Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort


Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort- Hampir setiap tahun saya tidak pernah terkecuali menyertai iftar (berbuka puasa) di bangi Golf Resort. Biarpun jauh sedikit daripada rumah namun pilihan makanannya yang pelbagai dan sedap menyebabkan saya tidak pernah serik untuk membawa keluarga bersama untuk berbuka di sini.


Tahun 2022, Bangi Golf Resort membawa kembali semangat Balik Kampung biarpun situasi pandemik yang berlaku sekarang. Ini kerana setiap kali bulan ramadhan dan syawal kenangan di kampung pasti akan datang. Nostalgia di kampung akan sentiasa dalam lipatan kenangan.


Smoked Spaghetti Carbonara

Sous vide Egg with Mushroom Espuma

Sup Kambing Mamak

Menariknya untuk tahun ini Bangi Golf Resort tetap mengekalkan hidangannya yang sedia cukup popular dan sentiasa mendapat permintaan setiap tahun. Antaranya seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Sate, Sous vide Egg with Mushroom Espuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.


Seperti biasa Bangi Golf Resort menampilkan hidangan yang menggunakan hasil tanaman dari ladang mereka. Ini kana tanaman seperti sayuran segar dari ladang sendiri sememangnya berkualiti , seumpama "Farm to Fork".

Tarikan lain seperti biasa nasi kerabu BGR, hidangan tradisional dengan nasi berwarna biru serta ulam-ulaman segar yang ditanam sendiri. Dinikmati bersama ayam kampung goreng, ikan masin, keropok, budu dan pelbagai lagi. Saya sendiri teruja dengan warna biru dari bunga telang dari kebun BGR.


Laksa Singapore

Korean Fried Chicken dan Korean Japchee

Istimewanya buffet iftar Bangi Golf Resort tahun ini telah diperkenalkan beberapa menu baru antaranya seperti Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchee, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletop, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers.


Kuih muih tradisi juga banyak betul pilihan.


Minuman panas dan sejuk ada disediakan.


Pelbagai Kemudahan Disediakan Untuk Pengunjung BGR
Disediakan 800 parkir kereta secara percuma, ruangan surau dan tandas yang selesa istimewa untuk pengunjung BGR. Memandangkan sekarang ini adalah zaman pandemik, kapasiti pengunjung BGR telah dikurangkan iaitu separuh daripada kebiasaan. Ini bagi memudahkan pemantauan SOP serta ada perjarakkan setiap kali hendak megambil makanan mahupun menggunakan kemudahan.

Pengunjung juga perlu menerima dos vaksin seperti yang telah didtetapkan oleh pihak kerajaan.


Buffet iftar di Bangi Golf Resort adalah bermula dari 4 April sehingga 1 Mei 2022.

Harga yang ditawarkan:
Dewasa : RM60
Kanak2 : RM30

Tempahan buffet boleh dilakukan melalui pautan ini ya:

Semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST

Muka bahagia dapat makan beria, hehehe

Iftar Together-Gather Di Bangi Golf Resort Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 28, 2022 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.