AEON, YAYASAN AEON MALAYSIA DAN 8TV BERKOLABORASI UNTUK BERKONGSI KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN ORANG KELAINAN UPAYA DAN WARGA EMAS
AEON CO. (M) BHD. (AEON) dan cabang tanggungjawab korporatnya, Yayasan AEON Malaysia bersama dengan 8TV melancarkan jualan amal dalam talian bertujuan untuk berkongsi kemeriahan
sambutan Tahun Baharu Cina dengan orang kelainan upaya dan warga emas.
Encik Tsutomu Motomura, Timbalan Pengarah Urusan AEON yang menyampaikan sumbangan berkata,
sambutan Tahun Baharu Cina dengan orang kelainan upaya dan warga emas.
Jualan amal dalam talian AEON yang dihoskan oleh deejay selebriti, KK Wong serta disokong oleh 8TV untuk publisiti dan promosi, telah berjaya mengumpul RM25,778.00. Untuk RM20,000.00 pertama hasil daripada jualan amal tersebut, Yayasan AEON Malaysia telah padankan ringgit untuk ringgit yang menjadikan jumlah keseluruhan RM45,778.00.
Dana yang dikumpul tersebut digunakan bagi membeli barangan keperluan untuk dua buah rumah iaitu, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & OKU Mesra di Petaling Jaya, Selangor dan Rumah Orang Tua Seri Kembangan di Seri Kembangan, Selangor.
Pada 17 Januari 2022, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan OKU Mesra di Petaling Jaya, Selangor menerima sumbangan bahagian pertama yang terdiri daripada barangan keperluan harian dan rawatan serta perabot rumah. 45 orang penghuni rumah itu terhibur dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada selebriti 8TV iaitu Ching Yee, Ash Lu, Jan Chin, Chun Pin, Chin Chuan, Ghim Chin,
Xiang Yee, Alice Yeak dan Charlotte Seow. Mereka juga turut menerima paket ang pow.
Xiang Yee, Alice Yeak dan Charlotte Seow. Mereka juga turut menerima paket ang pow.
Encik Tsutomu Motomura, Timbalan Pengarah Urusan AEON yang menyampaikan sumbangan berkata,
Kesungguhan dan keazaman yang tinggi daripada Team 8TV, AEON Warriors dan rakan-rakan AEON, dengan sokongan daripada Yayasan AEON Malaysia dan para pelanggan, projek ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kami sangat berterima kasih kepada para pelanggan AEON yang menyokong penuh projek amal ini menerusi pembelian dalam talian. Ianya adalah sebahagian daripada kemampanan sosial yang dilakukan atas dasar keprihatinan terhadap komuniti, bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan dalam menyambut Tahun Baharu Cina.
Semoga Tahun Harimau membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk kita semua. Semasa meraikan kedatangannya, sila terus patuhi SOP.
Tambah Motomura.
Pada 27 Januari 2022, Rumah Orang Tua Seri Kembangan di Seri Kembangan, Selangor turut menerima sumbangan bahagian pertama yang terdiri daripada barangan keperluan harian dan kesihatan. 20 orang penghuni rumah itu teruja apabila dihidangkan dengan bubur istimewa yang disediakan oleh AEON Delicatessen dan seterusnya menerima paket ang pow mereka.
Menurut Datin Noryahwati Mohd Noh, Presiden Yayasan AEON Malaysia yang menyampaikan sumbangan,
Kami bersyukur kerana dapat berkongsi kegembiraan sambutan Tahun Baharu Cina bersama kawan-kawan kami di Rumah Orang Tua Seri Kembangan. Kami berharap hasil daripada kolaborasi inisiatif sosial yang kami kongsikan akan dapat membantu mengurangkan kos operasi rumah ini.
Yayasan AEON Malaysia telah ditubuhkan pada 2004 dan telah menyumbang lebih RM15 juta dalam pelaksanaan pelbagai program kemasyarakatan. Yayasan itu berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.
tambah Datin Noryahwati.
Inisiatif yang dilaksanakan adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG16: Keamanan dan Keadilan, Institusi yang Teguh) yang menumpukan ke arah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang
berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.
berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.
AEON, YAYASAN AEON MALAYSIA DAN 8TV BERKOLABORASI UNTUK BERKONGSI KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN ORANG KELAINAN UPAYA DAN WARGA EMAS
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 01, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...