengan pelbagai hiasan yang membawa kebahagiaan, keuntungan serta ketenangan. Antara perhiasan rumah yang tidak pernah dilupakan semasa perayaan ini adalah tanglung. Sehubungan dengan itu, HABIB tampil dengan rekaan yang diinspirasikan daripada tanglung, diperbuat daripada emas Oro Italia 916® dan didatangkan dalam warna-warna menguntungkan seperti merah, emas, merah jambu dan hijau. Rekaan ini juga dihiasi dengan juraian-juraian sebagai simbol yang membawa tuah dan kemakmuran. Boleh didapati dalam emas 916 dan 750, koleksi ini sangat sesuai digayakan dengan pakaian serba baharu untuk melengkapkan penampilan pada hari perayaan istimewa ini.
Selain itu, setiap perayaan pasti tidak lengkap tanpa percikan bunga api. Ramai yang sanggup menunggu tepat jam 12:00 tengah malam bagi menyaksikan keindahan percikan bunga api yang mewarnai langit di samping yang tersayang untuk sama-sama meraikan perayaan istimewa. Begitu juga pakaian serba baru yang digayakan pada hari perayaan, pasti tidak lengkap tanpa barangan kemas yang menyerlah. Sempena Tahun Baru Lunar, HABIB tampilkan koleksi berlian yang diilhamkan daripada bunga api, yang membawa erti kebahagian dan keberkatan kepada si pemakai menurut kepercayaan kaum Cina. Setiap barangan kemas ini dibuat dengan penuh teliti, bagi menghasilkan percikan bunga api yang sempurna, dihiasi berlian dan batu permata delima. Koleksi bunga api ini boleh didapati dalam bentuk set, untuk menyerlahkan penampilan sewaktu acara makan besar dan berkumpul bersama keluarga bagi meraikan kedatangan tahun baru.
Semarakkan Tahun Baru Lunar dengan keluarga tersayang bersama HABIB. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai seleksi barangan kemas yang berkualiti seperti Koleksi Oro Italia 916® serta koleksi berlian dan baru permata yang memukau dan berlian bersijil. Bukan itu sahaja, buat mereka yang sedang berjinak-jinak dengan pelaburan emas, HABIB turut menawarkan pelbagai aset emas untuk pelaburan seperti jongkong emas bermula dari 1 gram sehingga 1 kilogram, syiling wafer emas 999 dan not emas. Dapatkan segera di seluruh bilik pameran HABIB sepanjang kempen berlangsung dari kini sehingga 6 Februari 2022.
Menurut kalendar Lunar, tahun 2022 merupakan tahun ‘Sang Harimau’ dan karakter ini sering dikaitkan dengan keberanian, sikap berdaya saing, yakin dan bercita-cita tinggi. Bersempena tahun baru ini, HABIB menampilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad diinspirasikan daripada ‘Harimau’, digabungkan dengan warna-warna tuah seperti merah dan emas. HABIB juga mengeluarkan syiling wafer emas 999 istimewa Disney X HABIB Winnie The Pooh: Edisi Tahun Baru Cina yang menampilkan dua rekaan unik Winnie dan Tigger dari kartun animasi tersebut. Secara tradisi, memberi sampul duit ‘ang pao’ kepada keluarga dan rakan-rakan adalah sebagai tanda keberkatan untuk memulakan tahun baru, yang telah dipraktikkan sejak bertahun dahulu. Pada zaman moden ini, wafer emas boleh dijadikan alternatif untuk berkongsi keberkatan bersama yang tersayang.
Syiling Wafer Emas 999 Edisi Terhad, diinspirasikan daripada Harimau dan
Koleksi Disney X HABIB Winnie The Pooh Edisi Tahun Baru Cina
Rekaan Tanglung daripada emas Oro Italia 916® yang didatangkan dalam warna-warna tuah seperti merah, emas, merah jambu dan hija
Diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian dan dihiasi batu permata delima, set ini diilhamkan daripada bunga api, bagi menyempurnakan kemeriahan tahun baru
SEMARAKKAN TAHUN BARU LUNAR BERSAMA TERSAYANG DI HABIB, DENGAN KOLEKSI YANG MEMBAWA TUAH
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 15, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...