UIAM Memperkenalkan Aplikasi E-Skrol Ke 2 Menggunakan Teknologi Blockchain


Aplikasi E-Skrol yang ke-2 telah dibangunkan dan diperkenalkan oleh UIAM bukan sahaja dapat membantu menangani masalah pemalsuan skrol yang berleluasa bahkan sistem yang dibangunkan berasaskan teknologi blockchain ini juga akan memudahkan pengesahan skrol graduan UIAM yang berada di dalam dan luar negara.

Menggunakan teknologi blockchain platform ini dapat menyimpan, mengesah dan memaparkan maklumat ijazah yang boleh dicapai melalui aplikasi web di seluruh negara  dengan lebih pantas, telus tanpa sebarang gangguan. Berbanding jika sebelum ini pengesahan skrol graduan hanya dapat dilakukan secara manual.

Pelancaran E-Skrol Ke 2
Aplikasi yang telah dibangunkan oleh IIUM Advanced Technologies Sdn Bhd (IAT) salah sebuah anak syarikat UIAM (pakar dalam pembangunan teknologi) ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

Untuk pengetahuan semua E-Skrol pertama telah diperkenalkan pada September 2019. Ianya bermula pada November 2018 di mana ketika itu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menubuhkan sebuah konsortium yang terdiri daripada universiti-universiti awam yang diketuai oleh UIA melalui IAT bagi bekerjasama bagi membangunkan perisian blok rantai NEM.

Namun untuk pembangunan aplikasi yang ke-2 ini terdapat banyak penambahbaikan  yang telah dilakukan dan ianya berbeza dengan aplikasi pertama yang diperkenalkan dahulu. Untuk E-Skrol pertama ianya dibangunkan oleh IAT menggunakan blok rantaian Enthereum.


Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi menyatakan;
Inisiatif E-Skrol ini juga adalah selari dengan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (Rangka Kerja 10-10 MySTIE) di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN). Rangka Kerja 10-10 MySTIE ini akan memanfaatkan kekuatan 10 Pemacu Sains dan Teknologi utama dalam memperkasakan 10 Pemacu Sosioekonomi utama di Malaysia di mana blockchain merupakan salah satu Pemacu Sains dan Teknologi yang utama.

Dijayakan Dengan Bantuan Geran Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS)
Projek pembangunan E-Skrol ini telah dijayakan dengan bantuan geran Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS). Inisiatif NTIS adalah salah satu cara mempercepatkan peluang pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan teknologi disruptif seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, teknologi dron, teknologi sensor dan infrastruktur 5G dalam misi menyelesaikan permasalahan negara. 

Ini termasuklah permasalahan nasional yang meliputi kebergantungan terhadap buruh asing, risiko sekuriti makanan (food security risk), penjagaan kesihatan serta ketidaksamaan capaian internet dan liputan infrastruktur digital (digital divide). Menerusi NTIS, syarikat-syarikat pemula, pembangun teknologi, para penyelidik dan inovator dapat melaksanakan projek-projek inovasi dalam persekitaran sandbox yang selamat dan terkawal.

Turut hadir ke majlis pelancaran Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, dan Encik Khalek Awang Pengerusi Bahagian Infrastruktur & Servis, IIUM Holdings.

Pengenalan E-Skrol Ke-2 Ke Universiti Awam dan Swasta di Seluruh Negara 
E-Skrol Ke 2 ini akan dipasarkan ke universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membolehkan graduan-graduan mereka dapat mencapai maklumat ijazah dengan pantas dan efisien. Untuk perancangan masa hadapan, aplikasi ini dirancang akan diperluaskan lagi bagi pengesahan akreditasi sijil Diploma, SPM, STPM dan Tahfiz ke seluruh negara. Di samping itu sistem E-Skrol ini dibangunkan di platform Hyperledger dengan ditambah pelbagai fungsi seperti paparan transkrip akademik, pentauliahan mikro (microcredential) dan tokenisasi.

Pemberian cenderamata kepada ang Berbahagia Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

Selain daripada itu aplikasi ini dijangkakan akan menjadi aplikasi yang mampu berkomunikasi dengan pelbagai jenis platform rantaian blok. Ini bagi mencapai matlamat untuk bergerak ke arah platform blok rantaian bersekutu (Federated Blockchain).

Rentetan dengan pengenalan aplikasi E-Skrol ke 2 ini secara tidak langsung menyokong visi Malaysia untuk menjadi negara High Tech Nation menjelang tahun 2030. Moga Malaysia boleh bergerak sebagai pemain utama dalam bidang berteknologi terkehadapan agar tidak ketinggalan dalam trend teknologi semasa.

Syabas UIAM atas pelancaran E-Skrol 2!
UIAM Memperkenalkan Aplikasi E-Skrol Ke 2 Menggunakan Teknologi Blockchain Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 12, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. Sekarang ni mana2 pun ada pemalsuan ni. Nak senang kan. Kita punyalah belajar beriya. Tahniah!!! Usaha yang bagus. Takde siapa boleh menipu lagi....

    ReplyDelete
  2. Tahniah UIAM. Kes pemalsuan sijil ini memang sangat kritikal ye. Moga dapat diperkembangkan ke semua uni di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Wahhh baguslah UIAM sbb sangat advance dari segi penggunaan teknologi arus perdana. Walaupun sy masih lagi samar2 mengenai blockchain tp sy dpt rasakan features nie satu hari nanti akan digunapakai lebih banyak uni2 lain

    ReplyDelete
  4. Ada juga rupanya pemalsuan sijil uni ye. Baguslah macm ni siap boleh pastikan sijil asli.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.