8 Menu Menarik Telah Saya Cuba di Kenny Hills Bakers Bukit Tunku Kuala Lumpur

8 Menu Menarik Telah Saya Cuba di Kenny Hills Bakers Bukit Tunku Kuala Lumpur- Pertama kali datang sini, boleh sesat, hahaha. Ini adalah pertama kali saya ke Kenny Hills Bakers yang terletak di Bukit Tunku Kuala Lumpur. Kafe yang sentiasa menjadi tarikan samada pengunjung luar mahupun penduduk tempatan.

Parking agak sukar juga memandangkan kawasan parkir yang disediakan memang agak terhad, Bergantung kepada waktu dan hari kunjungan.

Peach Strudel | RM18

Antara tarikan di Kenny Hills Bakers adalah Peach Strudel. Antara hidangan signature yang kena cuba kalau datang ke sini. Untuk satu hidangan ini harganya RM18.

Paling sedap dia punya whipped cream - manis just nice. Tapi untuk pastrinya macam terlebih garing. So sebab bila dah sejuk macam keras sikit. Tapi overall is ok. Dengan buah pic pun agak mewah juga. Kalau datang lagi ke sini, menu ini pasti akan dimasukkan dalam senarai.


The KHB Beef Burger | RM40

Daging burger bsear, padu dan berjus. Kira mantaplah untuk satu set hidangan pada harga RM40. Kentang gornag pun banyak dan panas-panas. Side dish lain seperti salad pun sedap. Memang kenyang untuk seorang makan. Kalau kongsi tak puas rasanya. Hehehe.

Crispy Fried Chicken Burger | RM33

Didalam ada seketul ayam goreng ranggup (besar juga saiznya). Seperti biasa ada kentang goreng dan salad sebagai side dish. Sedap dan pua shati makan. Btw, sos didalam burger pun sudah menjadikan set hidangan ini cukup mewah dengan rasa.


Chef's Salad of The Day | RM30

I love this salad so much. Ada ayam bakar kat tepi tu and guess what portion ayam banyak giler. Kalau korang jenis diet ringan-ringan bolehlah cuba menu ni. Selain daripada pelbagai jenis salad, sosnya juga sangat memainkan peranan menjadikan satu mangkuk salad ini biasa-biasa kepada luar biasa.


Smoked Salmon Sourdough Pizza, 8' | RM30

The best about sourdough, ianya tidak menggunakan pengawet. Bahan asas adalah tepung garam, gula dan air. Memang sedap kalau tahu teknik membuatnya. Ternyata sourdough pizza di Kenny Hills Bakers tidak mengecewakan. Dan untuk smoked salmon sourdough pizza ini memang sangat sedap. Walaupun tidak mempertaruhkan konsep 'chessy' tapi taburan keju diatasnya memang sudah tepat dengan rasanya.


Beef Pepperoni Sourdough Pizza, 8' | RM28

Menu yang memang anak-anak sangat menggemarinya. Dan saya dapat rasakan pizza ini bukan dibakar cara biasa. Mungkin dibakar atas dapur arang, hahahah. Sebab roti pizzanya memang lembut dan berongga.
Soft Shell Chili Crab Pasta | RM38

Ini memang sedap! Soft crab agak besar dan lembut.Juga ada percikan rasa pedas sikit. Saya suka dengan kelainan yang dipersembahkan terutamanya bila ada hirisan bunga kantan.


Soup of the day | RM18

Untuk sup ini rasanya manis-manis berlemak sedikit. Ada isi macam kepah didalamnya. Makan panas-panas bersama roti bakar. Jujurnya saya rasa sup ini biasa sahaja. Tapi kalau memang suka sup pekat macam ini bolehlah order. 


Harga minuman rata-ratanya memang RM10 ke atas. Rata-rata pelanggan memang akan order plain water yang datang satu botol kaca. Sebab kita datang untuk makanankan bukannya minuman, hiks.

Untuk outlet Kenny Hills Bakers di Bukit Tunku kawasannya memang cantik. Persekitaran di restoran pun best. Memang boleh dijadikan port ootd.

Cuma memang pelanggan yang datang tidak putus-putus dan agak ramai. Jadinya memang kena menunggu. Dari segi rasa memang terbaik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan (walaupun ada orang kata mahal tapi bagi saya worth it).

Pengalaman yang best menikmati hidangan di sini. Kalau ada rezeki dan peluang boleh datang kembali dan cuba menu yang lain pula :-)

8 Menu Menarik Telah Saya Cuba di Kenny Hills Bakers Bukit Tunku Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 07, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Kat Kenny Hills ni hidangan yang I teringin nak cuba macam you tu...peach strudel. Nampak hidangan dia tak boring sebab berwarna-warni. Errr I pun sama lah 1 jug air jugak I order. Haha.

    ReplyDelete
  2. I been to Kenny Hills Bakers before, their foods are truly amazing, you made me craving for the chef's salad & soft shell crab pasta , yum yum
    Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Tempat menarik, makanan kira so2 je la erk.. Harag bolehbtahan rm10 ke atas tu.. Huhuhu.. Tapi deseert ru nampak sedap.. Hehehe.. Not bad smeua maknan ada

    ReplyDelete
  4. selalu sangat dengar orang dok share pasal kenny hills bakers ni, tapi belum kesampaian nak cuba, kena try gak ni

    ReplyDelete
  5. Haritu masa balik KL memang anak ada ajak pergi ke Kenny Hills Baker ni. Nak try katanya. Tengok suasana macam interesting juga tu. Agak cozy and convenient. Menu yang paling Tini nak cuba adalah Smoked Salmon Sourdough Pizza, nampak menyelerakan salmonnya tu.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk cadangan pasal Kenny Hills Bakers ni..nampak menarik, nak cuba juga kafe ni..

    ReplyDelete
  7. The chef salad and pizza memang ok and i selalu order juga, nak cepat dapat seat kena pergi awal pagi.

    ReplyDelete
  8. mmg sedap peach strudel tu..kalau lambat sold out

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.