Lulu Hypermarket Mengajurkan Festival Makanan Sedunia '22 (Musim Pertama)

Lulu Hypermarket menganjurkan Festival Makanan Sedunia '22 musim pertama yang berlangsung dari 24 Febuari sehingga 9 Mac 2022. Pelbagai promosi serta tawaran menarik sepanjang karnival terutama di bahagian segar, roti, barangan runcit dan pelbagai lagi.

Festival ini berlangsung di semua cawangan Lulu Hypermarket iaitu Lulu Hypermarket Kuala Lumpur (Capsquare), Lulu 1Shamelin Mall, Lulu Setia City Mall, Lulu Grocer Amarin Mall dan juga pembelian atas talian menerusi laman web Lulu sendiri.


Pelbagai Masakan Panas Siap Tersedia Citarasa Tempatan dan Antarabangsa

Kalau ke Lulu tidak sah rasanya jika tidak membeli hidangan panas yang ada ditawarkan di sini. Selain daripada pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan. Kesedapan rasa juga menjadi taruhan. Apatah lagi sekarang ini berlangsungnya Festival Makanan Sedunia '22 , lebih banyak pilihan, lebih harga diskaun yang boleh direbutkan.


Nasi briyani bersama ayam Machboos antara hidangan hot seller di Lulu Hypermarket.

Ada banyak sebenarnya hidangan yang ditawarkan. Memang menarik!!

Produk Runcit Pada Harga Menarik
Yesza! Dah hampir ke penghujung bulan. Jangan lupa untuk tambah stok dapur dengan berbelanja barangan kering di Luluhypermarket. Di sepanjang Festival Makanan Sedunia '22 terdapat pelbagai produk yang ditawarkan oada harga cukup berbaloi.

Contohnya beras basmathi Indra Valle, harga asal RM60, namun sepanjang kempen berlangsung hanyalah RM49.95. Begitu juga dengan minyak masak jenama Naturel dari harga asal RM35.30, harga yang ditawarkan sepanjang kempen hanyalah RM30.90. Minyak Trillon harga asal RM29.70, manakala harga promosi RM27.69.

Bijiran sarapan yang sentiasa menjadi pilihan ibu-ibu. Musim cuti sekolah sudah bermula, jadi ini adalah antara produk yang perlu ditambah stoknya di rumah. Oh ya untuk Milo Activ-Go 2Kg harga runcit biasa adalah RM40.70 dan sekarang hanyalah RM29.99!

Lebih daripada 200 produk diberikan diskaun di semua cawangan Lulu di Malaysia.


Barangan Basah Di Lulu Segar dan Murah
Barangan kering dah beli, jangan lupa barangan basah sekali. Stok masakan untuk keluarga di rumah. Di Lulu Hypermarket untuk barangan basah tidak pernah mengecewakan. Selain daripada hidupan laut dan daging yang segar. Rempah ratus, sayuran, buahan dan bawang juga ada ditawarkan pada harga hebat. 


Umpama melangkah kaki ke pasar pagi, ke semua hidupan lautnya memang nampak segar-segar. Sekarang lagilah berbaloi membeli sebab ada diskaun diberi.

Harga bawang di Lulu memang sudah murah iaitu RM3,29 sekilo, menariknya untuk sepanjang festival ini harga menjadi slebih murah iaitu RM2.99 sekilo. Bawang memang semuanya yang elok-elok ya!
 
Musim Covid kita kena banyak makan buah-buahan untuk sokong nutrisi dalam badan.


Siapa yang baca entri saya ini jangan lupa untuk sertai peraduan dari jenama Tisha's di Lulu, okie.

Belanja RM50 Dapat Voucher RM25
Berita baik untuk semua pengunjung Lulu. Bagi mereka yang berbelanja RM50 ke atas dari pasaraya, korang boleh dapatkan kupon diskaun RM25. Kupon  ini diberikan pada tempoh yang terhad iaitu dari 22 Febuari sehingga 20 mac 2022.


Kupon RM25 ini boleh digunakan untuk perbelanjaan min RM100 dalam 1 resit dari mana-mana bahagian lain kecuali barangan elektrik, IT dan Telefon Mudah Alih.







Hampir ke semua bahagian jualan produk boleh kita gunakan kupn diskaun RM25 ini. Jadi apa lagi jangan lupa tebus kupon yang cukup berbaloi  ini.

Sempat juga saya membelikan t-shirt untuk suami. Suka pada kualiti kain dan rekaannya yang simple dan tetap ada kelasnya yang tersendiri.

Lulu Celebrate! Jangan Lupa Singgah :-)
Uniknya di Lulu berbanding pasaraya lain, ianya ada bahagian pakaian khas untuk mereka yang mencari kain saree, baju punjabi dan pelbagai lagi.


Cantik-cantikkan..Ahah! Jangan lupa guna kupon RM25 yang telah ditebus di sini.

Jom sertai peraduan yang sedang berlangsung juga tau :p

Jangan lupa untuk terjah mana-mana Lulu Hypermarket dan Lulu Grocer terdapat pelbagai tawaran dan aktiviti menarik menanti korang tau!

Lulu Hypermarket Mengajurkan Festival Makanan Sedunia '22 (Musim Pertama) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 27, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.