Dua Siri Dokumentari Best Di Netflix : Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer Dan The Tinder Swindler
Dua drama rantaian siri dokumetari di Netflix yang memang saya sangat syorkan untuk anda menontonnya. Sangat berbaloi marathon menonton memandangkan ianya berkisarkan kisah benar. Keduanya adalah kisah penipuan, kaedah yang berlainan begitu juga modus operasinya adalah tidak sama.
Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer (2019)
Untuk Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer merupakan dokumentari jenayah sebenar yang berlaku pada tahun 2019. Ianya tentang pemburuan seorang lelaki misteri di atas talian. Dokumentari ini diarahkan oleh Mark Lewis dan telah ditayangkan di Netflix pada 18 Disember 2019.
Apa yang menarik ianya bermula dengan video viral pembunuhan anak kucing secara kejam diatas talian. Menyebabkan satu kumpulan netizen telah diwujudkan di FB untuk mencari pelaku ini. Atas kecekapan dan tanpa putus asa mereka dapat menjejaki pelaku. Dan bukan itu sahaja pelaku juga sebenarnya mempunyai misi lain iaitu membunuh manusia.
Pelaku tersebut adalah pelakon lucah dari Kanada, Luka Magnotta seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi model dan pelakon. Namun beliau gagal. Mengambil inspirasi dari jalan cerita dan watak didalam filem kegemarannya Basic Instinct beliau telah membunuh pelajar antarabangsa China iaitu mendiang Jun Lin.
Agak tegang juga apabila Luka ini sentiasa dapat meloloskan diri dan apabila ditangkap polis dan pendakwaraya sendiri tidak dapat membuktikan kesalahannya. Sehinggalah netizen mencari balik bukti lain bagi menunjukkan beliau adalah pelaku psiko yang inginkan perhatian dunia. Siri ini adalah salah satu daripada 5 dokumentari teratas Netflix yang paling banyak ditonton sejak tahun 2019.
The Tinder Swindler (2022)
Diarahkan oleh Felicity Morris, penerbit dokumentari popular Netflix Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer. The Tinder Swindler mengisahkan satu kisah benar seorang lelaki yang secara rutin mencuri ratusan ribu dolar daripada wanita yang beliau ditemui di Tinder.
Bagaimana caranya? Ahah! Melalui skim Ponzi di mana beliau meyakinkan wanita yang beliau adalah seorang lelaki elit, kaya dan melakukan modus operandinya dengan berpura-pura menghadapi masalah, meminta untuk meminjam wang dan kemudian menggunakan wang itu untuk meyakinkan wanita lain pula yang beliau jumpa tentang kekayaan yang dimiliki.
Nama sebenar Tinder Swindler ialah Shimon Yehuda Hayut, namun begitu beliau kerap menggunakan nama Simon Leviev. Beliau adalah seorang lelaki Israel berusia 31 tahun dari Bnei Brak, Israel. Menggunakan platform Tinder beliau akan mencari gadis-gadis yang ingin mengenalinya. Beliau akan menunjukkan kekayaannya yang dikatakan mencecah ratusan ribu dolar dengan berpura-pura menjadi bilionair antarabangsa sebagai anak jutawan Rusia-Israel mogul berlian, Lev Leviev. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan sebenar, Hayut tidak mempunyai kaitan dengan keluarga Leviev. Dianggarkan dia telah menipu hampir $10 juta daripada pelbagai mangsa di seluruh dunia.
Beliau akan menggunakan skrip yang sama didalam whatsapps, gambar sama iaitu body guards yang kena dipukul dan sebagainya. Namun atas keberanian 2 orang gadis yang pernah ditiipu dan terpaksa berhutang berpuluh-puluh ribu dengan memberi cerita mereka kepada wartawan. Menyebabkan kegiatan Simon Leviev ini terbongkar.
Menonton siri ini memang kita akan rasa begitu marah dan berang dengan "Penipu Tinder" ini dan kita akan rasa lebih rasa geram apabila melihat kehidupannya sekarang ini sebagai lelaki bebas (free man) di Israel. Hanya dipenjarakan 5 bulan sahaja. WTF!
Kedua siri dokumetari ini memang best dan masih ditayangkan di Netflix (sehingga pada tarikh artikel ini dipaparkan).
Dua Siri Dokumentari Best Di Netflix : Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer Dan The Tinder Swindler
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 08, 2022
Rating:
Bagus kan cerita macam ni. Diantara genre yang saya suka. Kes-kes sebenar yang boleh dijadikan taulan. Bijak otak mereka menipu dan melepaskan diri. Tapi, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
ReplyDeleteSebagai mak kucing, sis mesti kena tgk movie ni. Kucing kalao ngamuk habissss. Hahahah. Malam ni jugak kita cari kat Netflix
ReplyDeletekite baru tengok yang tinder tu semalam emo gak sebab lelaki tu play victim sanggup gunakan org lain utk kepentingan diri. dlm masa yang sama dia tunjuk gk polis mcm tak amik port realiti mcm lebih kurang dlm malaysia iaitu kes kita smpai skrg xde penyelesaian walaupun dh bnyk buat report
ReplyDeleteyang tinder tu ada tengok skit haritu, best gak sebab real story kan. yang cat tu macam best nanti nak tengok
ReplyDeleteKte baru tgk tinder swindler tu. Omg emo ye..sakit hati ko berjoli guna duit org, org lak menanggung hutang sampai mati. Paling sakit ati sbb end up dia bebas je berjoli lagi. Huh
ReplyDeleteAduii cite kucing tu macam tak sanggup nak tengokk.. Emo plak kang.. nanti cuba gak lerr nengok dah semua kata best ni adeiii...
ReplyDeletei just watched tinder swindler yesterday. omg it's horrifying to see what people are capable of doing
ReplyDeletebaru jugak tgok tinder swindler, x sangka ada org yg mcm ni.
ReplyDeletedkt netflix mmg banyak dokumentari best. selain mencari hiburan, boleh tambah ilmu jugak :)
Both series pun i suka, kebetulan ada masa so i started with tinder swindler first.
ReplyDelete