Yayasan Taqwa MAIWP Menaja Pembiayaan Pendidikan RM148,000 Untuk Dua Program Di Bawah Pengendalian IIUM Education Division, IIUM Holdings Sdn Bhd

Baru-baru ini telah diadakan satu Majlis Apresiasi pengumuman tajaan pembiayaan pendidikan oleh Yayasan Taqwa MAIWP untuk disalurkan bagi dua program pendidikan di bawah pengendalian IIUM Education Division, IIUM Holdings Sdn. Bhd.

Dua program tersebut adalah :-
  • Tajaan pembiayaan pendidikan kepada pelajar antarabangsa Kolej Islam Antarabangsa (IIC)
  • Program Hebat Baca Bahasa
Tajaan Pembiayaan Pendidikan
Untuk tajaan pembiayaan pendidikan adalah kepada pelajar antarabangsa Kolej Islam Antarabangsa (IIC) yang beragama Islam, tidak berkemampuan serta mengalami masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Seramai 24 orang pelajar Myanmar yang mengikut Diploma Teknologi Maklumat di IIC terpilih untuk menerima bantuan ini. Pelajar yang terpilih ini didapati mempunyai maslaah kewangan yang serius disebabkan oleh kesan pergolakan politik  dan ekonomi yang berlaku di negara mereka.

Program Hebat Baca Bahasa
Program yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun yang mempunyai masalah membaca dan mereka ini adalah anak daripada keluarga asnaf serta B40. Program 10 bulan ini telah bermula pada September 2021 melibatkan 12 keluarga yang terpilih. 

Untuk keluarga yang terpilih ini diberikan dengan 'Kotak Kegembiraan' setiap satu rumah. Di mana didalam kotak ini didatangkan bersama komputer, set meja belajar, alat tulis dan buku. Program yang memperuntukkan sebanyak RM100,000 ini merangkumi juga keperluan infrastruktur jaringan internet. Sekaligus dengan sokongan program ini bukan sahaja dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif bahkan dapat memotivasikan anak-anak untuk lebih tekun serta lebih bersemangat untuk kembali ke sekolah.
Sepertimana didalam ucapan Encik Khair Ngadiron selaku Pengerusi IIUM Education;

Sumbangan ini dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan  untuk belajar dan mengikuti kelas membaca secara atas talian serta memastikan mereka dapat meneruskan proses pembelajaran denagn sempuran walaupun negara sedang berhadapan dengan isu kesihatan global dan kemelut ekonomi yang meruncing.

Tambahnya lagi,
IIC juga bakal memeterai kerjasama strategik dengan International Intellectual College of Myanmar bagi memastikan pembangunan ummah terutama dalam bidang Teknologi Maklumat berkembang di serata dunia. Inisiatif-inisiatif ini turut membantu IIUM Education untuk mengorak langkah ke hadapan menjadi rangkaian institusi pendidikan yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia sebagai Syarikat Tersenarai Awam (PLC) yang mempamerkan standard tadbir urus korporat yang akan menjadi teladan kepada intitusi pendidikan yang lain.

Di majlis yang sama turut dihadiri Dato' Haji Razali Haji Shahabudin yang merupakan Pengerusi Yayasan Taqwa, MAIWP.

Didalam ucapannya beliau mengharapkan agar pembiayaan ini dapat disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpati dan boleh membantu meringgankan beban mereka dalam mengejar ilmu demi memperolehi kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.


Sebagai tanda simbolik penajaan, satu cek replika sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg, Dato' Haji Razali bin Haji Shahabudin selaku Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP kepada wakil IIUM Holdings Sdn Bhd iaitu Encik Mohd Khair bin Ngadiron selaku Pengerusi IIUM Education.

Moga melalui program yang telah diusahakan ini dapat membantu mereka yang memerlukan terutama dalam bidang pendidikan. Ini kerana dengan pendidikan kita boleh sama-sama lakukan perubahan dalam melahirkan generasi yang berilmu.

Yayasan Taqwa MAIWP Menaja Pembiayaan Pendidikan RM148,000 Untuk Dua Program Di Bawah Pengendalian IIUM Education Division, IIUM Holdings Sdn Bhd Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 09, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Bagus usaha ni. Mereka yang tak berkemampuan pun boleh teruskan pembelajaran mereka.

    ReplyDelete
  2. Satu program yang bagus dapat membantu perkembangan kanak-kanak terutama dalam golongan B40 ni... Harap lebih banyak syarikat koporate akan buat kerja amal macam ni...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bagus ada program sebegini kan.. Tentunya memudahkan bg golongan2 yg kurang berkemampuan dlm bdg pendidikan terutamanya..

    ReplyDelete
  4. Bagus bantu mereka yang takberkemampuan. Alhamdulillah, program macam ni bantu mereka yang ingin teruskan belajar.

    ReplyDelete
  5. i love the idea behind Program Hebat Baca Bahasa. so happy for the 12 families benefiting from this!

    ReplyDelete
  6. Wahhh good initiative ni, hebat juga Kotak Kegembiraan ni.. hopefully betul2 manfaatkan program macam ni and more needy dapat bantuan!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.