Entri Santai : Membuat Rawatan Rambut di Organic Hair Care
Entri Santai : Membuat Rawatan Rambut di Organic Hair Care- Sebenarnya saya jarang sangat pergi buat rawatan rambut. Alasannya, pakai hijab so macam rasa perlu ke beria sampai ke saloon jaga rambut? Heppp! Konsep tu salah sebenarnya. Mereka yang berhijab ini sebenarnya lagi perlu menjaga rambut.
Sebab apa? Ini kerana rambut kita memang sentiasa tertutup, kadang-kala kita lupa sejurus selepas mandi sebelum berhijab kena pastikan rambut benar-benar kering. Tidaklah bau kepam dan rambut menjadi bercabang.
Ini terutama buat mereka yang mempunyai masalah rambut seperti keguguran yang teruk (sehingga boleh kelihatan botak untuk kawasan tertentu), masalah kelumumur, tanam rambut dan pelbagai lagi.
Saya ke Organic Hair Care di ss2 Petaling Jaya. Sebab slot saya pagi jadi nak dapat parking agak mudah sedikit. Kebetulan ketika saya sampai masih tiada pelanggan jadi memang rasa selesa bila hanya kita dan juru dandan di situ. Tempatnya pun besar, luas dan selesa.
Apa yang saya suka tentang rawatan di Organic Hair Care ini ialah ianya menggunakan teknologi terkini. Jadinya kita dengan jelas nampak masalah yang dihadapi. Contohnya seperti rambut Amani yang memang ada masalah kelumumur yang agak teruk.
Ke semua bahan yang digunakan dalam rawatan rambut di Organic Hair Care adalah formulasi dari herba-herba organik. Selain daripada ianya mempunyai manfaat yang bagus, bahan-bahan organik juga tidak akan mendatangkan kesan kepada pengguna.
Rawatan agak lama juga. Hampir 2 jam. Memang puas hati sebab selain bersihkan, merawat ada juga part yang rambut melalui proses stim... Memang rasa ringan betul kepala. Untuk golongan wanita ini adalah cara mereka memperolehi 'me time' - masa bersendiri dan terapi diri.
Harga untuk satu rawatan dalam RM250 tapi katanya sentiasa ada promosi dari masa ke semasa. Seronok juga sekali-sekala manjakan diri.
Hiasi pesona diri,
Untuk kepuasan peribadi :-)
p/s: This entry is not part of sponsored post, okies
Entri Santai : Membuat Rawatan Rambut di Organic Hair Care
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 10, 2022
Rating:
Bestnya dapat buat rawatan rambut guna bahan organik. Boleh try buat rawatan juga nanti nih. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletebest jugak esp kalau harga reasonable
ReplyDelete